Cara Menolak Wang Pendahuluan PTPTN – Apa Yang Perlu Anda Buat?
So macam mana nak tolak wang WPP tu? Sebenarnya senang sahaja. Pihak PTPTN ada mengeluarkan kenyataan mengenai hal cara menolak Wang Pendahuluan PTPTN ini.
Menurut pihak PTPTN jika anda hendak menolak WPP, apa yang perlu anda buat ialah ‘JANGAN TUNAIKAN’ surat tawaran WPP itu.
Dalam kata lain… buat tak tahu je. Biarkan tawaran ini jangan usik apa lagi menunaikannya di Bank Islam.
PELAJAR yang membatalkan hasrat untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) selepas beroleh tawaran, diingatkan supaya tidak menunaikan waran wang pendahuluan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masing-masing.
Pengerusi PTPTN, berkata, kesulitan akan timbul sekiranya pelajar didapati menunaikan waran tersebut tetapi tidak melanjutkan pelajaran ke IPTA sebaliknya memilih ke institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
So di sini jelas, jika tak nak WPP tu dan mendapati anda dapat tawaran WPP maka apa yang perlu anda buat ialah buat tak tahu / jangan tunaikan tawaran (waran) itu.
Semoga info ini bermanfaat kepada anda.