Pelaksanaan Dual Language Programme (DLP) Tahun 2018 – Kenyataan Media KPM
Tujuannya supaya para pelajar meningkatkan pendedahan dan penguasaan dalam Bahasa Inggeris untuk kedua-dua mata pelajaran atau bidang ini.
Tujuan utamanya ialah supaya pelajar kita memahami dengan mendalam bidang sans dan matematik yang banyak menggunakan istilah-istilah Bahasa Inggeris dan seterusnya meningkatkan akses penerokaan pelbagai bidang ilmu dan bersaing di peringkat global.
Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dalam bidang Sains dan Matematik akan membantu meningkatkan kebolehpasaran murid dalam alam pekerjaan kelak.
Melalui kenyataan media KPM yang terbaru, program DLP ini akan diteruskan dalam tahun 2018 ini di semua sekolah sebanyak 1,215 sekolah setakat ini dan seterusnya KPM telah memberi kelulusan kepada sejumlah 88 buah sekolah baru bagi pelaksanaannya.
Jika programme DLP ini dapat dijalankan dengan jayanya, kita percaya tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar-pelajar kita di Malaysia akan bertambah atau meningkat. Ini tentunya sesuatu yang kita harapkan.
Sila rujuk kenyataan media KPM mengenai programme DLP ini di gambar yang ada di atas. Anda juga boleh akses atau download kenyataan media tersebut di laman rasmi KPM untuk maklumat lanjut.