SYARAT Dan PANDUAN Permohonan UiTM Lepasan SPM Yang Anda WAJIB Baca

Syarat-syarat dan panduan permohonan UiTM lepasan SPM ini adalah penting untuk anda baca sebelum mengemukakan permohonan anda untuk memasuki UiTM. Untuk pengetahuan anda UiTM menawarkan pelbagai bidang pengajian disemua peringkat bermula dari Pra Diploma, Diploma, Asasi, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah.

Dengan kombinasi 24 fakulti dan lebih 300 program pengajian, UiTM membuka peluang yang luas bagi pelajar-pelajar menimba ilmu dalam pelbagai jurusan samada jurusan Sains dan Teknologi, Sains Sosial dan kemanusiaan serta Pengurusan dan Perniagaan. Pelajar yang memenuhi syarat kemasukan UiTM boleh mengambil peluang ini.

Salah satu keunikan UiTM adalah pelajar juga boleh melanjutkan pengajian diperingkat Sarjana Muda dalam bidang yang berlainan dengan bidang semasa pengajian diploma. Contohnya pelajar daripada Diploma Perakaunan boleh melanjutkan pengajian dalam Sarjana Muda Undang-Undang. Walau bagaimana pun anda perlu memenuhi syarat kelayakan UiTM untuk melanjutkan pengajian anda ke sana.

Kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi dari dua bidang ini (Double Major) sudah pasti akan menjadi satu nilai tambah dan kelebihan kepada graduan apabila bersaing di lapangan kerja. UiTM juga sedang berusaha memperluaskan program ini bagi melahirkan graduan yang berdaya saing, global dan beretika dalam memastikan graduan UiTM menepati permintaan pasaran kerja.

Kepada para pelajar yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan, SPM bukanlah penentu kepada kejayaan seseorang. Sebenarnya SPM hanyalah langkah pemulaan halatuju pendidikan dan kerjaya masa depan anda. Pelajar-pelajar ini mungkin menghadapi situasi berbeza berbanding pelajar yang cemerlang dari sudut latar belakang keluarga yang miskin dan kesusahan yang dihadapi sewaktu di peringkat SPM.

Masih banyak peluang yang terbuka bagi pelajar-pelajar ini menebus kehampaan pada SPM dan mengecapi kejayaan setanding pelajar-pelajar yang lain.

Permohonan UiTM Lepasan SPM syarat dan panduan untuk pelajar

Syarat Permohonan UiTM Lepasan SPM

Harus anda ambil maklum bahawa untuk memohon memasuki UiTM anda harus memenuhi syarat kemasukan ke UiTM yang ditetapkan oleh pihak universiti tersebut.

Apakah syarat kemasukan ke UiTM untuk memohon kemasukan ke universiti ini?

Untuk memohon untuk memasuki UiTM anda harus  mempunyai 2 syarat utama seperti di bawah.

a. Lulus SPM / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian
b. Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia

Jika anda memenuhi kedua-dua syarat utama di atas anda bolehleh mencuba nasib untuk memohon kemasukan ke UiTM.

Soalan Yang Sering Ditanya Mengenai Permohonan UiTM Lepasan SPM

Untuk panduan dan maklumat lanjut anda, berikut ialah soalan-soalan yang sering ditanya oleh pelajar mengenai permohonan memasuki UiTM.

Jawapan-jawapan yang diberikan tidaklah bermakna tepat 100% tetapi ianya boleh menjadi panduan yang berguna untuk anda.

Soalan dan Jawapan

S: Bolehkan pelajar bukan warganegara / status penduduk tetapi memohon memasuki UiTM?
J: Tidak boleh. Untuk memohon memasuki UiTM anda haruslah berstatus WARGANEGARA MALAYSIA dan BUMIPUTERA.

S: Berapa kali pengambilan (intake) kemasukan ke UiTM dalam setahun?
J: Biasanya 2 kali setahun. Sila rujuk klik di sini untuk jadual pengambilan.

S: Dimana boleh dapatkan borang permohonan ke UiTM?
J: Anda boleh memohon terus menggunakan aplikasi dalam talian (Online Application System) melalui website UPU upu.mohe.gov.my atau UiTM http://online.uitm.edu.my. No PIN untuk permohonan online dari kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat dengan anda.

S: Selepas memohon melalui online adakah saya perlu menghantar salinan borang permohonan bersama dokumen sokongan ke UiTM?
J: Betul. Anda perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar bersama-sama dengan salinan dokumen yang telah disahkan ke UiTM.

Bahagian Pengambilan Pelajar,
UiTM Shah Alam

S: Adakah saya dibenarkan menukar / memindah kod program pengajian selepas tarikh tutup permohonan?
J: Anda tidak dibenarkan berbuat demikian

S: Adakah  saya boleh menukar program pengajian yang ditawarkan oleh pihak UiTM?
J: Anda tidak dibenarkan berbuat demikian

S: Ad    akah saya dibenarkan menukar IPTA selepas mendapat tawaran dari UiTM?
J: Anda tidak dibenarkan berbuat demikian

S: Apakah yang perlu saya buat jika saya/ibu/bapa tiada sijil kelahiran atau sijil kelahiran hilang?
J: Dalam situasi seperti ini anda boleh berhubung dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang terdekat dengan anda.

S: Di manakah saya boleh membuat semakan keputusan permohonan ke UiTM?
J: Anda boleh membuat semakan melalui laman web rasmi UiTM  http://online.uitm.edu.my

S: Apakah cara untuk mengetahui program pengajian yang dipilih adalah program pengajian yang ada temuduga?
J: Untuk program pengajian yang ada temuduga anda boleh kenal pasti melalui tanda (#) di bahagian akhir nama program.

S: Bagaimana untuk mengetahui bahawa saya layak untuk program pengajian yang hendak dipohon?
J: Anda boleh membuat/membaca kelayakan di http://online.uitm.edu.my

S: Bagaimana untuk dapatkan surat tawaran dari UiTM?
J: Anda boleh dapatkan surat tawaran dari UiTM melalui http://online.uitm.edu.my

S: Bolehkah saya memohon jika kelayakan sebenar saya tidak memenuhi syarat yang diperlukan?
J: Tidak boleh.

S: Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan biasiswa/tajaan ke UiTM?
J: Anda boleh rujuk bahagian berikut:

1. Unit Pengurusan Kebajikan Pelajar Aras 3,
Bangunan Budisiswa
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Tel : 603-5544 3542
Faks : 603-5544 3517

2. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Lot G2 Tkt. Bawah Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan, Damansara Height
50490 Kuala Lumpur
Tel : 03-2098 3731/3732
Fax : 03-2098 3769

S: Saya telah membeli No.Slip BSN tetapi semasa digunakan terdapat paparan “Maaf, No Pin Yang Dibeli Tidak Sah”
J: Pastikan anda mempunyai No Slip BSN mengikut kategori yang betul

S: Saya tersalah beli No Unik ID atau No. Slip BSN bolehkah ditukar semula?
J: Calon yang tersalah beli No Unik ID atau No. Slip BSN boleh menukar pada hari yang sama

S: Bilakah keputusan permohonan UiTM lepasan SPM dikeluarkan?
J: Sila rujuk http://online.uitm.edu.my dari masa ke semasa atau sila hubungi Pihak Bahagian Pengambilan Pelajar.
Pertanyaan Mengenai Permohonan : (+603)-55443164/3165/3166/3174/3175

Kepada pelajar lepasan SPM yang berhasrat untuk memohon memasuki UiTM anda dinasihatkan untuk membaca panduan permohonan dengan teliti sebelum memohon.  Ini adalah penting untuk memastikan permohonan anda dibuat dengan teratur, selamat dan berjaya.

Kepada yang ada buat permohonan UiTM lepasan SPM kami ucapkan semoga berjaya kelak!