Panduan Pendaftaran Tingkatan 1/Tahun 1 Online
Panduan pendaftaran memasukin Tingkatan 1 / Tahun 1 online. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, sekarang ibubapa dengan mudah dapat mendaftarkan anak mereka untuk memasuki Tingkatan Satu (1) dan juga Tahun Satu (1) secara online.
Tak perlu sibuk-sibuk ke sini sana untuk urusan pendaftaran.
Kementerian Pendidikan (KPM) telah membangunkan laman portal permohonan online memasuki Tingkatan/Tahun 1.
Sekarang ianya lebih mudah dan menyenangkan.
Sistem Pendaftaran Online atas talian KPM ini adalah merupakan portal untuk melakukan urusan berkaitan permohonan kemasukan ke sekolah di bawah kendalian KPM.
Sekarang permohonan memasuki Tingkatan/Tahun 1 sudah semakin mudah dan senang.
Walau bagaimanapun kepada ibubapa yang belum begitu mahir menggunakan aplikasi dalam talian, anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan mereka yang mahir atau boleh juga datang terus kepada pihak sekolah atau Pejabat Pendidikan Daerah yang terdekat untuk meminta tunjuk ajar.
Panduan Pendaftaran Tingkatan 1 & Tahun Satu (1)
Panduan lengkap pendaftaran murid Tingkatan / Tahun 1 online ini adalah untuk memberi maklumat dan panduan pendaftaran online untuk murid tingkatan/tahun 1 melalui aplikasi SPS yang disediakan oleh KPM.
Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPS yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) adalah direka khas untuk tujuan memudahkan permohonan ke Tingkatan 1 dan Tahun 1 untuk pelajar yang layak.
Berbanding sistem sebelum ini yang banyak menggunakan borang permohonan/kertas dan perlu dibuat secara manual, sistem SPS ini membolehkan para ibubapa memohon terus secara online dan membolehkan segala urusan menjadi lebih cepat dan mudah.
SEE ALSO: Semakan Keputusan UPSR Online Dan SMS
Bagaimana menggunakan SPS – Sistem Pendaftaran Atas Talian (Online)
Untuk menggunakan sistem SPS ibubapa perlu mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu sebelum boleh membuat permohonan.
Perlu diingat bahawa sekolah di setiap daerah dan negeri mempunyai syarat-syarat kemasukan yang berbeza.
Atas sebab ini ibubapa dinasihatkan agar membaca panduan am yang telah disediakan dengan teliti untuk memahaminya.
Pelajar-pelajar yang layak sahaja boleh memohon ke memasuki sekolah-sekolah yang diinginkan.
Download Panduan Panduan SPS Online
Anda dinasihatkan untuk download pantuan ini sebelum menggunakan portal yang disediakan untuk mengelakkan berlaku kesilapan semasa memohon nanti.
Berikut adalah manual menggunakan SPS – Sistem Pendaftaran Atas Talian (Online) untuk kemasukan Murid Tingkatan / Tahun 1.
Sila download dan cetak Panduan Menggunakan Aplikasi SPS di https://public.moe.gov.my/panduan/MUAT_TURUN_SPATKPM.pdf
Maklumat lanjut
Pihak KPM biasanya akan menyiarkan informasi terkini mengenai perkara ini di laman portal SPS.
Anda dinasihatkan sentiasa merujuk laman portal online rasmi SPS untuk maklumat lengkap dan tepat. Biasanya pihak KPM akan siarkan di laman website rasmi mereka jika ada informasi terkini atau perubahan kepada sistem sedia ada.
Anda boleh melayari laman portal rasmi SPS di https://public.moe.gov.my/?kpm=
Alamat Perhubungan
Jika anda mempunya apa-apa pertanyaan atau perlukan maklumat terperinci, sila berhubung terus dengan pihak SPATKPM di senarai alamat perhubungan seperti yang di bawah:
Diharapkan panduan pendaftaran murid Tingkatan/Tahun 1 ini dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk proses pendaftaran anak anda memasuki ke Tingkatan/Tahun 1.
SEE ALSO: Panduan Ke SBP Tingkatan 1 Online
Maklumat terkini di laman portal rasmi SPS
– Portal pendaftaran ditutup buat masa ini. Sila semak semula pada masa akan datang.
– Bagi pengguna SPATKPM yang baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di PENGGUNA BARU
Semoga perkongsian mengenai panduan permohonan Murid Secara Online Kemasukan Ke Tingkatan 1 ini bermanfaat kepada anda.