BR1M 2018 Tarikh Dan Jadual Pembayaran (Februari,Jun,Ogos 2018) Melalui Akaun Bank

BR1M 2018 Tarikh Dan Jadual Pembayaran adalah dalam bulan Februari,Jun dan Ogos 2018 Melalui Akaun Bank anda. Anda mungkin tertanya-tanya BR1M 2018 bila dapat duit? Mungkin ramai juga yang selalu cek brim dah masuk ke belum 2018? Yang pasti tahun ini brim ada lagi dan kepada yang belum memohon maka anda bolehlah membuat permohonan baru, kepada yang sudah ada brim anda boleh buat semakan status dan juga kemaskini maklumat anda dalam portal online yang disediakan.

Semakan Status BR1M 2018

Sebelum itu anda kena pastikan anda telah buat brim 2018 kemaskini online. Jika belum anda dinasihatkan supaya cepat-cepat berbuat demikian.

Anda boleh membuat kemaskini brim online supaya tidak berlaku masalah semasa sesi pembayaran brim nanti. Ramai yang lambat atau tidak mendapat bayaran kerana maklumat yang tidak lengkap dan sebagainya.

Jadual Tarikh Pembayaran BR1M 2018

Seperti yang telah dinyatakan, BR1M dijangka akan dibayar dalam bulan Februari, Jun dan Ogos 2018. Ini bermakna tahun ini bayaran brim akan dibuat 3 kali secara berperingkat atau secara tiga kategori.

Pembayaran BR1M Kategori 1 – RM450

Kategori 1 ini ialah untuk yang mendapat pembayaran RM450 sahaja. Ini adalah untuk individu yang berpendapatan bulanan RM200 dan ke bawah.

Untuk kategori 1, jadual pembayaran brim 2018 akan dibuat pada bulan Febuari 2018 sahaja iaitu RM450.

Pembayaran BR1M Kategori 2 – RM900

Kategori 2 ini pula adalah untuk isirumah yang berpendapatan bulanan RM3001 hinggi RM4000 sahaja. Jumlah bayaran brim 2018 untuk kategori 2 ialah RM900 sahaja.

Untuk kategori 2 ini jadual pembayaran brim 2018 akan dibuat seperti berikut:

(1) Bayaran pertama: Februari 2018 berjumlah RM300 sahaja
(2) Bayaran Kedua: June 2018 berjumlah RM300 sahaja
(3) Bayaran Ketiga: Ogos 2018 berjumlah RM300 sahaja

Ini bermaksud pembayaran BR1M 2018 untuk kategori 2 ialah sebanyak 3 kali.

Pembayaran BR1M Kategori 3 – RM1200

Kategori 3 pula adalah isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah.

Untuk kategori 3 jadual tarikh pembayaran brim 2018 yang berjumlah RM1200 ialah sebanyak 3 kali juga seperti mana kategori 2 di atas. Jadual pembayaran brim untuk kategori 3 adalah seperti berikut:

(1) Bayaran pertama: Februari 2018 berjumlah RM400 sahaja
(2) Bayaran Kedua: Jun 2018 berjumlah RM400 sahaja
(3) Bayaran Ketiga: Ogos 2018 berjumlah RM400 sahaja

Kemaskini Brim 2018 Secara Online

Sepertimana yang dimaklumkan sebelum ini bahawa Kementerian Kewangan telah mengeluarkan makluman bahawa tempoh pendaftaran BR1M 2018 akan dilanjutkan sehingga 25 Januari 2018 (Khamis). Kepada yang belum membuat permohonan anda boleh membuat permohonan secara online

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui link ini  https://ebr1m.hasil.gov.my atau datang ke mana-mana cawangan LHDNM yang terdekat dengan anda. Membuat permohonan baru adalah PERCUMA.

Kepada yang sudah mempunyai BR1M, anda juga dinasihatkan untuk membuat semakan status dan kemaskini secara online dan membuat kemaskini jika ada maklumat yang baru.

Semoga bantuan BR1M ini dapat digunakan dan dimanfaatkan membantu sedikit sebanyak untuk meningkatkan taraf hidup kita.