Apa khabar saudara Rohingya kita di Mynmar. Khabarnya sungguh diperlaku tragis
Sepanjang bulan Jun 2012 hingga sekarang adalah bulan yang sangat menyiksakan untuk kaum Rohingya di Myanmar sekali gus sangat menyedihkan kita semua. Konflik entik berlaku tanpa ada penyelesaian antara kaum Rohingya Muslim dan Rakhine Budhist. Sepanjang ketegangan etnik ini pertumpahan darah berlaku dan kematian semakin bertambah.
Apakah yang terjadi sekarang di sana?
Paling mendera mataku pabila gambar ini akhirnya sampai ke depan kaca mata kita. Aku cuba bayangkan situasi di Mynmar seperti gambar remaja lelaki seperti ditetak di belakang bahu, membara marahku, cuma setakat menaipkan keluhan.
Aku cuba bayangkan situasi itu berlaku di tempatku, melibatkan kaum kerabatku dan sebagainya. Alangkah pilu dan sadis untuk dipersembahkan sebagai realiti. Ketika kita diralitkan dengan juadah berbuka yang berlebihan, keseronokan memilih baju raya ataupun sibuk melihat FAM dengan KAFA bertengkar mengenai insiden Ghaddar vs Bunyamin, Amri Yahya dan Nasriq Baharum, mereka di sana diperlakukan kerana golongan Rohinya adalah tertindas bertiketkan orang pelarian.
Di bulan ramadan, hatiku sebagai umat Islam saudara memunajatkan doa agar Allah selamatkan mereka dari terus dizalimi dan Allah hancurkan golongan zalim dengan bala yang lebih dahsyat. Doa senjata kita, untuk umat Islam Rohinya yang dizalimi fizikal dan mental. Ya Allah, hanya itulah terdaya kulakukan.
Coretan: Muhd Shatar – Blog e-Pendidikan
Pendidikanmalaysia.com – Marilah kita sama-sama berdoa agar ketegangan etnik di Myanmar ini berakhir dan penyelesaian dapat dicapai. Marilah juga kita bersama untuk mengambil ikhtibar dan pendidikan dari peristiwa ini agar kita terus menjaga keharmonian kehidupan atara kaum di Malaysia dan hidup terus aman.