Permohonan Politeknik Jun 2012

Pelajar yang berminat untuk memohon ke Politeknik sesi 2012 kini boleh menghantar permohonan mereka. Permohonan kemasukan ke Politeknik Sesi Jun 2012 ini telah dibuka untuk pelajar.

Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon untuk mengikuti program pengajian peringkat diploma  dan diploma lanjutan di Politeknik KPT bagi sesi Jun 2012. Pengambilan pelajar ke Politeknik KPT diadakan 2 kali setahun. Pengambilan pertama di pertengahan tahun manakala pengambilan kedua di hujung tahun berkenaan.
Politeknik KPT menyediakan tempat pengajian untuk lulusan Diploma Politeknik KPT, lulusan Matrikulasi KPM, lulusan SPM, lulusan Sijil Politeknik KPT, lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT dan lulusan Sijil Kejuruteraan Pertanian PERDA-TECH.

Kategori Politeknik
Politeknik dibahagikan kepada 3 kategori :
1. Politeknik Premier: Program pengajian untuk melahirkan graduan yang berinovatif sebagai peneraju industri dan kebolehpasaran tinggi.
2. Politeknik Konvensional: Program TVET yang akan melahirkan pekerja berkemahiran dan berpengetahuan tinggi.
3. Politeknik METrO: Fokus kepada program pengajian yang berasaskan bidang perkhidmatan. Senarai Program & Syarat Permohonan
Senarai program yang boleh dipohon dan syarat kemasukan yang diteteapkan adalah berdasarkan kelulusan pemohon;
* Untuk lulusan SPM (Politeknik Premier)
* Untuk lulusan SPM (Politeknik Konvensional & METrO)
* Untuk lulusan Sijil Politeknik KPT
* Untuk lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT
* Untuk lulusan Diploma Politeknik KPT
* Untuk lulusan Kolej Matrikulasi KPM

Cara Permohonan
Permohonan ke Politeknik terbahagi kepada 2 kategori.
Permohonan Melalui UPU
* Permohonan melalui UPU ini bagi pemohon lepasan SPM dan setaraf.
* Permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
* Lepasan SPM boleh memohon 13 pilihan program pengajian melalui 1 nombor UNIK ID iaitu 8 pilihan program Politeknik Premier dan 5 pilihan program Politeknik Konvensional & METrO.
* Sila rujuk:
-> Permohonan Kemasukan Ke IPTA / Politeknik Premier Lepasan SPM Sesi Akademik 2012 / 2013, ada 8 pilihan program.
-> Permohonan Kemasukan Ke TEVT / Politeknik / ILKA Lepasan SPM & SKM Sesi Akademik 2012 / 2013, ada 5 pilihan program.
   
Borang Permohonan UPU-> Borang Permohonan Politeknik Premier
-> Borang Permohonan Politeknik Konvensional & METrO
Permohonan Melalui Politeknik
Permohonan terus ke Politeknik adalah untuk pemohon berikut :
* Lulusan Sijil Politeknik KPT
* Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT
* Lulusan Sijil Kejuruteraan Pertanian PERDA-TECH
* Lulusan Diploma Politeknik KPT
* Lulusan Kolej Matrikulasi KPM
Permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui Bahagian Pengambilan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
   
Sila rujuk laman web Politeknik.
Borang Permohonan Melalui Politeknik.

Tarikh Tutup
Permohonan kemasukan ke Politeknik KPT sesi Jun 2012 akan ditutup pada 2 April 2012.
Maklumat
* Sila rujuk komen-komen di Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Sesi Disember 2011 dan Julai 2011 sebagai panduan.
* Sebarang pertanyaan berkenaan kategori Permohonan Melaui UPU boleh menghubungi UPU melalui Talian Hotline 03 8870 6767 atau Talian Am 03 8870 6755/ 6766 atau e-mel : upu@mohe.gov.my atau layari laman web UPU.
* Sebarang pertanyaan berkenaan kategori Permohonan Melalui Politeknik boleh menghubungi Jabatan Pengajian Politeknik melalui talian 03-8891 9240/ 9255/ 9256/ 9257/ 9258/ 9259 Faks : 03-8891 9319 atau e-mel : pengambilan@politeknik.edu.my atau layari laman web Politeknik.