Cara Membuat Rayuan Pertukaran Politeknik Untuk Panduan Anda
Bagaimana cara membuat rayuan pertukaran politeknik? Caranya ialah dengan memohon melalui politeknik tempat anda belajar sekarang. Ada berberapa prosedur yang terpaksa anda buat dan patuhi sebelum permohonan rayuan pindah politeknik anda diberi pertimbangan.
Contohnya anda ingin bertukar dari politeknik A ke politeknik B, maka apa yang perlu anda buat ialah berurusan dengan pihak JHEP di politeknik A. Syarat paling asas untuk permohonan rayuan pindah politeknik ialah anda mestilah mengikuti program/kursus bidang pengajian yang sama.
Jika anda mengikuti pengajian dalam bidang Diploma Pelancongan di politeknik A, anda mestilah ambil bidang Diploma Pelancongan juga di politeknik B sebagai contoh.
Di bawah adalah contoh proses rayuan permohonan tukar politeknik sebagai panduan anda.
Soalan:
Saya pelajar JTMK Semester 2 Sesi Desimber 2013 Politeknik Tuanku Sirajuddin, Perlis (PTSS) ingin memohon berpindah ke Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor (PSIS) dalam program yang sama. Saya amat perlu berpindah kerana perlu menjaga ibu tunggal saya yang telah uzur. Bagaimana ia boleh dilakukan?
Jawapan:
Langkah yang perlu diambil untuk permohonan pertukaran politeknik.
1. Hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) PTSS untuk mengisi borang pertukaran
2. Minta sokongan PA dan KJ Akadamik jabatan saudara
3. Setelah selesai, hantar semula ke JHEP PTSS berserta surat sebab / alasan kenapa perlu bertukar politeknik
4. Ketua Jabatan HEP perlu membuat surat sokongan dan seterusnya memajukan borang pertukaran berkenaan kepada Pengarah PTSS untuk kelulusan dalaman PTSS
5. Selesai semua di atas, pihak JHEP PTSS akan masukkan data dalam sistem JPP, KPM
6. Keputusan akan dapat diketahui seawal 3 hari waktu bekerja dari kemasukan data
7. Sekiranya lulus saudara perlu buka lama web politeknik yang dipohon awal bulan june 2014 untuk pembayaran yuran sesi Jun 2014 dan tarikh lapor diri ke Politeknik yang dipohon.
8. Sekiranya gagal, saudara perlu membuat rayuan kepada Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya.
* Keputusan pertukaran akan diberitahu oleh pihak JHEP PTSS. Hanya pihak PTSS dan politeknik yang dipohon sahaja yang dapat melihat keputusan permohonan pertukaran tersebut.
* Sekiranya ada sekatan dari PTSS untuk permohonan pertukaran, sila bawa keluarga berjumpa dan berbincang dengan pihak JHEP PTSS bagi memudahkan permohonan ini.
* Segala urusan pernilaian dan keputusan pertukaran dilaksanakan oleh pihak JPP, KPM Putrajaya. Bukan dari PTSS atau politeknik yang dipohon.
Maklumat cara membuat rayuan pertukaran politeknik ini diperolehi dari laman website rasmi Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS).
Semoga bermanfaat.
bagaimana prosedur pertukaran kursus di politeknik ungku omar
Bagaimana prosedur untuk pertukaran program dj politeknik sultan abdul halim muadzam shah?
Salam,nak tanya kalau saya bakal pelajar sesi disember 20/21 dapat tawaran di politeknik sultan azlan shah ingin buat pertukaran ke politeknik nilai prosedur nya macam mana ea? Terima kasih
Hai saya nak tanya kalau nak tukar kos dan politeknik boleh ke?
Saya dulu di kelantan. Masa tu Saya di ditawarkan akauntasi. Tetapi Saya me minta tukar ke poli di Ipoh sekaligus menukar kos perniagaan juga extend sem selama 6bulan.
SELAMAT PAGI, SAYA NAK TANYA KALAU NAK TUKAR JURUSAN DAN POLITEKNIK BOLEH KE?
saya nak tukar poli dari sabah nak masuk ke poli semenanjung sesi 22/22..bagaimana caranya ya…pohon pencerahan..
Nak tya..berjaya ke tukar penempatan? Saya baru nk mohon peetukaran
boleh ke tukar politeknik dengan alasan classmate toxic?
dah berjaya ke?
Selepas sem 1 tukar poli…..dekat poli barupun kena pelajar balik ke sem 1…tolonglah response…
Boleh kah menukar tempat poli masa sem 1?
Sy nak tnyaa sy poli smnanjung nak tukar ke sabah , tukar tempat & sekali koss skrg bru nak abis sem1 .. mcm mana yaa??