Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 Lengkap Dan Terkini
Baca juga: Nota Sejarah Ting. 4 Bab 1 hingga 10 Online
BAB 1 – KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
Definisi Imperialisme
Dasar sesebuah negarameluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu.
Faktor-faktor Imperialisme
1. Keistimewaan Asia Tenggara
• Kedudukan strategik kerana terletak antara China dan India.
• Jaminan pasaran yang luas.
• Tanah-tanih yang subur untuk pertanian.
• Kaya dengan bahan mentah
2. Revolusi perindustrian.
• Kepesatan perindustrian membolehkan pengeluaran hasil perkilangan secara besar-besaran.
• Bekalan bahan mentah konsisten dan kawasan pasaran baru diperlukan.
• Asia tenggara menjadi sasaran kerana bahan mentahnya.
3. Pengangkutan dan Perhubungan
• Kapal wap membolehkan muatan banyak dan mempecepat perjalanan.
• Pembukaan terusan Suez (1869) memendekkan jarak perjalanan.
• Telegraf memudahkan perhubungan.
4. Persaingan kuasa-kuasa barat
• Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan yang diterima.
• Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan
5. Alasan Orang Barat
• British & Belanda- Beban orang Putih
• Perancis- Tugas menyebarkan Tamadun
• Mubaligh Kristian berpendapat mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada penduduk di tanah Jajahan.
PERUBAHAN POLITIK DI INDONESIA
• Belanda membahagikan pentadbiran kepada dua iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran tenpatan.
• Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral
• Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesat tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda.
• Penubuhan Jabatan Pelajaran dan jabatan Pertanian.
• Penubuhan Dewan Tempatan
• Penubuhan Volskraad yg merupakan Majlis Rakyat.
PERUBAHAN POLITIK DI THAILAND
• Raja Mongkut melantik 80 orang penasihat barat untuk mengetuai pelbagai jabatan.
• Penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis – dari Britain.
• Penasihat kastam – dari Amerika Syarikat.
• Penasihat ketenteraan – dari Perancis
• Raja Chulalongkorn memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, majlis Mesyuarat tertinggi dan kabinet Menteri.
• Majlis penasihat rendah dan majlis Mesyuarat Tertinggi menasihati raja.
• Kabinet Menteri mengetuai kementerian.
• Juruaudit – dari Britain
FAKTOR2 KEMUNCULAN NASIONALISME
1. Dasar Penjajahan Barat
• Sistem tanaman paksa di Indonesia
• Sistem Polo di Filipina
• Penduduk tempatan dipaksa menjadi buruh bagi menjayakan aktiviti pertanian.
• Penjajah barat hanya bergaul dengan golongan elit tempatan.
• Dasar keterbukaan penjajah – kemasukan imigran dari luar telah menguasai ekonomi.
2. Pengaruh Agama
• Gerakan islah di tanah melayu dan Indonesia – penyatuan dunia Islam menentang penjajahan.
• Persatuan Belia Buddha di Burma.
• Di Sepanyolmpengnut Kristian tempatan di anggap kelas kedua berbanding penganut Kristian berbangsa Sepanyol.
3. Karya Kesusasteraan
• Jose Rizal- Novel Noli Me Tangere
• Chairil Anuar- Kerikil-kerikil tajam & Ke Makam Bonda
• Menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan.
4. Sistem Pendidikan
• Di Indonesia anak golongan priyai diberikan pendidikan tersendiri
• Di Burma pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh di perkenalkan.
• Di tanah melayu lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan.
• Sikap pilih kasih dalam memberikan pendidikan menimbulkan rasa tidak puas hati.
5. Kemunculan golongan intelektual
• Mereka berpeluang belajar di barat dan Asia barat.
• Mereka menjadi pemimpin gerakan nasionalisme.
• Peringkat awal – hanya menuntut taraf hidup bangsa mereka di bela.
• Peringkat akhir- meminta penjajah membebaskan negara mereka.
6. Pengaruh Media Massa
• Vietnam- Tribune Indigine
• Tanah Melayu – al-Ikhwan, Saudara dan majlis
• Menyebarkan idea-idea nasionalis
• Menanam perasaan anti penjajah.
7. Sistem pengangkutan dan perhubungan
• Perkhidmatan telefon dan telegraf
• Memudahkan hunungan kalangan nasionalis
• Jalanraya dan jalan kereta api
• Memudahkan pertemuan dan idea-idea nasionalisme.
8. Pengaruh Luar
• Kejayaan jepun menewaskan Russia dan China.
• Keupayaan negara kecil menewaskan negara lebih besar.
• Perjuangan mahatma Gandhi di India.
• Menggunakan strategi enggan bekerjasama dengan penjajah secara mogok lapar.
PERKEMBANGAN NASIONALISME DI FILIPINA
Tahap Pertama
• Dipimpin – Jose Rizal
• Bersifar sederhana
• Bergerk cergas dalam politik melalui gerakan dakyah semasa di Sepanyol
• Berjuang melalui akhbar La Solidaridad & Novel Noli Me tangere & El Filibusterismo
• Berjuang melalui liga Filipina pada tahun 1892.
• Penyokong : golongan pertengahan yang berpendidikan barat.
• Matlamat perjuangan :
• Menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah sepanyol.
• Menuntut supaya bangsa Filipina diberikan hak yg sama seperti bangsa Sepanyol.
• Menunntut supaya bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara.
• Tuntutan mereka kurang mendapat tindak balas sepanyol.
• Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina pd 1892.
• Jose Rizal ditangkap dan dibuang negeri ke Dapitan Mindanao.
• Jose Rizal akhirnya dihukum bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan.
Tahap Kedua
• Penentangan secara radikal
• Pertubuhan Katipunan ditubuhkan oleh Andres Bonifacio
• Matlamat katipunan
• menyatukan bangsa Filipin
• mencapai kemerdekaan melalui revolui
• Media cetak iaitu akhbar Kalayan
• Katipunan melancarkan revolusi bersenjata tetapi gagal.
• Katipunan semakin lemh selepas Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo.
• Aguinaldo berjaya mengusir Sepanyol dengan bantuan Amerika Syarikat.
• 1899 Aguinaldo mengisytiharkan kemerdekaan Amerika Syarikat.
• Tetapi tidak disahkan oleh Amerika Syarikat.
• Aguinaldo meneruskan gerakan revolusi.
• Aguinaldo ditangkap.
• Kerajaan Amerika terpaksa membenarkan parti politik sederhana.
• Parti nasional pimpinan Sergio Osmena menang dalam pilihanraya.
• Sergio Osmena dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan.
• 1930an nasionalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan setelah pucuk pimpinan Amerika Syarikat bertukar kepda yang lebih liberal.
SEE ALSO: Panduan Menjawap Sejarah Kertas 2 dan 3 SPM
PERKEMBANGAN NASIONALISME DI IDONESIA
Tahap Pertama
• Tumpuan isu pendidikan
• Utk ubah nasib penduduk Indonesia
• Raden Adjeng kartini berusaha memajukan pendidikan untuk kaum wanita
• Karyanya : habis gelap terbitlah Terang & Penulisan Seorang Puteri Jawa telah mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan Belanda.
• Pertubuhan penting : Muhammadiyah
• Matlamat Muhammadiyah
• Menyebar islam sebenar
• Menghindari ancaman sekualrisme barat
• Menghindari ancaman agama kristian
• Membina sekolah, klinik & masjid
Tahap Kedua
• Perjuangan Parti politik radikal.
• Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia (PNI).
• Matlamat : menuntut kemerdekaan secara kekerasan.
• PNI pimpinan Soekarno paling popular.
• Perjuangan beliau dapat mempengaruhi rakyat.
• Kerajaan belanda telah menangkap pemimpin radikal termasuk Soekarno.
• PNI turut di haramkan.
PERKEMBANGAN NASIONALISME DI THAILAND
Tahap Pertama
• Kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja.
• Penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.
• Faktor: Pendidikan barat mendedahkan fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem raja berperlembagaan kepada golongan intelek Thailand.
• Kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros raja Vajiravudh menyebabkan rakyat tidak puas hati.
• 1932 Parti rakyat ditubuhkan oleh Nai Pridi Panomyong & Field marshall Phibul Songram
• Parti rakyat melancarkan revolusi Thai.
• Sistem raja berkuasa mutlak tamat
• Diganti dengan sistem raja berperlembagaan.
Tahap Kedua
• Rakyat tidak puas hati terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis barat dan orang Cina.
• Semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri, beliau meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina.
• Sekolah Cina dan akhbar Cina dibubarkan.
• Penduduk peribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi.
• Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha.
• 1939 Phibul Songram menukar nama negara Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas.
• Hasil daripada kerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, Thailand berjaya mendapatkan semula wilayah-wilayah di Indocina dan di Tanah Melayu
SEE ALSO: Teknik Berkesan Belajar Sejarah Untuk Pelajar SPM
Diharap perkongsian nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 ini dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk menghadapi peperiksaan SPM nanti. Rujuk Sumber