Permohonan Kemasukan Politeknik Disember 2012
Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon untuk mengikuti program pengajian peringkat diploma di Politeknik KPT bagi sesi Disember 2012.
Ini adalah pengambilan pelajar ke Politeknik KPT kali kedua tahun ini. Pengambilan pertama dahulu adalah untuk sesi Jun 2012 manakala pengambilan kedua ini adalah untuk sesi Disember 2012.
Politeknik KPT menyediakan tempat pengajian untuk lulusan Diploma Politeknik KPT, lulusan Matrikulasi KPM, lulusan SPM, lulusan Sijil Politeknik KPT, lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT, lulusan Sijil Institut Kemahiran, lulusan Sijil Kejuteraan Pertanian PERDA-TECH dan lulusan Sijil Institut Pertanian Malaysia.
Cara Permohonan
Permohonan ke Politeknik terbahagi kepada 2 kategori.
Permohonan secara dalam talian melalui Bahagian Pengambilan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Borang Permohonan Politeknik. <– Download Borang Permohonan di sini
Permohonan bagi Program Sijil Kemahiran Khas, borang permohonan boleh didapati dari;
i. Bahagian Pendidikan Khas KPM.
ii. Unit Pendidikan Khas JPN
iii. Sekolah Menengah Pendidikan Khas KPM.
Pemohon perlu membeli nombor pin berharga RM 10.60 dari Bank Simpanan Nasional sebelum mengisi borang permohonan.
Tarikh Tutup
Permohonan secara online kemasukan ke Politeknik KPT sesi Disember 2012 akan ditutup pada 26 September 2012.
Keputusan Permohonan
Keputusan permohonan kemasukan ke Politeknik Sesi Disember 2012 dijangka akan diumumkan pada 3 November 2012.
Maklumat
a. Sebarang pertanyaan berkenaan Permohonan Politeknik Sesi Disember 2012 boleh menghubungi Jabatan Pengajian Politeknik melalui talian 03-8891 9240/ 9255/ 9256/ 9257/ 9258/ 9259 Faks : 03-8891 9319 atau e-mel : pengambilan@politeknik.edu.my.
b. Pemohon boleh juga melayari laman web Politeknik