Peluang Biasiswa Karangkraf Scholarship 2024 Mohon Online
Tawaran biasiswa Karangkraf scholarship 2024 untuk pelajar lepasan SPM, STPM dan Diploma yang berminat dan berkelayakan.
Permohonan boleh anda buat dengan cara download borang permohonan, lengkapkan borang tersebut berserta dokumen sokongan yang diperlukan. https://support.karangkraf.com/dana/borang_permohonan_dana_kkraf.pdf
Untuk maklumat lebih terperinci layari portal rasmi penaja https://www.karangkraf.com/biasiswa-karangkraf/
Semak syarat kelayakan sebelum memohon
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia yang berumur tidak lebih 25 tahun
- Memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 8 kepujian bagi lepasan SPM atau CGPA 3.00 bagi
lepasan STPM/Matrikulasi/Diploma atau yang setaraf dengannya - Bergiat aktif dalam aktiviti sukan & kokurikulum
- Tidak terikat dengan sebarang pembiayaan atau pinjaman pelajaran
- Telah menerima SURAT TAWARAN di IPTS yang terpilih (rujuk senarai IPTS)
- Pendapatan isi rumah tidak lebih RM 5,000 sebulan
Jika anda perlukan bantuan semasa melakukan proses permohonan, hubungi penaja menggunakan maklumat perhubungan di bawah.
SEKRETARIAT BIASISWA KARANGKRAF
Alamat : Biasiswa Karangkraf, Kumpulan Media Karangkraf , Lot 2, Jalan
Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam ,
Selangor Darul Ehsan
No. Telefon : 03-5101 7565/7560
No. Faks : 03-5101 7588
Emel : danapendidikan@karangkraf.com
– END –
Permohonan online Biasiswa Karangkraf tahun ini dibuka semula untuk para pelajar membuat permohonan.
Biasiswa ini amat popular dalam kalangan pelajar bumiputera dan sesi penapisan juga tidaklah begitu ketat jika dibandingkan dengan biasiswa Shell, biasiswa Petronas atau biasiswa CIMB Asean.
Sebelum memohon anda dinasihatkan membaca info/details mengenai biasiswa Karangkraf ini untuk mendapatkan pemahaman/maklumat yang lebih terperinci.
Biasiswa ini ditawarkan untuk pelajar yang menyambung pengajian mereka di peringkat diploma dan ijazah di IPTS. Peluang agak cerah.
Sejak biasiswa ini ditubuhkan oleh Media Group Karangkraf, beribu-ribu pelajar telah mendapat manfaatnya.
Syarat Biasiswa Karangkraf
Individu yang layak untuk membuat permohonan biasiswa Karangkraf ini adalah:
- Individu yang berumur kurang daripada 25 tahun semasa tarikh permohonan.
- Individu yang memohon hendaklah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM dengan memperoleh 8 kepujian.
- Individu yang memohon memperoleh CGPA sekurang-kurangnya 3.00 bagi pelajar lepasan STPM/Matrikulasi/Diploma atau yang setaraf.
- Individu yang aktif dalam sukan dan aktiviti kokurikulum semasa bersekolah.
- Individu tersebut hendaklah berkebolehan berbahasa dan menulis dalam Bahasa Inggeris.
- Individu yang memohon tidak boleh terikat dengan mana-mana agensi yang memberi bantuan pendidikan atau pinjaman pendidikan.
- Individu yang memohon hendaklah telah menerima tawaran kemasukan dari mana-mana institusi.
- Pendapatan bulanan isi rumah individu tidak melebih RM5000,00.
Jumlah Biasiswa Karangkraf
Mengenai jumlah nie anda kena berhubung dengan pihak penaja. Biasanya jumlah adalah ikut jenis kursus dan di mana pelajar sambung belajar.
Jangan malas berhubung dengan mereka jika nak penaja. Betul tak?
Anda juga boleh baca pelbagai informasi mengenai tajaan ini di laman portal rasmi penaja.
Apa kata kali ini anda cuba, mungkin reziki anda di sini.
Semoga maklumat ini bermanfaat.