Mata Pelajaran ‘BUDI’ Wajib Di Sekolah Dan IPT
Kepentingan mengenai nilai ini diperkukuhkan lagi dengan pernyataan menteri pendidikan Singapura, Encik Heng Swee Keat yang menggariskan nilai murni sebagai salah satu tunggak utama Kementerian Pendidikan.
Dalam ucapan pembukaannya di Seminar Pelan Kerja Kementerian Pendidikan Singapura pada 22 September 2011, Encik Heng menyatakan bahawa “Antara pencapaian akademik dan memupuk nilai, ia tidak seharusnya menjadi keadaan di mana pilihan harus dibuat dan kita harus berusaha mencapai kedua-duanya. Oleh itu, perkara pertama yang harus dilakukan ialah mengesahkan perlunya pengembangan nilai dan perwatakan dalam sistem pendidikan kita. (Sumber: Berita Harian 23.11.2011)
Rais yang juga Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata mata pelajaran itu penting sebagai asas pembentukan budaya dan cara hidup rakyat negara ini dalam usaha melahirkan masyarakat yang memiliki ketinggian budaya. “Selaras dengan Kongres Budaya 2017 baru-baru ini, saya akan menemui Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid pada 15 Jun (Khamis) ini bagi membincangkan sukatan pelajaran budi.
“Kita akan membincangkan skop mata pelajaran ini dari peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian dan kita mahukan silibus budi ini membentuk jati diri bangsa termasuk budi pekerti, saling hormat-menghormati dan amalan gotong-royong,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa UIAM, malam tadi. Beliau berkata perjumpaan pada Khamis ini akan turut membincangkan cara bimbingan dan penerapan budi dalam kalangan guru dan pendidik terlebih dahulu bagi memastikan penyampaian kepada pelajar lebih berkesan.
Terdahulu, Rais turut menyampaikan bantuan kewangan kepada 19 kakitangan UIAM yang merupakan golongan asnaf, ibu tunggal dan pesakit kanser sebelum bersama-sama menunaikan solat Maghrib dan Isyak di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah di kampus universiti itu.
Rais berkata bantuan itu bagi meringankan beban penerima dalam menyediakan persiapan sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut dalam dua minggu lagi.
Carr (1991: dirujuk oleh Tan Ai Lee, 1995) mendefinisi nilai sebagai satu kepercayaan yang berkemungkinan melibatkan aspek-aspek dalaman psikologi hidup yang merangkumi bidang kognitif. Penumpuan nilai ialah pada kebaikan – ini merupakan suatu kepercayaan terhadap sesuatu seperti kemesraan, kesepaduan, kejujuran, kemewahan, keamanan dunia, perlindungan terhadap binatangbinatang liar ataupun apa jua, sebagai sesuatu yang sepatutnya diperjuangkan (bukan hanya sekadar wujudnya kebenaran).
Menurut Frankel (1980: dirujuk oleh Abd Rahim Abd Rashid, 2005) pula, nilai ialah konsep. Nilai tidak wujud dalam pengalaman tetapi dalam minda manusia. Nilai menunjukkan kualiti kebaikan (berharga) atau merit yang ditentukan terhadap berbagai-bagai aspek pengalaman mereka. Beliau juga mengatakan bahawa nilai bukannya objek tetapi merupakan satu ukuran tingkah laku, umpamanya baik, cekap dan sopan. Nilai membantu seseorang menentukan sebab atau alasan mengapa seseorang menyukai sesuatu atau sebaliknya. Nilai membantu seseorang menentukan sama ada sesuatu, khususnya berkaitan dengan objek, orang, idea, tingkah laku dan sebagainya itu baik atau tidak baik.
Maka dapat dirumuskan bahawa nilai merupakan sesuatu yang perlu diterapkan kepada setiap murid agar dapat membantu mereka membuat keputusan yang baik untuk diri mereka sendiri, keluarga dan juga masyarakat. Dengan penerapan nilai di dalam pembelajaran dan pengajaran sekurang-kurangnya dapat melengkapkan murid-murid dengan ilmu yang dapat diaplikasi dalam kehidupan yang sebenar dan membantu mereka membuat keputusan yang bijak. Seperti yang diterangkan oleh E.F Schumaker (dirujuk oleh Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, 1994):