Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat
Jika anda telah berusaha mendapatkan penaja untuk sambung pengajian tetapi belum ada reziki, mungkin Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) dari Yayasan Bank Rakyat ini boleh anda cuba mohon.
Yang menariknya, PPBU dari Yayasan Bank Rakyat ini boleh menjadi pembiayaan penuh jika anda mendapat keputusan yang cemerlang di akhir pengajian anda.
Sila rujuk jadual dibawah.
Jika anda berminat rujuk laman website rasmi PPBU Yayasan Bank Rakyat https://yayasanbankrakyat.com.my/ybr23/index.php/ppbu/
Permohonan boleh di buat secara online di portal PPBU https://application.yayasanbankrakyat.com.my/ybrappnew/
– END –
Borang Permohonan Biasiswa Bank Rakyat online, bantuan zakat Bank Rakyat untuk pelajar dan Pinjaman Pelajaran / Pendidikan Bank Rakyat.
Kali ini kami kongsikan cara buat Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Bank Rakyat online.
Kita percaya ramai para pelajar kita yang masih gagal mendapatkan penajaan untuk melajutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Walau bagaimanapun anda jangan bimbang kerana selain peluang biasiswa anda juga boleh memohon pinjaman pendidikan PTPTN untuk membiayaai pengajian anda.
Kepada para pelajar yang masih tercari-cari biasiswa atau pinjaman untuk melanjutkan pelajaran, Bank Rakyat sebuah bank terkemuka di Malaysia ada menyediakan program pembiayaan pendidikan.
Ianya ditawarkan oleh Yayasan Bank Rakyat iaitu Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah (PPBU).
Pemohon yang berminat boleh menghantar permohonan melalui Borang Permohonan Biasiswa Bank Rakyat online di webportal Yayasan Bank Rakyat Malaysia.
Pinjaman Pelajaran Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) – Biasiswa Bank Rakyat PPBU ini adalah terbuka kepada pelajar Malaysia yang sedang mengikuti program pengajian peringkat sijil, Diploma, Degree, Professional, Master Degree dan PHD.
Program PPBU adalah terbuka kepada pelajar yang telah mendapat tawaran untuk belajar dan sedang mengikuti pengajian tahun pertama di universiti atau kolej yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Private Education Department dan Malaysian Qualification Agency (MQA) tetapi belum mendapat sebarang tajaan pendidikan.
READ: Biasiswa CIMB Bank
Untuk membuat permohonan, sila baca dengan teliti cara-cara memohon melalui borang permohonan biasiswa bank rakyat online seperti di bawah:
- Permohonan terbuka kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS (university and colleges in Malaysia) yang berumur 18 tahun hingga 30 tahun ke bawah.
- Sila membuat pendaftaran akaun portal YBR sebelum membuat permohonan PPBU dengan mengklik butang “Pendaftaran Ahli”.
- Isikan maklumat pelajar yang diperlukan sehingga selesai dan tekan butang “Hantar”.
- Sebaik sahaja menekan butang “Hantar”, sila semak e-mel anda untuk mendapatkan KATA PENGGUNA dan KATA LALUAN.
- Seterusnya, sila klik pautan yang diberikan di dalam e-mel yang sama bagi tujuan pengaktifan akaun.
- Masukkan kata pengguna dan kata laluan di ruang yang telah disediakan dan klik butang “Masuk”.
- Sebaik sahaja “Log in”, sekiranya anda ingin menukar emel atau kata laluan sila klik “Profil Pelajar” untuk kemaskini maklumat.
- Sila klik butang “E-Borang” untuk membuat permohonan PPBU.
- Isikan segala maklumat yang diperlukan sebelum menekan butang “Hantar”.
- Anda akan menerima e-mel yang mengandungi maklumat yang telah anda berikan dan ia boleh dicetak sebagai salinan simpanan peribadi anda.
- Sekiranya terlupa kata laluan, sila klik “Lupa Kata Laluan”.
- Isikan maklumat yang diperlukan dan klik “Hantar” selepas melengkapkan ruang maklumat.
- Sila semak e-mel anda bagi mendapatkan kata laluan yang baru.
- Segala perkembangan dari semasa ke semasa akan diberitahu melalui emel anda.
READ: Biasiswa Maybank
Cara Menggunakan Borang Permohonan Biasiswa Bank Rakyat Online – PPBU
Sila ikut langkah bergambar seperti di bawah:
Selain dari maklumat mengenai Borang Permohonan Biasiswa Bank Rakyat online, Bank Rakyat juga ada menyediakan bantuan-bantuan lain untuk pelajar di Malaysia iaitu Bantuan Awal Pengajian (BAP) dan Bantuan Zakat Bank Rakyat.
Program Bantuan Awal Pengajian (BAP) – Yayasan Bank Rakyat (YBR)
Tawaran Bantuan Awal Pengajian (BAP) yang ditawarkan oleh Yayasan Bank Rakyat ini adalah satu program membantu pelajar yang ingin melanjutkan pengajian mereka ke institut pengajian tinggi awam mahupun swasta.
Bantuan ini berbentuk “ONE OFF” iaitu hanya diberikan sekali sahaja kepada yang layak dan memerlukan.
Sudah tentu ada kreteria tertentu yang diperlukan untuk memohon program Bantuan Awal Pengajian (BAP) Yayasan Bank Rakyat ini.
Pelajar yang memenuhi kriteria permohonan Bantuan Awal Pengajian (BAP) tajaan Yayasan Bank Rakyat (YBR) digalakkan memohon.
Pemohon mestilah memenuhi kreteria/syarat kelayakan memohon BAP seperti dibawah:
- Umur tidak kurang 18 tahun semasa permohonan dibuat.
- Pemohon dengan jumlah pendapatan isi rumah RM 3,000.00 kebawah sahaja yang akan dipertimbangkan.
- Menerima surat tawaran daripada institusi pengajian tinggi.
- Pemohon merupakan pelajar semester pertama
- Pemohon hendaklah mempunyai Akaun Simpanan Bank Rakyat.
Untuk memohon bantuan ini sila layari >>> Bantuan Awal Pengajian
Contact
Yayasan Bank Rakyat
Yayasan Bank Rakyat Tingkat 08, Menara Berkembar Bank Rakyat
No.33,Jalan Travers, 50470, Kuala Lumpur Malaysia
Phone: +6 03-2612 9600
Fax: +6 03-2612 9555
Bantuan Zakat Bank Rakyat
Bantuan Zakat Bank Rakyat ini bertujuan untuk memudahkan pembayaran dan penyaluran derma/zakat melalui Bank Rakyat.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Zakat Bank Rakyat anda boleh melayari portal Zakat Bank Rakyat.
Ini adalah antara kemudahan dan bantuan kepada pelajar Malaysia yang disediakan oleh Bank Rakyat.
Jika anda memerlukan maklumat lanjut mengenai bantuan zakat Bank Rakyat untuk pelajar, sila berhubung terus dengan pihak pengurusan zakat Bank Rakyat untuk maklumat terkini dan terbaru.
Mereka mungkin ada membuat perubahan polisi dan sasaran (target group) untuk bantuan zakat Bank Rakyat ini.