Jadual Peperiksaan SPM 2019 Diawalkan – Rujuk Jadual Peperiksaan SPM Terkini
Untuk dapatkan jadual peperiksaan SPM tahun ini sila download di sini.
Tarikh peperiksaan SPM pada tahun ini bermula pada 14 October hingga 28 November 2019.
Keputusan mengawalkan peperiksaan SPM tahun ini diambil untuk mengelak masalah banjir yang biasanya banyak berlaku pada penghujung tahun seperti tahun-tahun sebelumnya.
Masalah banjir sering menyebabkan banyak pusat peperiksaan SPM terpaksa ditutup dan menjejaskan perjalanan peperiksaan SPM yang terpaksa ditempuhi oleh pelajar.
Akibatnya, masalah banjir ini boleh menganggu persediaan pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM kerana peperiksaan terpaksa ditunda ke tarikh yang baru.
Jadual adual peperiksaan SPM 2019 telah dikeluarkan.
Sila baca petikan akhbar Berita Harian di bawah untuk maklumat lanjut.
Jadual peperiksaan SPM 2019 diawalkan – Dr Maszlee
PUTRAJAYA: Jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan diawalkan selewat-lewatnya akhir September atau awal Oktober bermula 2019.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenal sistem jadual peperiksaan anjal atas faktor logistik, cuaca serta kebajikan pelajar.
Menurut beliau, antara jadual peperiksaan yang diawalkan itu terdiri subjek elektif yang kandungan sukatan pelajarannya bersifat kemahiran dan mengandungi kerja kursus.
“Bagaimanapun subjek teras terdiri dari bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Sains, Matametik, Pendidikan Islam Dan Sejarah kekal mengikut jadual seperti biasa,” katanya pada sidang media selepas mengadakan tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 16(1) di sini.
Yang turut hadir, Pengarah Lembaga Peperiksaan KPM, Adzman Talib dan Pengetua SMK Presint 16(1), Ab Aziz Mamat.
Seramai 421,706 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan bertulis SPM 2018 bermula hari ini sehingga 13 Disember depan.
Antara subjek elektif yang diawalkan itu terdiri dari mata pelajaran seni, pertukangan, sains komputer, bahasa bukan teras seperti Kadazan Dusun, Iban, Tasaur Islam dan seni muzik.
Maszlee berkata, peperiksaan awal itu juga dapat membantu mengurangkan tekanan pelajar dalam menghadapi masa yang panjang menghadapi peperiksaan.
Katanya, selain dapat memendekkan waktu peperiksaan, ia juga dapat mengurangkan bebanan pengawas peperiksaan yang bertugas. – beritaharian.com.my
Semoga bermanfaat.