Jadual Peperiksaan STPM 2018 Penggal 1,2 Dan 3 – Kalendar Peperiksaan Sijil TinggI Persekolahan Malaysia (STPM)
Jadual Peperiksaan STPM 2018
Jadual peperiksaan STPM 2018 untuk Penggal 1, 2 dan 3 ini dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) baru-baru ini.
Jadual ini memaparkan maklumat-maklumat penting seperti berikut:
a. Tarikh Pendaftaran Peperiksaan Dibuka
b. Tarikh Pendaftaran ditutup
c. Tarikh Ujian Lisan Bahasa Arab
d. Tarikh Peperiksaan STPM 2018 Bertulis
Untuk maklumat lebih terperinci sila rujuk jadual peperiksaan STPM 2018 di bawah untuk lebih jelas. Takwim peperiksaan STPM 2018 ini telah dikemaskini pada: 28 November 2017 (Semua tarikh tertakluk kepada pindaan) yang akan dibuat oleh pihak MPM.
Sila rujuk maklumat tambahan di bawah untuk memudahkan anda. Anda juga boleh download jadual peperiksaan ini untuk simpanan dan rujukan anda.
Jadual Peperiksaan STPM 2018 Penggal 1
- Tarikh peperiksaan bertulis: 15, 16, 20, dan 21 November 2017
Jadual Peperiksaan STPM 2018 Penggal 2
- Tarikh peperiksaan bertulis Penggal 2: 21, 22, 23, dan 24 Mei 2018
Jadual Peperiksaan STPM 2018 Penggal 3
- Tarikh peperiksaan bertulis Penggal 3: 13,14,15, 19, dan 21 November 2018
Maklumat Tambahan Peperiksaan STPM 2018 Untuk Panduan Calon
1. Semua maklumat yang tertera adalah tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.
2. Pendaftaran bagi calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dibuat sekaligus pada penggal 1.
3. Calon yang ingin memperbaiki keputusan peperiksaan STPM 2017 boleh mendaftar pada penggal 2 sebagai calon sekolah swasta atau calon persendirian individu. Calon akan menduduki peperiksaan bertulis bagi penggal 1 dan penggal 2 sekaligus pada penggal 3.
4. Calon yang ingin memperbaiki keputusan pepeperiksaan STPM 2017 dikehendaki memilih dan menduduki kertas peperiksaan alternatif bertulis bagi menggantikan Kerja Kursus (KK). Namun demikian, sekiranya tidak terdapat kertas peperiksaan alternatif bertulis yang sedemikian bagi sesuatu mata pelajaran, maka calon boleh memilih sama ada hendak melaksanakan Kerja Kursus atau tidak melaksanakannya mengikut pilihan yang berikut:
(a) Jika calon memilih untuk tidak melaksanakan Kerja Kursus, maka markah KK yang diperoleh oleh calon dalam peperiksaan STPM sebelumnya akan digunakan untuk skor KK tahun mengulang. Kemudahan ini hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh digunakan sekiranya calon mengulang peperiksaan STPM dua tahun atau lebih selepas menduduki peperiksaan pertama.
(b) Jika calon memilih untuk melaksanakan Kerja Kursus yang baharu pada tahun mengulang, maka markah KK yang diperoleh oleh calon dalam peperiksaan STPM sebelumnya akan terbatal dan tidak boleh merayu untuk diambil markah Kerja Kursus STPM tersebut.
(Maklumat lanjut sila rujuk pada Perkara 3 dalam Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2018 tentang Pendaftaran Lewat).
5. Bagi calon yang mengambil mata pelajaran baharu berbanding tahun lepas dan tiada markah KK tahun sebelumnya, calon dikehendaki mengambil kertas peperiksaan alternatif bertulis bagi menggantikan KK. Namun demikian, sekiranya mata pelajaran tersebut tidak menawarkan kertas
peperiksaan alternatif bertulis bagi menggantikan KK, calon dikehendaki melaksanakan KK (Maklumat lanjut sila rujuk pada Perkara 3 dalam Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2018 tentang Pendaftaran Lewat).
6. Permohonan semak semula markah dibuka selama 7 hari bermula daripada keputusan peperiksaan penggal 1, penggal 2, dan penggal 3 dimuat naik.
7. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia di talian 03-61261600 samb. 1661/1662/1663/1664/1665.
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA,
PERSIARAN 1, BANDAR BARU SELAYANG,
68100 BATU CAVES,
SELANGOR DARUL EHSAN
Tel: 03-61261600 Faksimile: 03-61361488
Portal MPM: www.mpm.edu.my E-mel: ppa@mpm.edu.my
READ ALSO: Semakan Keputusan Peperiksaan STPM
Semoga perkongsian maklumat ini dapat memberi manfaat kepada anda. Anda digalakkan kongsikan maklumat ini kepada kawan-kawan lain untuk makluman mereka.