Tarikh Dan Borang Pendaftaran MUET 2018 Online – Cara Daftar MUET
Calon yang perlu dan berhasrat untuk menduduki peperiksaan MUET 2018 dinasihatkan untuk mendaftar secara online awal kerana pendaftaran anda akan ditolak jika lambat atau lewat berbuat demikian selepas tarikh tutup.
Pendaftaran MUET Terakhir Untuk Sesi 2018 |
Kepada yang sudah selesai membuat pendaftaran boleh membuat semakan di portal Semakan Slip Daftar MUET
Borang Pendaftaran MUET 2018 Online
Pendaftaran untuk mengikuti peperiksaan MUET adalah secara online (talian). Sila layari portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di www.mpm.edu.my atau http://online.mpm.edu.my untuk mengetahui proses dan cara membuat pendaftaran.
Bayaran untuk ujian ini ialah RM100 dengan cara membeli PIN MEC di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat dengan anda.
Calon yang berhasrat menduduki peperiksaan MUET 2018 boleh menghantar permohonan di borang permohonan MUET 2018 Online di laman Website Rasmi MUET
Sebelum anda menghantar permohonan MUET 2018 online, anda dinasihatkan untuk membaca Manual Pengguna Pendaftaran MUET calon persendirian di SINI
Anda juga boleh berbuat demikian di ruangan panduan pendaftaran di SINI.
Kepada anda yang hendak mendaftar untuk menduduki peperiksaan MUET 2018 sila pastikan anda membeli nombor PIN dari mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum membuat pendaftaran sebagai pengguna.
Pelajar yang akan menduduki peperiksaan MUET tahun ini dinasihatkan untuk melengkapkan diri dengan ilmu menghadapi MUET dengan cukup agar anda lebih bersedia. Kami cadangkan agar anda membaca Panduan Lengkap Peperiksaan MUET ini agar anda lebih yakin dan bersedia.
Kepada anda yang telah berjaya membuat pendaftaran di borang pendaftaran MUET 2018 online, selamat maju jaya untuk anda.