Syarat Permohonan Biasiswa JPA PIDN Diploma Dan Ijazah Sarjana Muda

Syarat Kelayakan permohonan Biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara PIDN. Apakah syarat kelayakan biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negera (PIDN) yang harus dipatuhi? Jika anda bercadang untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana IPTA atau  IPTS di Malaysia dan bercadang untuk memohon tajaan JPA anda harus membaca ini.

Jika berminat untuk cari biasiswa yang lain cuba semak di senarai tawaran biasiswa terkini di Malaysia.

Terdapat syarat-syarat asas yang perlu anda tahu untuk memohon Biasiswa JPA PIDN untk belajar di universiti di Malaysia. Sila baca dengan teliti syarat kelayakan biasiswa JPA PIDN untuk memudahkan anda memahami dan memohon biasiswa JPA PIDN nanti.

Kami telah mengemaskini artikel ini dengan info baru dan terkini. Dari artikel ini anda akan mempelajari/mengetahui perkara-perkara berikut:

  • Cara Memohon Biasiswa JPA Untuk Diploma Dan Ijazah Sarjana Muda
  • Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa JPA
  • Download Panduan Permohonan Online Biasiswa JPA
  • Maklumat Perhubungan Biasiswa JPA

Terdapat 2 kategori syarat kelayakan biasiswa JPA PIDN  iaitu syarat asas dan syarat kelayakan akademik.

Cara Memohon Biasiswa JPA Diploma Dan Ijazah Sarjana Muda

Jika anda mempunya kelayakan dan bercadang untuk membuat permohonan online biasiswa JPA untuk program diploma atau ijazah sarjana muda, anda boleh membuat permohonan secara online.

Sila hantar permohonan anda menerusi aplikasi online (JPA scholarship online application form) di Permohonan Online Biasiswa JPA PIDN

Syarat kelayakan Biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara (JPA)

Untuk pemohon yang menggunakan portal online ini kali pertama, anda perlu mendaftar untu mendapatkan ID untuk digunakan dalam portal online Biasiswa JPA.

Sistem permohonan online biasiswa JPA diploma dan ijazah sarjana muda
http://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/panduan.php

READ ALSO: Biasiswa JPA PIDN Application Online



Download Panduan Membuat Permohonan Online Biasiswa JPA

Download panduan permohonan Biasiswa JPA Online. Sila layar link di bawah untuk download panduan-panduan untuk menggunakan sistem applikasi online biasiswa JPA.

Borang Permohonan Biasiswa Politeknik
Manual panduan lengkap cara mengisi borang permohonan

Borang Permohonan Biasiswa Dalam Negara
Manual panduan lengkap cara mengisi borang permohonan

Borang Permohonan Biasiswa Luar Negara
Manual panduan lengkap cara mengisi borang permohonan

Syarat Kelayakan Permohonan Online Biasiswa JPA PIDN

Sebelum mengemukakan permohonan online anda, sila buat semakan syarat kelayakan biasiswa JPA PIDN untuk diploma dan ijazah sarjana muda.

Syarat Kelayakan (JPA scholarship requirements) untuk memohon Biasiswa JPA PIDN.

Syarat-syarat Asas (Basic requirements for scholarship)

i. Warganegara Malaysia;
ii. Umur tidak melebihi 25 tahun pada atau sebelum 1 Januari 2015;
iii. Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
iv. Telah menerima tawaran kemasukan ke tahun pertama (1) pengajian (Bagi lepasan Matrikulasi/Asasi/STPM) atau tahun kedua (2) dan ke atas di peringkat ijazah pertama dan mempunyai baki 2 tahun pengajian; dan
v. Tahun pertama peringkat diploma dari mana-mana IPTA (kecuali UPSI).

Syarat Khusus Kelayakan Akademik (Academic requirements for scholarships)

1.SPM 2017

  • Minimum 9 A- termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu untuk Diploma

2.Bagi pelajar tahun satu dan ke atas di IPTA adalah menggunakan CGPA terkini

  • CGPA 3.30 untuk Ijazah Pertama

3.Bagi tahun satu dan ke atas di IPTS dan Kampus Cawangan adalah menggunakan CGPA terkini atau setara

  • CGPA 3.50 / 70% / HD / B untuk Ijazah Pertama

4.Matrikulasi/Asasi/STPM

  • CGPA 3.75 untuk Ijazah Pertama

5.Diploma/Lepasan Diploma

  • CGPA 3.5 untuk Ijazah Pertama

READ ALSO: JPA Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Study Loan For Students

Maklumat Perhubungan Biasiswa JPA

Jika anda memerlukan maklumat lanjut dan info terkini sila berhubung terus dengan pihak Biasiswa JPA menggunakan maklumat perhubungan di bawah.

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Aras 2-4,
Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya, Malaysia

A. For technical problems, call 03-88853453, 03-88853541, and 03-88853552
B. For queries, email pidn2014.bmi@jpa.gov.my

Kepada anda yang berminat dan layak untuk memohon, anda boleh menghantar permohonan anda melalui sistem permohonan online JPA PIDN. Semoga syarat kelayakan biasiswa JPA PIDN ini memberi anda sedikit sebanyak pengetahuan untuk membuat permohonan anda kelak.

Semoga perkongsia mengenai syarat kelayakan permohonan online biasiswa JPA untuk diploma dan ijazah sarjana muda ini bermanfaat untuk anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain untuk panduan dan rujukan mereka.