Teknik Dan CARA Melatih PUBLIC SPEAKING Yang BERKESAN
Tulis Point yang mahu dikatakan
Menulis point yang mahu dikatakan dalam presentation anda adalah tips yang cukup berkesan dan yang sangat perlu dilakukan oleh seorang public speaker. Ingat ya jangan tulis full skrip contohnya “Hello selamat pagi sidang hadirin semua ………………” bukan seperti itu,yang harus anda tulis cūma point yang penting dan yang mahu di sampaikan sahaja . Bila anda menulis skrip penuh dan anda membuat presentasi dan amda Cuma membaca apa yang anda tulis persembahan anda menjadi kaku dan tidak menarik kerana anda cuma membaca kertas yang ada pada anda.
Jadi untuk kelihatan lebih berhubung dengan orang di hadapan anda, anda hanya harus menulis point-point yang mahu disampaikan . Alasan kenapa anda harus menulis adalah supaya ketika anda berdiri di hadapan orang banyak anda tidak akan lari dari point yang ingin anda sampaikan.
Bercakap sendiri
Mungkin ini tips yang agak lucu apabila kita harus bercakap sendiri tetapi ini adalah suatu latihan yang harus anda lakukan juka ingin menjadi public speaker yang baik. Setelah anda selesai menulis point yang anda ingin sampaikan cuba cari suatu tempat atau bilik yang sunyi dan jika ada cermin lagi bagus. Apa yang harus anda lakukan adalah mulai bercakap di hadapan cermin dan cuba buatkan presentasi anda itu lebih menarik dan ada connection dengan audience anda.
Eye contact
Salah satu perkara yang cukup sukar dilakukan ketika bercakap di depan khalayak ramai adalah mendapatkan perhatian orang terhadap anda, kerana banyak perkara yang membuatkan mereka tidak fokus kepada anda seperti telefon,bercakap dengan rakan yang lain atau mungkin tertidur. Nah, di sini contact eye sangat perlu ketika anda melakukan presentation, kita anda mulai bercakap di hadapan mereka pastikan anda connected kepada mereka dengan memberikan eye contact anda.
Jika anda dalam kelompok kecil pastikan anda memerhatikan mata setiap mereka satu per satu. Tetapi ini dapat dilakukan hanya dalam kelompok yang kecil,lalu bagaimana untuk memberikan contact eye dalam kelompok besar ? jika dalam kelompok besar anda tidak dapat membuat contact mata dengan mereka tetap apa yang anda harus lakukan adalah melihat bahagian demi bahagian contohnya lihat kepada kolompok sebelah kiri anda dalam beberapa saat kemudian alihkan pandangan anda kepada mereka yang di tengah dan akhir sekali ke kiri anda.
Ini akan membuatkan anda selalu connected dengan audience anda dan contact eye harus dilakukan sambil bercakap.
Gerak tangan
Bagaimanakah gerak geri tangan yang betul dan yang salah ? harus anda ketahui menggunakan gerak tangan dalam presentation itu sah-sah sahaja selama tidak dilakukan berulang-ulang dan dalam kecepatan yang seharusnya sehingga perhatian audience anda tertuju kepada gerak tangan anda bukan kepada apa yang anda sampaikan.
Menggunakan gerak tangan itu bebas selagi pergerakan itu berkaitan dengan apa yang kita katakan jangan lakukan gerakan yang tidak berkaitan dengan apa yang kita katakan. Ada 3 gerakan yang tidak boleh dilakukan ketika anda membua persembahan iaitu tangan di belakang. Hal ini membuatkan anda kelihatan terlalu formal atau mungkin juga orang melihat anda terlalu kaku . yang kedua, tangan didalam saku atau poket ini kelihatan terlalu casual ini akan menimbulkan persepsi seakan-akan anda merendahkan diri,tidak sopan atau terlalu santai.
Yang ke-3 adalah tangan di pinggang ketika anda melakukan ini ketika presentation ini mungkin akan menimbulkan persepsi bahawa anda sedang marah atau orang yang sombong. Tetapi saya yakin kan pada anda hal ini sebenarnya boleh dilalukan asalkan ianya tidak lebih dari 3 saat, selama itu gerakan ini selamat dilakukan.
Itulah serba sedikit ilmu yang saya ada dan saya kongsikan untuk kita semua. Apa yang paling penting adalah anda harus selalu berlatih,itu merupakan kunci yang cukup berkesan kerana semakin anda berlatih semakin tinggi keyakinan diri anda bila berdiri di hadapan orang banyak. Sekian dan selamat maju jaya.