Borang Permohonan Salinan Transkrip Akademik Program Matrikulasi Yang Hilang Atau Rosak Online
Anda boleh mengemukakan Borang Permohonan Salinan Transkrip Akademik Program Matrikulasi Yang Hilang Atau Rosak dengan mengisi borang Online yang disediakan. Anda dinasihatkan membaca dengan teliti maklumat di bawah sebagai panduan anda sebelum mengemukakan permohonan salinan transkrip akademik program matrikulasi yang hilang atau rosak
Terdapat berberapa syarat-syarat penting yang perlu dipatuhi oleh pelajar untuk memohon salinan transkrip akademik program matrikulai yang hilang atau rosak secara online. Berikut adalah antara syarat yang perlu dipatuhi.
Syarat-syarat Memohon Salinan Transkrip Matrikulasi Yang Hilang
Terdapat tiga (3) syarat yang perlu dipatuhi untuk permohonan salinan transkrip akademik program matrikulasi yang hilang atau rosak. Antaranya ialah seperti yang berikut:
1. Permohonan untuk mendapatkan salinan transkrip akademik akan dipertimbangkan berdasarkan sebab-sebab munasabah seperti kehilangan dan kerosakan transkrip.
2. Permohonan mendapatkan salinan transkrip akademik hanya boleh dibuat oleh pemohon yang terdiri daripada bekas pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sahaja. Wakil kepada pelajar adalah tidak dibenarkan.
3. Setiap permohonan salinan transkrip akademik akan diselesaikan dalam masa satu bulan dari tarikh penerimaan surat / borang permohonan pelajar.
Cara Dan Proses Permohonan Salinan Transkrip Matrikulasi
Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan oleh pemohon untuk mengemukakan permohonan salinan transkrip akademik program matrikulasi yang hilang atau rosak.
a. Salinan Laporan Polis (jika hilang)
b. Salinan Kad Pengenalan pemohon (yang disahkan oleh pegawai kerajaan kategori A).
c. Salinan transkrip (jika permohonan melibatkan transkrip asal yang rosak atau permohonan salinan terjemahan transkrip)
d. Surat rasmi yang mengandungi maklumat berikut:
- Nama Penuh
- No. Matrik Pelajar
- No. Kad Pengenalan
- Sesi Pengajian
- Nama Kolej
- Kursus
- Jurusan
- Alamat Surat-Menyurat
Proses Penyerahan Salinan Transkrip Kepada Pemohon
1. Dalam keadaan biasa, salinan transkrip akan diposkan ke alamat surat menyurat seperti yang dinyatakan dalam surat / borang permohonan.
2. Jika salinan transkrip hendak diambil sendiri oleh pemohon (bekas pelajar), kad pengenalan hendaklah diserahkan untuk pemeriksaan bagi pengesahan identiti pemohon oleh pegawai Bahagian Matrikulasi yang bertugas.
3. Jika salinan transkrip hendak diambil oleh wakil pemohon, surat kebenaran mewakili pemohon perlu disediakan oleh pemohon dengan ditandatangani pemohon beserta salinan kad pengenalan wakil yang telah disahkan oleh pegawai kerajaan kategori A. Wakil pemohon juga perlu menyerahkan kad pengenalan untuk pemeriksaan identiti oleh pegawai Bahagian Matrikulasi yang bertugas.
Pengarah,
Bahagian Matrikulasi,
Kementerian Pelajaran Malaysia
Berkuatkuasa: Mulai 16 Januari 2012 sehingga sekarang.
Untuk membuat permohonan download Borang Permohonan Salinan Transkrip Akademik Program Matrikulasi Yang Hilang Atau Rosak Online.
Sila layari Permohonan Salinan Sijil SPM yang hilang atau rosak.
I WANT TO DOWNLOAD Borang Permohonan Salinan Transkrip Akademik Program Matrikulasi Yang Hilang Atau Rosak Online.BUT ERROR. CAN I HAVE IT BY MY EMAIL afifahkadir@gmail.com. THANK YOU.
Salinan atau yg original?
Cuba anda download borang ini untuk memohon salinan transcrip akademik program matrikulasi anda https://www.moe.gov.my/index.php/my/sumber/muat-turun/borang?task=callelement&format=raw&item_id=388&element=f85c494b-2b32-4109-b8c1-083cca2b7db6&method=download&args%5B0%5D=aa17ed28dda7ec4c7cf903647bb92159
Anda akan dapat salinan transkrip akademik program matrikulasi anda
Atau layari Borang Permohonan Salinan Transkrip Akademik Matrikulasi KPM https://www.moe.gov.my/index.php/my/sumber/muat-turun/borang/item/borang-permohonan-salinan-transkrip-akademik-program-matrikulasi-kpm
Nak tnya sikit .. Kena buat laporan polis ke?? Klu x buat .. x leh??
Salam,
Saya dah emel , semalam mohon semak ye.