Bayi Lelaki 3kg Berharga $2000 Di Malaysia – AlJazeerah 101 East
Menurut AlJazeerah bayi lelaki contohnya dengan berat 3kg boleh berharga USD $2000 dalam pasaran. Dan yang menariknya urusannya dikatakan semua lancar dengan bantuan rangkaian kerjasama yang rapi antara pihak-pihak yang terlibat.
Pihak yang berminat boleh berurusan terus dengan individu-individu yang disyaki ahli sendiket untuk booking wanita hamil yang mana janin dalam kandungan sudah diketahui jantinanya.
Yang menariknya, menurut laporan youtube sepanjang 25.50 minit dari AlJazeerah tersebut terdapat kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) turut terlibat dalam pengeluaran surat beranak untuk bayi-bayi yang dijual beli tersebut.
Sejauh mana kebenaran atau kesahihan maklumat penglibatan pegawai-pegawai JPN ini agak kurang jelas dinyatakan dalam laporan youtube tersebut kerana mereka gagal interview pihak JPN.
Seperti yang dijangka baru-baru ini pihak JPN telah mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan pihaknya dalam isu pemerdagangan bayi di Malaysia.
Teruskan menonton laporan AlJazeerah di bawah:
Laporan AlJazeerah – Malaysia:Babies For Sale – 101 East
Sebenarnya isu pemerdagangan bayi ini adalah isu yang turut dihadapi di mana-mana negara di seluruh dunia. Hal ini berlaku kerana adanya permintaan dari individu-individu yang mahukan anak dan juga mungkin dari individu yang mahukan bayi-bayi tersebut untuk tujuan tertentu seperti dijadikan pekerja seks atau dijadikan peminta sedekah.
Oleh itu adalah penting untuk isu ini dipantau dengan ketat oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat kerana kita tidak mahu bayi-bayi ini jatuh ke tangan orang yang salah dan mengeksploitasi bayi-bayi tersebut untuk tujuan yang salah.