Cara Semakan Pendaftaran Tahun 1 2019 Online
Semakan pendaftaran Tahun 1 2019 online. Sudahkah anda mengetahui status keputusan permohonan anak anda untuk kemasukan ke Tahun 1 sesi 2019? Jika belum, anda boleh buat semakan secara online. Mesti ramai yang berdebar dan tertanya-tanya di mana anak anda akan memulakan persekolahan mereka untuk Tahun 1 nanti.
Perkara ini lebih membuatkan anda teruja jika ini adalah anak pertama anda yang akan menjejakkan kaki ke alam persekolahan selepas prasekolah. Isu siapa nak hantar ke sekolah, tak menangis ke anak ditinggalkan di sekolah pada hari pertama dan seribu satu macam pertanyaan bermain di minda anda sebagai ibubapa.
Tunggu, sebelum semua persoalan itu terjawab, perkara pertama yang penting anda perlu lakukan ialah membuat semakan keputusan permohonan pendaftaran Tahun 1 untuk melihat status penempatan Tahun 1 untuk anak anda.
Yang baiknya, anda boleh buat semakan online, dan portal semakan itu sebenarnya sudah dibuka. Anda hanya perlu masuk ke laman portal yang disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
Semakan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2019
Untuk membuat semakan layari >>> Semakan Pendaftaran Tahun 1 Online
Nota: Ibubapa atau penjaga perlu log masuk (login) ke dalam Aplikasi Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) yang sama dengan menggunakan daftar masuk (No Kad Pengenalan dan Kata Laluan) yang digunakan semasa membuat permohonan atau pendaftaran sebelum ini.
Semoga perkongsian mengenai semakan pendaftaran Tahun 1 2019 online ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada para ibubapa yang lain.