Panduan Mengisi Borang Permohonan Biasiswa Pelajar Cemerlang SPM
Jika anda berminat untuk memohon Biasiswa atau Bursary Pelajar cemerlang SPM 2012 tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia dan HELP University anda perlulah membaca dengan teliti dan memahami Panduan Mengisi Borang Permohonan Biasiswa Pelajar Cemerlang SPM 2012 di bawah.
Anda digalakkan untuk mengikuti 6 langkah seperti yang dijelaskan dalam Panduan Mengisi Borang Permohonan Biasiswa Pelajar Cemerlang SPM 2012.
Panduan Mengisi Borang Permohonan Bursary Pelajar Cemerlang SPM Tahun 2012
Langkah 1
Pelajar hendaklah memenuhi syarat yang ditetapkan. Pelajar yang memenuhi syarat dikehendaki mendaftar dan membuat semakan sama ada nama pelajar tersenarai di bawah Bursary KPM.
Langkah 2
Untuk pelajar yang namanya tersenarai, teruskan ke langkah seterusnya. Pelajar yang tersenarai di bawah Bursary KPM dikehendaki mengemaskini profil pelajar Bursary KPM dengan maklumat terkini.
Langkah 3
Cetak Slip Pengesahan. Pelajar hendaklah mencetak Slip Pengesahan Maklumat Bursary Pelajar Cemerlang SPM Tahun 2012 sebagai bukti pendaftaran dan pengemaskinian.
Langkah 4
Pelajar hendaklah mendapatkan tawaran tempat untuk mengikuti salah satu program persediaan di institusi yang telah ditetapkan. Sekiranya pelajar sedang mengikuti program persediaan atau telah mendapat tawaran tempat untuk mengikuti program persediaan, pelajar dikehendaki membuat pengesahan penerimaan / penolakan tawaran Bursary KPM sebelum atau pada 16 Jun 2013. Kegagalan membuat pengesahan berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan boleh menyebabkan tawaran Bursary KPM ini terbatal.
Langkah 5
Pelajar hendaklah mencetak Slip Pengesahan Penerimaan Tawaran Bursary Pelajar Cemerlang SPM Tahun 2012 atau Penolakan Tawaran Bursary SPM Tahun 2012 sebagai bukti pengesahan penerimaan atau penolakan.
Langkah 6
Pelajar yang telah mengesahkan penerimaan tawaran Bursary hendaklah mengimbas(scan) surat tawaran kemasukanke institusi persediaan dan emel kepada bt.bursary@moe.gov.my sebelum atau pada 16 Jun 2013 bagi membolehkan Surat Tawaran Bersyarat dikemukakan kepada pelajar.
PERINGATAN
Aplikasi Bursary Pelajar Cemerlang SPM Tahun 2012 boleh dikemaskini mulai 25 Mac 2013 dan pelajar diberi tempoh sehingga 16 Jun 2013 untuk membuat pertimbangan sewajarnya mengenai pemilihan program persediaan dan institusi persediaan.
Penawaran Bursary KPM adalah tertakluk kepada penerimaan tawaran dan maklumat program persediaan dan institusi persediaan yang telah dibuat pengesahan oleh pelajar.
SYARAT:
Pelajar-pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan ditawarkan secara automatik Bursarydi bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan di dalam negara sahaja.
Pelajar-pelajar mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:
I. Syarat-Syarat Umum
a. Mendapat 9A+ dan ke atas dalam peperiksaan SPM pada tahun 2012;
b. Warganegara Malaysia; dan
c. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2012.
II. Syarat-Syarat Khusus
a. Mengikuti salah satu program persediaan berikut:-
i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
ii. Matrikulasi
iii. Asasi
iv. International Baccalaureate (IB)
v. A-Level
b. Mengikuti pengajian peringkat persediaan di institusi persediaan dalam negara yang telah ditetapkan.
Untuk maklumat lanjut hubungi, A- Levels Department at 03-20958791 or email m.seong@help.edu.my
HELP University
BZ-2, Pusat Bandar Damansara (Main Block)
50490 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: +6 03 20942000
Fax: +6 03 20957100
Tarikh Tutup: Permohonan anda hendaklah sampai sebelum atau pada 16th June 2013.