Program Bantuan Awal Pengajian (BAP) Yayasan Bank Rakyat
Program bantual awal pengajian Bank Rakyat ni adalah satu program membantu pelajar yang mahu melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi ke IPTA atau IPTS dan memerlukan bantuan awal.
Bantuan ini adalah berbentuk ‘ONE OFF‘ iaitu hanya diberikan sekali sahaja kepada pelajar yang layak. Terdapat kriteria yang harus dipenuhi oleh para pemohona.
LINK: Permohonan Biasiswa Bank Rakyat
Kriteria tersebut adalah seperti di bawah:
- Umur tidak kurang 18 tahun semasa permohonan dibuat.
- Pemohon dengan jumlah pendapatan isi rumah RM 3,000.00 kebawah sahaja yang akan dipertimbangkan.
- Menerima surat tawaran daripada institusi pengajian tinggi.
- Pemohon merupakan pelajar semester pertama
- Pemohon hendaklah mempunyai Akaun Simpanan Bank Rakyat.
Cara Memohon Bantuan Awal Pengajian Yayasan Bank Rakyat
1. Permohonan hanya diterima secara atas talian di portal YBR (www.yayasanbankrakyat.com.my).
2. Pemohon harus melengkapkan semua butiran yang diperlukan. Permohonan yang TIDAK lengkap tidak akan diproses oleh pihak YBR.
3. Segala butiran permohonan haruslah disertakan dengan dokumen yang perlu dimuat naik pada ruangan yang telah disediakan.
4. Butiran tanggunggan haruslah disertakan salinan kad pengenalan atau surat beranak tanggungan tersebut. Hanya tanggungan dengan dokumen sokongan sahaja yang akan diambil kira dalam pengiraan tanggungan.
Untuk memohon bantuan ini sila layari >>> Permohonan Bantuan Awal Pengajian
Contact
Yayasan Bank Rakyat
Yayasan Bank Rakyat Tingkat 08, Menara Berkembar Bank Rakyat
No.33,Jalan Travers, 50470, Kuala Lumpur Malaysia
Phone: +6 03-2612 9600
Fax: +6 03-2612 9555
Semoga bermanfaat.
Biasiswa: Senarai Biasiswa Di Malaysia
Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda yang lain di Whatsapp atau Facebook. Klik sahaja button SHARE di bawah. Mari kita saling bantu membantu antara satu sama lain.
Terbaik berapa jumlahnya
Terbaik berapa jumlahnya
kena bayar semula tak?