Tarikh Pembelian No PIN UPU Di BSN Tahun Ini Untuk Lepasan SPM Dan STPM
Kepada anda yang tidak tahu, untuk pengetahuan anda nombor Unik ID ini lebih dikenali ramai juga dengan nama sebagai nombor PIN UPU. Ianya amat penting kerana tanpa No PIN UPU anda tidak akan boleh menggunakan laman portal UPU untuk memohon kemasukan ke universiti atau politeknik.
Semua pelajar adalah digalakkan untuk memohon melalui laman portal UPU. Itulah sebabnya penting untuk anda mengetahui tarikh pembelian No PIN UPU di BSN untuk memudahkan anda menggunakan portal tersebut.
Jika anda gagal membelinya anda tidak akan dapat memohon secara online melalui portal khas UPU yang hanya akan dibuka untuk satu tempoh tertentu nanti. Untuk tahun ini tarikh tutup pembelian PIN UPU adalah pada 1 April 2019. Ini bermakna anda ada masa yang agak panjang untuk melakukan pembelian PIN UPU anda.
Untuk memudahkan anda kami ada membuat perkongsian mengenai cara membeli PIN UPU secara online. Sila baca perkongsian tersebut sebagai rujukan anda.
Tahun ini tarikh pembelian No PIN UPU di BSN akan dibuka pada 25 Februari hingga 1 April 2019. Pastikan anda telah berjaya membelinya sebelum tarikh tutup.
Harga untuk setiap Nombor Unik ID di BSN ialah RM15.60. Anda dinasihatkan untuk tidak menghilangkan nombor unik tersebut untuk kegunaan anda mengakses portal UPU online. Sila pastikan anda tidak tersilap membeli No PIN yang lain kerana terdapat banyak No PIN dijual dalam aplikasi online di ATM BSN.
Sila rujuk gambar di atas untuk maklumat lebih terperinci mengenai tarikh pembelian No PIN UPU di BSN tahun ini. Jika anda perlukan makluman lanjut anda juga boleh layari laman website BSN mengenai perkara ini.
Harap perkongsian maklumat mengenai tarikh pembelian No PIN UPU di BSN ini bermanfaat kepada anda.