Semak Keputusan PMR Lama Online Di e-Lembaga Peperiksaan
Anda boleh buat semakan keputusan PMR yang lama secara online di portal e-Lembaga Peperiksaan Malaysia. Permohonan salinan keputusan PMR juga boleh dibuat secara online di portal tersebut.
Sebelum ini kami ada membuat artikel mengenai semakan keputusan PT3. Ramai yang tanya mengenai cara semak keputusan PMR.
PT3 mula dilaksanakan bermula pada tahun 2014 menggantikan peperiksaan PMR tetapi dimansuhkan semula pada tahun 2022 dan diggantikan dengan Pentasiran Berasaskan Sekolah (PBS) pula.
Disebabkan zaman PMR anda sudah lama berlalu, adakah anda masih ingat atau masih menyimpan slip keputusan PMR anda?
Saya yakin pasti ada dalam kalangan mereka yang sudah lupa berapa keputusan PMR mereka.
Boleh lagikah kalau kita nak periksa keputusan PMR yang lama?
Jawapannya boleh! Kalau nak tahu, teruskan baca.
Langkah Memohon Salinan Keputusan Peperiksaan PMR Melalui Lembaga Peperiksaan (LP)
Jika anda ingin memohon salinan keputusan peperiksaan anda yang lama, anda boleh cuba lakukan salah satu daripada tiga kaedah berikut:
1. Berurusan Secara Langsung Dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Urusan anda mungkin lebih cepat jika anda hadir sendiri ke kaunter sijil di Lembaga Peperiksaan.
Anda hanya perlu membawa kad pengenalan diri anda dan salinan keputusan anda sekiranya masih ada. Anda boleh hadir ke alamat berikut:
Lembaga Peperiksaan,
Lobi Utama, Aras Bawah,
Blok E11, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604, Putrajaya, Malaysia.
2. Hantar Wakil Ahli Keluarga Terdekat – Jika anda tidak dapat datang sendiri ke Lembaga Peperiksaan, anda boleh lantik wakil daripada ahli keluarga terdekat anda dengan membawa surat bertulis.
Anda harus ingat sebelum wakil anda datang ke Lembaga Peperiksaan, jangan lupa untuk membawa bersama surat pelantikan wakil yang sudah anda tandatangani dan bersama salinan kad pengenalan anda yang telah disahkan.
3. Mohon Melalui Pos – Cara ketiga ini rasanya lebih mudah kerana anda tidak perlu datang ke LP ataupun menggunakan mana-mana wakil bagi pihak anda.
Cara Mohon Salinan Keputusan PMR Online
Anda boleh memohon salinan keputusan peperiksaan PMR yang lama secara online di portal e-Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Ikut langkah (step-by-step) di bawah.
- Anda perlu melayari pautan https://elp.moe.gov.my/home/main
- Anda akan melihat paparan pilihan salinan keputusan, semak semula, terjemahan, dan semak status. Apa yang anda perlu lakukan adalah pilih pilihan yang pertama iaitu Salinan Keputusan.
- Untuk membuat permohonan baharu, anda akan dikehendaki mengklik butang tambah yang terdapat pada bahagian atas kanan laman web.
- Pastikan anda lengkapkan butiran calon yang dikendaki.
- Pilih jenis peperiksaan PMR dan tahun peperiksaan anda.
- Setelah semua butiran permohonan anda dipaparkan dengan betul, anda boleh memilih untuk kaedah penghantaran pos laju. Bagi kos penghantaran pula, anda akan dikenakan caj sebanyak RM10. Pastikan alamat anda diisi dengan tepat ya!
- Tanda pada bahagian pengakuan dan perakuan pemohon, kemudian barulah anda boleh klik pada bahagian ‘Mohon’.
Caj Yang Dikenakan
Nak dapatkan salinan keputusan peperiksaan yang baharu bukannya percuma, anda perlu membayar sebanyak RM30.
Tetapi jika melalui kaedah pos, anda perlu membayar kos pos sebanyak RM10, jadi jumlah adalah RM40 bagi perkhidmatan pos.
Untuk kaedah pembayaran pula, anda boleh bayar dengan beberapa cara iaitu:
- Tunai
- Wang pos (Postal Orderz)
- Kiriman Wang Money (Money Order) atas nama “AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA”
Nota: Cek persedirian tidak diterima.
Tempoh Masa Penerimaan Salinan Keputusan Peperiksaan PMR
Permohonan salinan keputusan peperiksaan PMR melalui kaunter LP adalah seperti berikut:
- Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 – satu (1) jam
- Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 – tujuh (7) hari bekerja
Aplikasi Mudah Alih e-Lembaga Peperiksaan (elp)
Kalau anda nak tahu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ada mencipta sebuah aplikasi mudah alih bagi memudahkan orang ramai.
Selain membuat permohonan salinan keputusan PMR melalui portal LP ataupun secara langsung, anda juga boleh membuat permohonan melalui aplikasi ini sahaja.
Anda tidak perlu lagi datang ke pejabat LP, lebih-lebih jika tempat tinggal anda jauh kan, jimat tenaga, masa pun jimat!
Kaedah Permohonan Salinan Keputusan Melalui Aplikasi Elp
- Bagi pengguna Android, anda boleh memuat turun aplikasi melalui Google Playstore, dan bagi pengguna IOS adalah melalui AppleStore (akan dikemaskini).
- Gunakan versi yang palin terkini iaitu versi 1.4.1
Semak Status Permohonan
Setelah membuat permohonan, anda boleh semak status permohonan melalui portal LP ataupun melalui aplikasi mudah alih mereka.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda masih mempunyai sebarang kemusykilan dengan masalah berkaitan, anda boleh rujuk alamat dan lokasi berikut:
a. Kementerian
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),
Blok E8, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya, Malaysia.
No. tel: 03-8884 6456
E-mel: adukpm[@]moe.gov.my
b. Jabatan Pendidikan Negeri
c. Pejabat Pendidikan Daerah
d. Institusi Pendidikan