Panduan Semakan Blacklist CTOS Dan CCRIS Dengan Mudah
Dan baru-baru ini ada diumumkan bahawa bekas peminjam PTPTN yang gagal membayar balik pinjaman PTPTN mereka juga akan diblacklist dalam CCRIS.
Untuk membuat semakan sama ada nama anda telah diblacklist dalam CTOS atau CCRIS anda dinasihatkan menggunakan saluran yang sah untuk membuat semakan.
Apakah itu CTOS dan CCRIS
Mungkin anda tertanya-tanya apakah CTOS dan CCRIS? Amat penting untuk anda memahami kedua-duanya kerana kedua-duanya jika telah blacklist nama anda boleh menjejaskan urusan kewangan dan perbankan anda di masa akan datang.
Apa itu CTOS
CTOS atau CTOS Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk menyediakan semua sistem bayaran yang tertunggak oleh mana-mana peminjam di bank.
Peminjam yang gagal membayar mengikut jadual dan syarat seperti yang dipersetujui antara peminjam dan bank akan direkodkan dalam sistem database CTOS.
Maklumat ini kemudiannya akan digunakan atau berfungsi menyediakan maklumat kepada mana-mana bank atau istitusi kewangan dalam menilai risiko sebelum memberi kelulusan pinjaman kepada pemohon pinjaman.
Biasanya pihak akan menghantar nama anda kepada CTOS untuk mendapatkan maklumat sebelum memproses atau meluluskan permohonan pinjaman anda.
Apa itu CCRIS
CCRIS adalah singkatan kepada Central Credit Reference Information System (CCRIS). CCRIS bertujuan mengumpul maklumat individu yang telah mengambil pinjaman dari bank atau institusi kewangan dan jika diperlukan akan membekalkan maklumat peminjam kepada institusi kewangan atau bank.
Seperti mana CTOS, maklumat dari CCRIS juga sering digunakan oleh bank atau institusi kewangan untuk menilai sejarah kredit peminjam sedia ada atau yang bakal diberi pinjaman oleh bank oleh institusi kewangan
Perlu diingat bahawa CCRIS bukanlah satu sistem yang dibangunkan bertujuan blacklist peminjam seperti mana anggapan orang ramai. CCRIS hanyalah sistem yang mengumpul dan menyimpan maklumat peminjam. Kebanyakan istitusi kewangan atau bank akan menghantar laporan kredit (Credit Report) setiap bulan kepada Biro Kredit (Credit Bereau) di Bank Negara.
Laporan ini kemudiannya akan disimpan dalam sistem database CCRIS.
Apakah yang dimaksudkan di Blacklist CTOS dan CCRIS
Pada dasarnya blacklist CTOS atau CCRIS sering diistilahkan sebagai tahanan/kurungan yang biasanya bersifat sementara jika peminjam mempunyai bayaran pinjaman bank atau institusi kewangan yang tertunggak dan atau belum diselesaikan.
Seperti yang dijelaskan di atas, CTOS dan CCRIS bukanlah sistem yang blacklist peminjam. CTOS dan CCRIS hanyalah satu sistem database yang digunakan untuk merekodkan semua aktiviti peminjam termasuklah pembayaran balik peminjam baik atau sebaliknya.
Maklumat ini kemudiannya adakan digunakan oleh institusi kewangan atau bank untuk menilai risiko sebelum memproses dan meluluskan permohonan pinjaman baru.
Sekira mengikut maklumat dari CTOS atau CCRIS menunjukkan nama peminjam yang telah disenaraikan di CTOS dan CCRIS menunjukkan pembayaran balik pinjaman terdahulu dengan memuaskan maka ini akan menjejaskan peluang peminjam untuk mendapatkan pinjaman baru.
Walau bagaimanapun jika selepas itu peminjam menunjukkan komitmen pembayaran pinjaman yang memuaskan, itu akan memperbaiki sistem rekodnya dan akan meningkatkan kembali peluang untuk membuat pinjaman yang baru.
Cara semakan blacklist CTOS
Jika anda berniat untuk membuat semakan blacklist CTOS mungkin kerana anda tertanya-tanya status kewangan diri anda atau kerana anda berniat untuk membuat pinjaman baru maka anda boleh membuat semakan terus dengan pihak CTOS.
Untuk berbuat demikian anda boleh melayari terus laman portal CTOS Sdn Bhd dan mendaftar sebagai pengguna.
Langkah pertama ialah anda boleh terus mendaftar sebagai pengguna dan dapatkan CTOS ID di laman web CTOS Online
Setelah mendapat CTOS ID dan telah diaktifkan maka anda bolehlah memeriksa atau akses laporan anda pada bila-bila masa melalui internet di komputer atau melalui Aplikasi Telefon Pintar CTOS.
Anda boleh menggunakan aplikasi di bawah untuk menggunakan Aplikasi smartphone CTOS
a. Applikasi Smartphone Apple Store CTOS
b. Applikasi Smartphone Android Google Play CTOS
Untuk pengetahuan anda laporan CTOS adalah percuma, anda tidak perlu membayar untuk mendapatkannya. Proses pendaftaran di CTOS juga adalah tidak dikenakan apa-apa bayaran. Ianya percuma.
Laporan CTOS yang akan ada perolehi mengandungi maklumat-maklumat terperinci seperti berikut:
a. Butir peribadi anda
b. Maklumat SSM seperti pendaftaran syarikat, directorship dan lain-lain
c. Maklumat sejarah litigation – rekod tindakan undang-undang sebagai defendan atau plaintiff
d. Trade Referees
Selepas pendaftaran anda berjaya dilakukan, anda juga akan mendapat laporan berkala seperti berikut dengan secara percuma.
a. 2 Laporan MyCTOS percuma yang dikeluarkan dan email kepada anda setiap tahun pada bile Januari dan Julai
b. Pemberitahuan percuma jika ada rekod tindakan undang-undang yang baru.
Cara semakan blacklist CCRIS
Selain CTOS anda juga mungkin berminat untuk mendapat maklumat di CCRIS mengenai status anda. Anda boleh dengan mudah berbuat demikian.
a. Untuk mendapatkan laporan CCRIS anda, bolehlah mengunjungi mana-mana cawangan Bank Negera di Negeri anda (jika ada)
b. Anda boleh melayari laman portal CCRIS di http://creditbureau.bnm.gov.my/BMreportobtain.html selepas itu ikut sahaja langkah-langkah dan panduan di laman portal tersebut.
Untuk maklumat tambahan anda, rekod CCRIS tidak boleh disemak melalui bank tempat anda memohon pinjaman. Jika perlu laporan CCRIS, pihak bank biasanya akan meminta anda mendapatkan laporan kredit tersebut dari Bank Negera Malaysia.
Semoga panduan cara semakan blacklist CTOS dan CCRIS ini sedikit sebanyak dapat membantu anda.