UiTM Sarawak Ketahui Perkara Menarik Tentang IPTA Ini
Siapa yang tidak kenal dengan satu-satunya IPTA UiTM yang mempunyai kampus di seluruh negeri di Malaysia ini. Jika anda seorang bumiputera, anda mempunyai peluang yang sangat baik untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di universiti ini.
Tapi saya yakin, anda mesti hanya selalu dengar tentang UiTM di Semenanjung saja kan? Cubalah kenali UiTM di negeri Sarawak pula.
Anda tahu tak negeri apa yang terbesar di Malaysia? Negeri apa lagi kalau bukan Sarawak ataupun lebih dikenali sebagai Bumi Kenyalang!
Anda pasti terpegun jika melihat keindahan landskap, flora dan fauna di negeri ini. Pernah tak anda terfikir untuk menyambung pelajaran di negeri Bumi Kenyalang ini?
Inilah masanya untuk merantau dan menyambung pengajian di negeri yang jauh dari kampung halaman anda.
Nak tahu apa yang menarik tentang UiTM Sarawak, jom baca lebih lanjut!
Kemudahan dan Fasiliti yang Terdapat di dalam Kampus:
Kios Mesin Juruwang Automatik (ATM)
Kemudahan ini ada disediakan untuk para pelajar bagi memudahkan pengeluaran wang.
Jadi anda tidak perlu susah-susah keluar dari kampus semata-mata untuk mengeluarkan wang.
ATM yang disediakan adalah Bank Islam, jadi kalau anda sudah mempunyai akaun Bank Islam memang mudahlah untuk anda.
Tambahan pula, mesin ATM ini beroperasi 24 jam setiap hari, jadi tidak ada masalah jika anda ingin mengeluarkan wang pada bila-bila masa sahaja.
Unit Kesihatan UiTM Sarawak
Klinik untuk mahasiswa dan mahasiswi ni memang penting, pelajar memang akan mudah jatuh sakit.
Pelajar suka berjaga sehingga lewat malam demi menyiapkan tugasan dan kadang-kadang waktu makan minum pun tidak teratur, sebab itulah pelajar senang jatuh sakit.
Jadi dengan adanya kemudahan klinik dalam kampus, pelajar boleh dapatkan rawatan dengan doktor secara percuma sahaja dan tidak perlu keluar dari kampus untuk pemeriksaan kesihatan.
Unit Kesihatan beroperasi seperti waktu berikut mengikut cawangan UiTM Sarawak masing-masing:
- Isnin-Jumaat: 7.30am-5.00pm
2. Kampus Samarahan 2
- Isnin-Jumaat: 7.30am-4.30pm
3. Kampus Mukah
- Isnin-Jumaat: 8.00am-4.30pm
Sabtu-Ahad dan cuti umum Tutup
Tapi bagaimana sekiranya berlaku kecemasan di luar waktu operasi klinik?
Pelajar tidak perlu risau kerana pelajar boleh sahaja menghubungi kakitangan yang bertugas di talian +60 82-677 816.
Mereka akan segera memberikan bantuan kepada anda.
Kemudahan Sukan dan Rekreasi
UiTM Sarawak sangat menggalakkan pelajarnya untuk aktif bersukan, sebab itu banyak kemudahakn sukan disediakan di dalam kampus.
Jika ada masa terluang ataupun pada hari cuti, pelajar bolehlah berbuat sebarang aktiviti yang mencergaskan contohnya berbasikal, berjogging, ataupun bermain bola.
Jadi para pelajar tidaklah hanya tidur atau duduk di dalam bilik sahaja setiap masa.
Pelajar pun boleh berlatih untuk acara sukan tertentu di dalam kampus sahaja, tidak perlu menyewa gelanggang di luar ataupun ke tempat yang jauh dari kampus.
Antara kemudahan suka yang disediakan adalah
- Gelanggang bola tampar
- Padang unit sukan
- Padang futsal
- Padang a Uitm
- Gelanggang futsal
Perkhidmatan WiFi di dalam Kampus
Kita semua tahu kan betapa pentingnya jaringan internet yang kuat pada masa kini.
Kemudahakan Wifi yang boleh dicapai diseluruh kawasan kampus sangat membantu para pelajar dalam meningkatkan prestasi pembelajaran mereka.
Seronoknya lagi, WiFi bukan sahaja boleh diakses oleh golongan pelajar dan kakitangan pekerja, malah WiFi untuk pelawat yang datang pun ada disediakan.
Jadi memang jimatlah, pelajar tidak perlu membeli ‘broadband’ sendiri kerana pelajar boleh dapatkannya secara percuma sahaja di dalam kampus.
Tempat-tempat Menarik Berdekatan UiTM Sarawak
- D- Virtual Park
Sekali-sekali mesti pelajar mahukan hiburan juga kan? Takkanlah nak belajar saja setiap masa, otak pun kena berehat juga.
Pelajar-pelajar yang mencari keseronokan dengan kawan-kawan boleh datang ke D-Virtual Park ni, jarak dari kampus pun tidaklah jauh, hanya mengambil masa 4 minit jika menaiki kenderaan.
Kalau anda nak tahu, tempat ini adalah sebuah Arena Permainan eSport paling besar dan tercanggih di Sarawak.
Di tempat ini anda boleh bermain permainan VR, teater hologram, dan banyak lagilah aktiviti menarik!
2. Aiman Mall
Pusat beli-belah ini adalah yang paling dekat dengan kampus, masa dari kampus hanya lebih kurang 9 minit sahaja dengan menaiki kenderaan.
Tempat ini masih baharu lagi, para pelajar bolehlah membeli-belah barang keperluan di sini, mungkin ada barang-barang tertentu yang anda perlukan tetapi tidak dijual di dalam kampus.
Aiman Mall ni boleh tahan besar juga, keluasannya adalah kira-kira 140,000 kaki persegi dan mempunyai lebih 100 penyewa ataupun peniaga.
Jadi, anda bolehlah membeli-belah dengan kawan-kawan anda di sini sambil jalan-jalan pada waktu cuti.
3. The Summer Shopping Mall
Selain Aiman Mall, ada lagi pusat beli-belah yang lebih menarik! Tempat Summer Shopping Mall ni anda bolehlah berbelanja untuk barang-barang yang lebih kepada gaya hidup contohnya tempat makan mahal Secret Recipe, Sushi King, KFC, dan Sugar Bun.
Di sini pun ada menjual barang-barang berjenama seperti Lea Centre, F.O.S, Watson, kasut XES, dan Pusat Pakaian Hari-Hari.
Selain makanan dan barang berjenama, ada lagi yang menarik iaitu tempat hiburan Cineplexes ultra-moden.
Kalau anda bosan-bosan waktu cuti di kampus, anda bolehlah meluangkan masa bersama kawan-kawan di tempat ini.
Demikianlah serba sedikit perkara menarik tentang UiTM Sarawak.
Menyambung pengajian di kampus ini pun seronok, banyak kelengkapan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti untuk para pelajar.
Selain di dalam kampus, di luar kampus pun banyak tempat-tempat seronok berdekatan kampus yang boleh dikunjungi.
Selain belajar untuk bidang pengajian masing-masing, sambil tu bolehlah belajar sikit bahasa dan dialek orang Sarawak. Memang seronok!