Diploma Kesihatan Persekitaran Syarat Kelayakan & Peluang Pekerjaan Graduan
Apa itu Diploma Kesihatan Persekitaran? Mungkin ada yang baru pertama kali mendengar tentang diploma bidang pengajian ini kan? Untuk pengetahuan anda, program pengajian ini bertujuan untuk membantu para pelajar memahami tentang teori pengamalan, penambahbaikan, pengawalan dan pencegahan faktor persekitaran yang berpotensi untuk menjejaskan kesihatan orang awam.
Jika anda seorang yang minat dalam bidang kesihatan dan alam sekitar, program pengajian ini memang sangat sesuailah untuk anda!
Pasti anda pernah dengar tentang penularan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh agen fizikal, biologi, budaya, dan sosio-persekitaran kan?
Dalam bidang pengajian inilah pelajar akan belajar tentang betapa pentingnya mencegah penularan jangkitan tersebut.
Bukan itu sahaja, pelajar pun akan belajar tentang keperluan sanitasi yang terbaik, langkah-langkah untuk cegah penularan, dan pastinya tindakan pemulihan yang perlu diambil.
Nak tahu apa lagi yang menarik tentang diploma ini?
READ: Permohonan Biasiswa Kejururawatan (Nursing) Lepasan SPM
Anda boleh membuat pemerhatian dan kajian tentang aktiviti manusia yang menjejaskan kualiti hidup manusia.
Seronok kan boleh buat pemerhatian saintifik dan membuktikan hasil kajian!
Jika anda seorang yang suka bekerja di lapangan, bidang ini memang sangat sesuai untuk anda kerana bidang pengajian ini akan lebih banyak melibatkan pembelajaran di luar bilik darjah daripada di dalam bilik darjah.
Belajar diploma Kesihatan Persekitaran ni seronok tau!
anda akan keluar untuk membuat aktiviti seperti mengkaji kualiti air, membuat sampel bunyi, mengukur tanah, memeriksa premis makanan, fogging, dan membuat lawatan ke loji rawatan air.
Seronok kan belajar sambil buat banyak aktiviti!
Tapi bolehkah program diploma ini menjamin kerjaya masa akan datang? Untuk menjawab persoalan ini, teruskan membaca.
Perkara Yang Dipelajari Dalam Bidang Kesihatan Persekitaran
1. Pelajar akan mempelajari tentang bagaimana manusia dan ekosistem saling mempengaruhi antara satu sama lain.
Anda pun tahu kan betapa pentingnya saling kebergantungan ini, contohnya kita sebagai manusia sangat bergantung terhadap air dan udara, dan begitu juga dengan tumbuhan yang memerlukan karbon dioksida daripada manusia.
Tetapi dalam bidang ini, pelajar akan belajar lebih mendalam lagi.
2. Bidang pengajian ini juga akan beri pendedahan kepada pelajar tentang bagaimana untuk memanjangkan kewujudan manusia dan ekosistem.
Anda pun tahu kan, ekosistem seperti tanah dan air boleh saja kehabisan ataupun tercemar, jadi dalam bidang inilah pelajar akan belajar tentang bagaimana memelihara ekosistem ini.
3. Kesihatan alam sekitar boleh saja terjejas pada bila-bila masa kalau tidak dijaga dengan betul kan?
Jadi dalam bidang pengajian inilah pelajar akan belajar tentang bagaimana untuk mengenalpasti, menilai, dan mengawal segala kemungkinan yang boleh menjadi penyebab kesihatan alam sekitar terjejas.
4. Mesti anda pernah terfikir tentang bagaimana nak pulihkan keadaan alam sekitar yang dah tercemar kan?
Melalui program inilah pelajar boleh belajar tentang apakah sanitasi yang baik, langkah pencegahan, dan tindakan pemulihan yang boleh diambil.
Sebagai contoh, jika ada sungai yang didapati tercemar bahan kimia, apa tindakan yang anda boleh lakukan? Semua ini anda akan pelajari.
Syarat Kelayakan Memohon Diploma Kesihatan Persekitaran Lepasan SPM
Rasanya ini bahagian yang amat penting. Sebelum nak ambil kursus nie kena semak dahulu layak tak layak untuk memohon.
- Adik-adik mestilah mendapatkan keputusan minimum lulus SPM dengan 5 kepujian termasuk subjek Bahasa Melayu, Matematik, 1 subjek Sains, dan 2 subjek lain.
- Bagi subjek bahasa Inggeris pula, adik-adik mestilah dapat keputusan sekurang-kurangnya lulus.
- Nak layak mengambil bidang pengajian ini pun adik-adik harus melalui satu temuduga. Jadi, adik-adik kenalah lulus temuduga kelayakan ini ya!
Prospek Kerjaya Graduan Diploma Kesihatan Persekitaran
Soalan ini sering ditanya. Memang betullah kan, penat-penat belajar, bayar pun mungkin mahal takut tak da kerjalah pula nanti.
Jangan risau kerana graduan kursus ini memang tidak akan ketandusan peluang kerjaya.
Malah anda berpeluang untuk masuk kerja kerajaan. Bestkan jika diterima masuk kerja kerajaan, kerjaya dan kebajikan terjamin.
Di bawah ada sedikit peluang pekerjaan yang boleh anda ceburi. Banyak lagi sebenarnya, ini secara umum sahaja.
- Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di Kementerian Kesihatan
Ada tak adik-adik yang bercita-cita nak bekerja dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?
Mesti seronok kan dapat bekerja dengan pihak kerajaan!
Kalau anda ada diploma kesihatan persekitaran, anda boleh bekerja dengan KKM dan menjadi Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.
Skop kerja bagi jawatan ini boleh tahan besar juga tau!
Anda harus tahu bagaimana nak mengawal, mencegah, dan menguatkuasakan undang-undang dalam aktiviti-aktiviti penjagaan kesihatan.
Nak berikan contoh yang mudah, pegawai bertugas untuk memastikan keselamatan dan kualiti makanan yang diproses sebelum diedarkan kepada orang awam.
Bukan itu saja tau! Aktivti-aktiviti seperti memberi ceramah tentang kesihatan umum kepada institusi kerajaan, swasta, dan badan-badan sukarela pun menjadi tugas dalam bidang kerjaya ini.
2. Pegawai Keselamatan dan Kebersihan
Bagi graduan yang ada diploma kesihatan persekitaran, kalau anda nak bekerja dalam bidang makanan pun boleh!
Tugasnya adalah untuk sentiasa memastikan makanan yang dikeluarkan adalah selamat dan sihat untuk dimakan, dilabel, dan dibungkus dengan betul sebelum diedarkan.
Sebagai contoh, jika bekerja di kilang pemprosesan daging mentah, andalah yang harus memeriksa haiwan sebelum dan selepas sembelihan.
3. Pegawai Kawalan/Penyelidik Kesihatan Persekitaran
Jika anda seorang yang ambil berat tentang kesihatan diri dan kesihatan masyarakat yang lain, maka kerjaya ini memang sangat tepat untuk anda!
Kerjaya sebagai penyelidik kesihatan persekitaran adalah fokus tentang bagaimana nak meningkatkan kesihatan orang ramai.
Masa inilah ilmu pengetahuan yang anda pelajari selama di peringkat diploma untuk membangunkan rancangan perlindungan terhadap alam sekitar dan masyarakat.
Kerja-kerja yang dilakukan adalah seperti mendidik orang ramai tentang potensi risiko alam sekitar terhadap kesihatan, menganalisis masalah alam sekitar, dan mencari solusi untuk masalah tersebut.
Jika anda seorang yang minat mengkaji sesuatu masalah, kerjaya ini memang sesuailah untuk anda!
Selain daripada 3 kerjaya tersebut, anda boleh juga mendapat peluang pekerjaan dalam bidang kerjaya berikut:
- Juruteknik Pemantauan Alam Sekitar
- Pegawai / Kakitangan Kawalan Perosak & Vektor
- Pegawai / Kakitangan Pengurusan Sisa Pepejal
- Pegawai / Kakitangan Kawalan Perosak & Vektor
- Pengawal Kualiti
- Penyelia tapak
Jangan risau ambil bidang ini kerana memang bidang kerjaya yang boleh anda ceburi agak luas. Malah pakar dalam bidang ini di Malaysia masih agak kurang.
Paling penting, anda rajin dan pandai mencari peluang. Kalau duduk rumah sahaja tunggu memang kerja tak dapatlah kan?
Kesimpulannya, Diploma Kesihatan Persekitaran membuka banyak peluang pekerjaan yang luas kepada para graduan di luar sana.
Bagi graduan yang sememangnya seorang pencinta alam sekitar, pilihan kerjaya yang diberikan memang sangat seronok dan tidak akan bosan ketika bekerja.
Pasti ada saja pengajaran dan pengalaman baharu yang dialami kerana bekerja dengan alam sekitar dan kesihatan manusia.
Jadi kepada para graduan yang sedang memilih kerjaya masing-masing, semoga anda menemukan pekerjaan yang sesuai dengan anda dan sentiasa maju jaya!
boleh saya tahu di university mana sahaja ditawarkan program ini ?