eRPH Online – Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Online
Melalui RPH Online, topik sepatutnya disusun daripada yang senang/mudah kepada yang lebih sukar/susah untuk membantu pelajar menguasai topik dan pengetahuan dengan lebih pantas, mudah dan senang.
Di pihak guru RPH online dapat membantu mengelakkan berlaku penyelewengan atau terkeluar dari topik atau sub-topik yang sepatutnya disampaikan/diajar kepada pelajar.
Persamaan dari segi topik dan maklumat pembelajaran dapat diwujudkan dengan adanya sistem online RPH ini. Ianya juga dapat membudayakan information sharing dalama kalangan pelajar antara sekolah yang berbeza nanti.
Diharapkan RPH online ini boleh menjadi pemangkin kepada pencapaian akademik yang lebih baik dan cemerlang pada masa akan datang jika digunakan dengan sebaik-baiknya.
Kita akan update eRPH online mengikut subjek dan sekolah dari masa ke semasa diruangan ini nanti untuk menjadi sumber dan panduan anda.