Sertai Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dan Capai Cita-cita Menjadi Guru

Siapa antara anda yang mempunyai cita-cita menjadi guru sejak zaman kanak-kanak lagi? Pasti ramai kan? Tapi anda ialah seorang graduan lepasan ijazah yang bukan dari ijazah bidang pendidikan, ada peluang lagi ka nak jadi seorang guru?

Pasti soalan ini kerap bermain dalam fikiran anda dan bukan hanya anda, ramai lagi memiliki persoalan yang sama.

Jawapan dari persoalan ini adalah boleh!

Anda masih ada peluang menjadi seorang tenaga pengajar di sekolah menengah mahupun rendah melalui program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).

Kursus Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)

READ: Permohonan Diploma Perguruan Lepasan Ijazah

Apa Itu DPLI?

Inilah jawapan bagi anda yang mahu menjadi seorang guru tetapi tidak ada ijazah dalam bidang pendidikan.

Melalui DPLI inilah anda boleh memiliki sijil untuk memberikan anda kelayakan mengajar di mana-mana sekolah kerajaan mahupun swasta.

Berapa Lama Tempoh Pengajian DPLI?

Tempoh pengajian tidak lama pun, hanya mengambil masa 1 tahun setengah sahaja, iaitu 2 semester belajar dan 1 semester lagi pelajar akan jalani latihan mengajar.

Waktu pengajian pun dijalankan semasa waktu cuti sekolah, jadi tidaklah mengganggu komitmen anda yang lain.

Sekejap dan mudah saja kan?

Menariknya lagi, sesiapa sahaja boleh mengambil peluang ini walaupun anda orang awam yang bukan dari golongan pendidik.

Jadi kalau anda mahu menjadi cikgu di sekolah, bolehlah sertai DPLI dan boleh buat permohonan jadi cikgu.

Kalau ada kekosongan dan rezeki anda pada masa itu, anda mungkin berpeluang dipanggil untuk menjadi cikgu!

Universiti Yang Menawarkan Program DPLI

Ada banyak universiti yang menawarkan program DPLI ni, anda boleh pilih mana-mana universiti yang sesuai untuk anda, sebaiknya anda pilihlah universiti yang dekat dengan rumah anda dan ada kemudahan pengangkutan.

Mari lihat senarai univerisiti berikut:

  1. Universiti Malaya (UM)
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  3. Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza)
  4. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  5. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  6. Univerisiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Syarat Kemasukan Ke Program DPLI

Setiap universiti yang menawarkan program ini mempunyai syarat kemasukan masing-masing yang perlu dipenuhi untuk melayakkan anda diterima.

Jadi, sebagai salah satu contoh syarat kemasukan, mari kita lihat syarat kemasukan bagi UPSI.

Syarat Kemasukan DPLI UPSI:

  1. Pemohon mestilah pemegang Ijazah Sarjana Muda di universiti yang diiktiraf kerajaan. Anda boleh periksa senarai nama IPTA/IPTS di pautan ini Carian Kelayakan.
  2. PNGK 2.00 ke atas.
  3. Lulus Bahasa Melayu dengan kepujian di peringkat sijil SPM.
  4. Warganegara Malaysia.

Pesanan Jika Berhasrat Memasuki DPLI

1. Jika anda ingin mengambil program DPLI, anda perlu pastikan bahawa kewangan anda stabil.

Segala kos pengajian ijazah ini tidak disediakan sebarang pinjaman dari pihak PTPTN. Anggaran kos yuran pengajian DPLI adalah antara 8 ribu sehingga 11 ribu ringgit.

Itu tidak termasuk kos rumah sewa, pengangkutan, makan minum, dan lain-lain lagi. Jadi kalau anda rasa anda mampu, teruskanlah hasrat anda.

2. Masa anda hendak pilih mana-mana universiti tu, sebaiknya anda pilihlah universiti yang dekat dengan rumah anda supaya senang anda mahu ulang-alik untuk ke kelas.

Lagipun Latihan Mengajar (LM) biasanya mengambil masa selama 3 bulan, jadi kalau rumah anda dekat, boleh anda jimatkan kos pengankutan.

Sekarang kos minyak kereta dan tambang pengangkutan awam pun dah naik.

3. Sentiasa bersedia untuk semua kemungkinan di masa hadapan. Program DPLI ini adalah program yang Open Market dan sesiapa sahaja boleh menyertainya.

Walau pun anda memiliki sijil kelayakan untuk menjadi tenaga pengajar di sekolah, namun tidak semestinya anda akan mendapatan penempatan untuk mengajar.

Saingan memang ramai, jadi anda tetap perlu bersaing dengan orang lain semasa temu duga SPP kelak.

Kelebihan Program DPLI

Jika anda masih tertanya-tanya, berbaloikah sertai program DPLI ni?

Mestilah berbaloi!

Lebih-lebih lagi ia memberi kelayakan untuk anda menjadi seorang tenaga pengajar dalam masa 1 tahun setengah sahaja.

Banyak lagi kelebihan yang anda akan dapat melalui program DPLI ni, jom baca lebih lanjut!

  1. Yuran pengajian bagi DPLI tidaklah begitu mahal, dan sangat berbaloi dengan apa yang anda akan dapat. Anggaran yuran pengajian secara keseluruhan adalah RM10,000. Kalau anda mempunyai modal dan kewangan yang stabil, tidak salah untuk anda melaburkannya demi masa depan kerjaya anda.
  2. Masa pengajian adalah fleksibel iaitu semasa cuti sekolah.
  3. Anda akan memperoleh sijil yang diiktiraf oleh MQA dan KPM.
  4. Tempoh pengajian 1 tahun setengah sahaja. Masa yang singkat tetapi sangat berbaloi kan!
  5. Pembelajaran yang diadakan adalah mod cuti sekolah.
  6. Pembelajaran adalah lebih efisien kerana akan diadakan secara bersemuka. Anda boleh berkenalan dengan para pensyarah dan kawan-kawan universiti lain yang menyertai DPLI bersama anda. Bila ada kawan belajar bersama, barulah rasa seronok dan semangat nak datang ke kelas kan!
  7. Latihan Mengajar (LM) pun ada juga! Jadi selepas anda berjaya menamatkan pengajian dan mengajar di mana-mana sekolah, anda tidaklah kekok kerana sudah menjalani LM selama 1 semester.

Maklumat Lanjut Tentang DPLI

Jika anda berminat untuk mengikuti program DPLI di mana-mana universiti yang anda berminat, anda boleh membuat carian di internet dan portal rasmi universiti tersebut.

Untuk membantu carian anda, anda boleh lihat senarai pautan di bawah:

  1. Universiti Malaya (UM) – http://apply.um.edu.my
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – https://koperasisiswazah.com/
  3. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) – https://www.uniakademia.com/
  4. Universiti Malaysia Sabah (UMS) – http://mohon.ums.edu.my/pasca/
  5. Univerisiti Sains Islam Malaysia (USIM) – https://ipps2.usim.edu.my/

Demikianlah serba sedikit tentang program DPLI yang dapat dikongsikan untuk anda.

Jadi, anda sudah tahu kan bahawa masih ada peluang jika anda mahu mendapat sijil kelayakan menjadi seorang tenaga pengajar.

Teruskan dengan cita-cita anda yang murni dengan menjadi seorang pendidik yang bertauliah. Semoga perjalanan anda mencapai cita-cita dipermudahkan dan berjalan dengan lancar!