Pinjaman PTPTN Untuk Sambung Master? Penjelasan PTPTN
Kami banyak menerima pertanyaan-pertanyaan berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Selalunya kami akan siarkan pertanyaan tersebut dan jawapannya di sini untuk memudahkan pengunjung PendidikanMalaysia.com mendapat jawapan yang tepat dan lengkap.
Minggu ini kami menerima pertanyaan melalui email mengenai perkara “Pinjaman PTPTN Untuk Sambung Master“. Setelah berhubung dengan pihak PTPTN jawapan yang boleh kita perolehi untuk pertanyaan dibawah adalah seperti berikut:
Pertanyaan:
Saya ingin mengikuti pengajian pada peringkat Sarjana (Master) atau Doktor Falsafah (PhD) atau Kursus Profesional di IPTS, bolehkah saya memohon pinjaman PTPTN?
Jawapan:
Tidak boleh. PTPTN hanya memperluaskan skop penajaan pinjaman kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian pada peringkat Sarjana (Master) atau Doktor Falsafah (PhD) atau Kursus Profesional di IPTA sahaja.
Diharapkan jawapan mengenai isu “Adakah Pinjaman PTPTN Untuk Sambung Master?” ini telah terjawab berdasarkan maklum balas dari pihak PTPTN di atas.
Berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai biasiswa di Malaysia layari Maklumat Terkini Tawaran Biasiswa Di Malaysia