Biasiswa Yayasan Sabah One Off Untuk Pelajar IPTA/IPTS Dari Sabah
Baca maklumat lanjut biasiswa >> DI SINI
Baru-baru ini ada sesi penyampaian sumbangan/tajaan biasiswa Yayasan Sabah (YS) one-off yang disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah kepada pelajar-pelajar yang telah diluluskan permohonannya.
Biasiswa Yayasan Sabah one off ini adalah tajaan dari YS yang tidak perlu dibayar balik dan hanya akan diberikan sekali sahaja. Ini adalah sumbangan dari kerajaan negeri dengan kerjasama Yayasan Sabah kepada pelajar-pelajar Sabah di IPTS dan IPTA.
Bantuan ini diberikan kepada pelajar lepasan SPM dan STPM yang cemerlang dan kurang berkemampuan supaya mereka dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Menurut YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Apdal, pemberian bantuan ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk mewujudkan modal insan di negeri Sabah yang berkualiti tinggi untuk masa depan negeri Sabah pada masa akan datang.
Kita perlukan rakyat yang berpendidikan tinggi untuk pembangunan dan kemajuan negeri Sabah ini pada masa akan datang.
Baca juga: Senarai Biasiswa untuk Pelajar Lepasan SPM dan STPM di Malaysia
Demikan seperti mana yang disiarkan di laman FB Parti Warisan Sabah.
Bantuan khas ini adalah inisiatif YAB Ketua Menteri Sabah untuk membantu golongan pelajar cemerlang dan kurang berkemampuan yang baru mendaftar memasuki kolej/universiti.
Bantuan khas ini diharap dapat membantu meringankan beban kewangan ibubapa yang kurang berkemampuan di kala anak-anak mereka memulakan pengajian di institusi pengajian tinggi.
Borang permohonan boleh diperolehi di pejabat Bahagian Pembangunan Pendidikan, Yayasan Sabah di Menara Tun Mustapha, Tingkat 7.
Pelajar-pelajar atau ibubapa hendaklah membawa salinan kad pengenalan pelajar/ibu dan bapa serta Surat Tawaran dari mana-mana kolej atau universiti.
Untuk permohonan dan maklumat lanjut mengenai Biasiswa Yayasan Sabah One Off ini anda boleh hubungi pegawai-pegawai BPPYS di talian berikut 088 – 326300, 326400.
Nota: Anda dinasihatkan untuk menyemak / berhubung terus dengan pihak Yayasan Sabah (YS) untuk info terkini sama ada biasiswa ini ditawarkan / tidak ditawarkan tahun ini.
Semoga perkongsian mengenai biasiswa Yayasan Sabah One Off ini bermanfaat kepada para pelajar kita.
Maaf mau tanya duit untuk pelajar yang belajar di semananjung bila di kreditkan ke akaun
i apply since last year, but until now, still have no response
Saya pun belum dpt sampai skg.
ðŸ˜
dimana mau diisi ni?
clasmate sd dapat .sy blum dapat .gred sma shja
masi valid kh klu mw apply??
Penipu sahaja nie.. mati2 sudah urus dari semporna pergi kota kinabalu last2 cakap yang kemahiran tidak layak padahal di borang kemahiran pun layak memohon .. penipu
Biasiswa anak sabah ni biasiswa yayasan sabah ka?
mcm mna mau semak ni ahh utk yg sdh apply
ya same with me
Hello,macammana mau apply ya? ada birang online ka ni ataupun pegi yayasan sabah the isi disana?
Sudah apply dari awal tahun. Smpai sekarang semakan pun xtau mana mau cari, orang yg apply pn xtau dpat ka tidak. Bodoh . Bikin panas saja. Harapan palsu.
Bole saya memohon
Hi assalamualaikum.. Saya maw memohon yayasan sabah
hari tu daa ada call, sudah dapat and tgu duit masuk…either cheque or bank in…tgu saja lah
Macam mana mau mohon
hmm , mnipu ja ni , lpas prn , trs mnghilang lol , tu hari mengcall suda kono alerh
guys betul ka ini?
Betul tu.. Sibuk konon mengkol sblm prn ahhahahaha.. Dibilang konon dpt 2 minggu dri tarikh yg dikol tpi satu bulan sda ni msi xda hahahahahahhaa
sampai sekarang masi teda kena bagi wkwkwkwkkw harapan palsu jak, bagusla yg awal2 tu dpt yg belakang2 kesiang dbagi harapan palsu
Assalamualaikum..saya hanya mhu bagi cadangan sahaja. Bagi pendapat saya, bolehkah kalau biasiswa untuk membiayai kos pendidikan turut diberi peluang kepada pelajar yang tidak memenuhi syarat kelayakan seperti tidak mendapat keputusan yang cemerlang dan bertaraf kurang berkemampuan tetapi masih mhu berusaha untuk menyambung pendidikan ke IPT. Saya lihat rata-rata biasiswa ditumpukan kepada pelajar yang cemerlang bagi saya, itu cadangan yang bagus. Tetapi saya mohon agar mereka juga turut dibantu dari segi kewangan kerana mereka bukan sahaja perlu dpat sokongan, tetapi mereka juga boleh menjadi pemimpin negara pada masa akan datang. Terima kasih
Harap dapat mengubah mindset
Permohonan dari awal tahun 2020 lagi , sudah di call beberapa kali untuk info number ACC dan confirmation. Balik2 begitu , bulan 8 dijanjikan akan diberikan bantuan ni tapi boleh lah faham sbb time tu covid jadi tidak dibenarkan untuk membuat sbrg perjumpaan atau event. Tapi sudah dicakap kalau bukan secara physical akan di bank in tapi sampai skrg tiada ??? Sya mohon dari awal tahun lagi , dan skrg hampir habis semester ?lepas tu bulan 11 ni pun ada di call untuk confirmation ? Padahal sudah di cakap yg sebelumnya akan diberi? Tpi tiada juga. Sudah di confirm pastu cakap antara bulan 11 atau 12 akan di bank in? Tpi sampai sekarang tiada? Hampir 1 tahun sudah ,skrg lagi banyak pelajar memerlukan.
Sya dpat 4 flat kat stpm pun tak dpt??? Tak thu nak apply cm mna
Sya dpat 4 flat kat stpm pun tak dpt??? Tak thu nak apply cm mna
Ada apa2 perkembangan bru psl bantuan tu?
Lol samalah, tahun 2021 sudah ni, masih tiada khabar
HM KAWAN SAYA YANG LAIN DAPAT SUDAH , saya belum lagi
Kwn lain sdh dpt.. Kmi blm dpt dpt lg.. Mcm mna lh tu bulan 3 ni mo kuliah sdh
saya sudah mohon and sudah di call beberapa kali untuk minta bank info etc. pihak yayasan sabah cakap tahun ni awal bulan 1 akan masuk tapi berperingkat and i'm ok with it. kawan yang lain sudah terima bantuan ni tapi saya belum lagi dapat sampai la hujung bulan ni sedangkan janji pemberian tu awal bulan. nak tunggu sampai bulan 2 ka baru dapat? please give us info!
Mohon bulan 1 2020 dan kena call bulan 9 2020 tpi smpai skrg bulan 2 2021 masih belum dapat haihh.. Kalau tdk dpt bagitau la bkn begini😠kawan yg lain sudah dpt tapi sya blm dapat2
SAMAALAA SAYA PUN BELUM DAPAT. tapi ada kawan saya yang lain dapat sdh ðŸ˜ðŸ˜
Dapat sdh ka kamu? aiyaa saya kena call. tapi belum dapat2 lagi. tp kawan kawan saya yang lain dapat sdh
bantuan ni sebenarnya betul ka juga atau scam? mohon tahun lepas tu call cakap akan dapat bulan 1 tahun ni. tapi sampai sekarang bulan 2 masih tiada khabar. kalau tidak mau bagi tidak payah call orang balik balik minta pengesahan akaun bank apa semua. buang masa saya ja
Nak tanya, awak mohon bila ya, awal tahun 2020 ka?
FASA 13 masuk sudah guys
Bilalah nak dapat bantuan nii..klau nak buat aduan nnti lain kejadian..hari tu last year 2020 kena bagi tapi masih tak dapat juga..bila kena call..ckap minta no akaun trus kena bagi tahu dlam proses kemasukan..sampai skrang tak dapat..apa masalah!!! Kalau tak dapat bantuan nii pun bagitahu lah kat email atau call kh gitu.. ini langsung tda makluman…
boleh saya tanya…macam mana mau mohon sebenarnya ni…???