Cara Memohon Wang Pendahuluan PTPTN (WPP) Online Untuk Pelajar
Tentu ramai yang belum sedar atau mengetahui hal ini. Sebenarnya program WPP ini telah lama dilaksanakan oleh kerajaan dengan kerjasama pihak PTPTN.
Program bantuan WPP ini diwujudkan untuk membantu pelajar/keluarga yang memerlukan wang pendahuluan (biaya) untuk memasuki IPTA. Tentu kita semua tahu bila memasuki IPTA banyak perbelanjaan permulaan yang terlibat seperti pembayaran yuran, asrama, kelengkapan peribadi, alat tulis, pengangkutan dan sebagainya.
Oleh itu di sini kami ingin berkongsi dengan anda sedikit maklumat mengenai cara memohon wang pendahuluan PTPTN sebagai panduan dan rujukan anda.
Itulah tujuan bantuan WPP ini diwujudkan oleh kerajaan melalui PTPTN. Memang ramai pelajar yang perlukan bantuan awal semasa memulakan pengajian mereka ke IPT kerana fasa tersebut banyak perbelanjaan terpaksa dibuat oleh pelajar. Dengan adanya program WPP ini, beban yang ditanggung oleh pelajar itu sendiri dan ibubapanya dapat sedikit sebanyak diringankan.
Bagaimana Cara Memohon Wang Pendahuluan PTPTN?
Persoalan yang sering kami terima ialah bagaimana cara memohon Wang Pendahuluan PTPTN ini? Adakah melalui portal PTPTN atau melalui bantuan IPTA di mana anda akan melanjutkan pengajian anda.
Anda boleh memohon bantuan WPP ini bukan melalui IPTA atau PTPTN. Anda hanya perlu tanda bersetuju menerima WPP semasa membuat permohonan online melalui UPU.
Demikian seperti yang dijelaskan oleh pihak PTPTN melalui ruangan FAQ di laman web rasmi PTPTN.
Kaedah permohonan adalah berdasarkan pengesahan setuju terima WPP yang dibuat semasa permohonan kemasukan ke IPT iaitu sama ada melalui Portal UPU atau IPT.