12 Tips Cara Memohon UPU Online
Semetara menunggu keputusan SPM diumumkan apakah perancangan anda? Atau adakah anda telah membuat apa-apa perancangan masa depan apa yang perlu dibuat selepas keputusan peperiksaan SPM diumumkan? Ini persoalan yang memerlukan jawapan dari diri anda sendiri.
Sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM diumumkan, tentu ramai yang telah mengambil kesempatan untuk memohon UPU online. Adakah permohonan anda telah dibuat dengan cara yang betul dan lengkap?
Ramai pelajar yang gagal mendapat tempat ke IPTA melalui UPU hanya disebabkan kecuaian mereka semasa membuat permohonan di UPU online. Tahun lepas sahaja ramai yang tidak sedar bahawa kegagalan mereka memasuki IPTA kerana tidak ‘double check’ apakah permohonan mereka telah dihantar/submit online atau tidak.
Dalam perkongsian kali ini kami menyenaraikan tips atau lebih dalam bentuk senarai semak perkara-perkara yang perlu anda teliti semasa membuat permohonan di UPU online. Senarai semak (tips) ini amat mustahak untuk membantu mengurangkan kesilapan semasa memohon di UPU online.
Tips / Senarai Semak Permohonan UPU Online
1. Beli No Unik ID Di BSN berharga RM15.64 termasuk GST
2. Pastikan kategori anda SPM setaraf atau STPM setaraf
3. Buka portal rasmi UPU di www.upu.mohe.gov.my
4. Langkah seterusnya semak syarat e-panduan dengan teliti
5. Isi Permohonan Online
6. Pastikan mengisi setiap maklumat yang bertanda STAR*dengan lengkap
7. Pilih 12 pilihan mengikut keutamaan
8. Isi sampai habis
9. Klik “Sah & Hantar”
10. Cetak Slip Permohonan
11. Simpan Slip Permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat
12. Semakan dan Kemaskini tanpa had sehingga tarikh tutup permohonan
Diharapkan perkongsian mengenai tips dan senarai semak permohonan UPU online ini bermanfaat kepada anda terutama para pelajar lepasan SPM. Sila kongsikan tips ini kepada rakan-rakan yang ada memohon UPU online tahun ini.