Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat Syarat Kelayakan & Peluang Kerja Untuk Graduan
Pernah tak adik-adik dengar tentang program Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat? Kalau adik-adik seorang yang berminat dalam pengurusan hal-hal organisasi dalam sesebuah syarikat mahupun jabatan kerajaan, maka program ini memang sesuai untuk anda!
Mungkin ada yang terfikir adakah kursus ini menjamin masa depan yang cerah?
Sudah tentu!
Hari ini pun sangat banyak syarikat atau agensi baru yang memerlukan graduan-graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam pengurusan pejabat dan pengendalian teknologi yang disediakan.
Melalui program pengajian inilah adik-adik akan memberi tumpuan dalam pembelajaran prosedur pejabat, pengurusan pejabat, automasi pejabat, kecekapan pejabat, komunikasi, dan pembangunan sahsiah.
Yang pastinya, pengajian ini adalah merangkumi kuliah, penyelesaian masalah sebenar, seminar, latihan amali, dan pengalaman praktikal.
Jika adik-adik nak tahu lebih banyak tentang program diploma ini, teruskan membaca.
Syarat kemasukan Lepasan SPM Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat
Semestinya kalau nak masuk kursus ini kena memenuhi syarat kelayakan kemasukan minimum seperti berikut.
- Adik-adik mestilah mempunyai keputusan SPM lulus 3 kredit termasuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan mana-mana satu (1) matapelajaran lain.
- Keputusan SPM adik-adik juga mestilah Lulus subjek Sejarah.
- Lulus subjek Matematik ATAU Matematik Tambahan
Objektif Program Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat
Setiap kursus yang ditawarkan itu ada matlamatnya, ianya untuk memenuhi keperluan dan permintaan industri dalam negara kita.
1. Jika adik-adik berminat menceburi bidang pentadbiran pejabat, melalui program inilah adik-adik boleh menyediakan diri dengan pengetahuan pentadbiran pejabat yang diperlukan.
2. Melalui program ini juga, adik-adik akan belajar untuk menerima dan membuat transkrip dari surat imlak, laporan, data statistik, dan pengiraan ke dalam format surat siap.
Jadi, sebelum memasuki bidang pekerjaan, adik-adik sudah mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk menganalisis dan melengkapkan data dari pelbagai sumber, mengisi bahagian data yang hilang, dan mendapatkan maklumat kritikal dari orang lain secara bersemuka.
3. Untuk pengetahuan adik-adik, bekerja dalam pejabat juga akan menghadapi pelbagai situasi masalah, semasa menuntut dalam bidang pengajian inilah adik-adik akan belajar untuk menerapkan kemahiran berfikir secara krititis dan menganalisis strategi yang berkesan untuk mengatasi pelbagai situasi masalah dalam pejabat.
Antara masalah dalam pejabat yang sering berlaku adalah isu pengamalan etika dan isu strategi pengurusan masa.
4. Bekerja dalam pejabat juga akan banyak memerlukan kemahiran komunikasi sama ada lisan ataupun bertulis untuk menilai, membuat, dan menyampaikan memorandum, surat, helaian fax, laporan, PowerPoint, spreadsheet, agenda ataupun jadual perjalanan yang diperlukan.
Semasa tempoh pengajian inilah adik-adik akan belajar kemahiran komunikasi tersebut.
Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian bagi diploma ini di universiti awam adalah 2 ½ tahun bersamaan dengan 5 semester.
Tetapi di sesetengah kolej politeknik, tempoh pengajian bagi diploma ini adalah 2 tahun 4 bulan.
Prospek Kerjaya Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat
Jika adik-adik berjaya menamatkan pengajian dalam bidang ini, graduan seperti adik-adik berpeluang untuk mempunyai pilihan jawatan seperti berikut:
- Pegawai Eksekutif
- Pembantu Peribadi
- Setiausaha Eksekutif
Semua syarikat dan pejabat memerlukan jawatan-jawatan tersebut kan?
Jadi jangan risau tentang peluang kerjaya adik-adik, pasti adik-adik akan mendapat tempat yang diinginkan.
Selain itu, adik-adik bukan tertumpu dalam pejabat sahaja, tetapi adik-adik juga boleh terlibat dalam bidang seperti berikut:
- Pembuatan
- Perbankan
- Perniagaan
- Perkhidmatan
- Keusahawanan
Peluang Untuk Melanjutkan Pengajian Ke Peringkat Lebih Tinggi
Mungkin ada antara adik-adik yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas tamat diploma kan?
Sudah tentu anda boleh!
Dengan sijil diploma yang anda miliki, anda boleh mengambil program yang sama di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Universiti Dan Kolej Yang Menawarkan Program Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat
1. Widad College
B10, Mezzanine Floor, Jalan IM3/13, BIM Point, Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur
No. Telefon : 609-573 7777
No. Faks : 609-573 8899
Website Rasmi : http://widad.edu.my/
2. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Fakulti Perniagaan dan Pengurusan,
42300 UiTM Cawangan Selangor
Selangor Darul Ehsan
E-mel: fbm.care@uitm.edu.my
Tel: +603-3258 7045
Kesimpulannya, pengetahuan dan pemahaman yang disediakan melalui kursus ini sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang berhasrat untuk bekerja dalam pengurusan pejabat dan teknologi.
Para graduan program ini memiliki pengetahuan yang sedang dicari oleh para majikan yang berpotensi untuk menguruskan pejabat ataupun jabatan demi kemajuan dalam syarikat mereka.
Jadi, bagi adik-adik yang berminat dalam bidang kursus ini, terukan dengan cita-cita adik-adik!