Sistem SEMAKAN Status KADS1M Online MUDAH Dan PANTAS

Tarikh Tutup Permohonan Baharu Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)/ Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) Tahun 2018.

TARIKH AKHIR PERMOHONAN BAHARU

KAD DEBIT DISKAUN SISWA 1MALAYSIA (KADS1M)/ BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) TAHUN 2018 [dikenali juga sebagai Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT)]

Boleh dilaksanakan melalui pautan : http://www.bankrakyat.com.my/bppt

Tarikh tutup permohonan baharu secara atas talian di Portal Bank Rakyat adalah pada 31 Julai 2018 (Selasa).

Semakan status permohonan KADS1M 2018 online. Jika anda ada memohon KADS1M, tentu anda perlu mengetahui status permohonan online anda bukan?  Bagaimana buat Semakan Status KADS1M (Kad Diskaun Siswa 1Malaysia) online?  Anda boleh membuat semakan status KADS1M anda atas talian (online) dengan mudah dan pantas.

Cara membuat semakan permohonan KADS1M online

Menurut maklumat yang di siarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, Bank Rakyat akan melancarkan sistem semakan status KADS1M bermula 1 June 2017

Sistem Semakan Status permohonan KADS1M online

Pelajar yang telah membuat permohonan KADS1M boleh membuat semakan status permohonan KADS1M mereka melalui sistem semakan online yang telah disediakan ini.

Biasanya anda akan mendapat email makluman dari Bank Rakyat. Walau bagaimanapun jika anda tidak menerima email dari Bank Rakyat, anda boleh membuat semakan status KADS1M anda terus secara online.

Semakan secara online ini lebih mudah dan pantas.

Semakan Status KADS1M secara online

Semakan KADS1M di Bank Rakyat boleh dibuat secara online melalui laman portal yang telah disediakan oleh pihak Bank Rakyat. Anda boleh membuat semakan secara online dengan cara seperti di bawah:

1. Layari applikasi semakan KADS1M online : https://bppt.bankrakyat.com.my/semakan/
2. Sila masukkan No Kad Pengenalan/ IC
3. Klik ‘Semak’

Sila rujuk gambar di bawah.

Cara semakan status KADS1M secara online

Semakan Status KADS1M Melalui Talian Hotline.

1. Telefon Bank Rakyat Hotline di 1 300 80 5454
2. Pilih Bahasa
3. Key in “1” untuk status permohonan KADS1M
4. Key In No Kad Pengenalan dan tunggu sehingga panggilan anda diangkat
5. Beritahu receptionist yang anda ingin menyemak status permohon Kad Debit Pelajar anda.
6. Berikan maklumat lengkap anda seperti yang diperlukan
7. Jika permohonan anda tidak terdapat dalam sistem, minta pandangan mereka bagaimana cara untuk memohon semula KADS1M
8. Jika permohonan anda terdapat dalam sistem. tahniah diucapkan.

Semoga perkongsian mengenai semakan status permohonan KADS1M online ini memberi manfaat kepada anda. Sila kongsikan kepada kawan-kawan yang lain maklumat ini untuk rujukan dan panduan mereka. Kepada yang berjaya kamu ucapkan TAHNIAH! Gunakan kemudahan tersebut dengan sebaik-baiknya sebagai pelajar.