Cara Bayar PTPTN Guna KWSP Akaun 2 (KWSP i-Akaun)

Cara bayar PTPTN guna KWSP.  Terdapat banyak pelajar dan ibubapa yang datang dan bertanyakan soalan ini “Bagaimana cara bayar pinjaman PTPTN guna KWSP?”

Mungkin ramai antara anda yang bertanyakan soalan tersebut dan jawapan kepada soalan ini tentunya juga penting dan amat diperlukan.

Ada berberapa situasi dimana ramai pelajar yang sudah pernah memilik pinjaman PTPTN terpaksa menyelesaikan hutang pinjaman PTPTN mereka dengan kadar yang segera.

Sila rujuk jenis-jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan untuk ahli.

cara bayar pinjaman PTPTN guna KWSP

Antara situasi tersebut ialah:

1. Anda mungkin pernah belajar di mana-mana kolej kerajaan atau swasta tetapi terpaksa berhenti dan bertukar ke kolej lain dan sudah tentu anda terpaksa meminjam dengan PTPTN sekali lagi. Jika ini berlaku anda tidak akan dibenarkan untuk membuat pinjaman PTPTN sekali lagi tanpa terlebih dahulu membayar hutang PTPTN anda yang terdahulu. Ramai ibubapa yang terpaksa membantu menyelesaikan hutang PTPTN anak-anak mereka semasa menghadapi situasi seperti ini.

2. Anda mungkin tidak suka berhutang dan hendak menjelaskan hutang PTPTN anda dengan cepat. Dalam situasi ini ibubapa anda boleh membayar hutang PTPTN itu guna KWSP.

Ini kerana ramai ibubapa pelajar yang mampu membayar balik pinjaman PTPTN anak-anak mereka melalui pengeluaran wang KWSP mereka.

Untuk kali ini terdapat dua soalan yang sering ditanya dan jawapannya. Bagaimana membuat bayaran pinjaman PTPTN melalui KWSP? Jawapannya ada di bawah.

Soalan 1

Bolehkah saya membuat bayaran balik melalui pengeluaran KWSP dan apakah syarat-syaratnya?

Jawapan:

Boleh. Syarat-syarat bagi pengeluaran KWSP untuk tujuan bayaran balik pembiayaan pendidikan PTPTN adalah seperti berikut:

i. Permohonan pengeluaran oleh Ahli sendiri:
• Bagi pengajian Ijazah dan Diploma, perjanjian pembiayaan pendidikan adalah dari 2 Januari 2001 ke atas.

ii. Permohonan pengeluaran oleh Ibu/ Bapa penerima biaya:
• Bagi Ijazah, perjanjian pembiayaan pendidikan adalah dari April 2000 ke atas.
• Bagi Diploma,perjanjian pembiayaan pendidikan adalah dari 17 Januari 2006 ke atas.

Soalan 2:

Bagaimanakah cara bayar PTPTN guna KWSP bagi tujuan pembayaran?

Jawapan:
Kaedah memohon pengeluaran KWSP adalah seperti berikut:

i. Pelajar perlu mengisi Borang Pengesahan Baki Pembiayaan (terdapat dalam Portal Rasmi PTPTN)/di kaunter Ibu Pejabat PTPTN dan Pejabat PTPTN Negeri diseluruh negara.

ii. Lain-lain syarat dan perkara perlulah dirujuk terus kepada KWSP kerana KWSP mempunyai peraturan tersendiri mengenai kaedah memohon pengeluaran ini.

Ahli perlu aktifkan KWSP i-Akaun untuk memudahkan bayaran PTPTN guna KWSP secara online.

Untuk panduan cara bayar PTPTN guna KWSP sila baca artikel ini Panduan Bayar Pinjaman PTPTN Guna KWSP Akaun 2.

Semoga persoalan anda mengenai bagaimana membuat bayaran pinjaman PTPTN melalui KWSP kini telah terjawap.