Pinjaman Pelajaran Selangor TKWBNS Untuk Anak Selangor
Pinjaman Pelajaran Selangor adalah Pinjaman Boleh Ubah yang diuruskan di bawah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) untuk pelajar anak Selangor.
Jika anda belum mendapat bantuan dari mana-mana pihak untuk sambung pelajaran, peluang ini patut anda cuba.
Cara memohon ialah dengan membuat permohonan melalui portal yang disediakan. https://edanapendidikan.selangor.gov.my/login
Anda boleh baca maklumat lebih lanjut di website rasmi Yayasan Selangor.
https://danapendidikan.selangor.gov.my/
Peringkat pengajian yang layak untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:
- Sijil
- Diploma
- Ijazah Sarjana Muda
- Ijazah Perubatan
Hantar permohonan anda sebelum tarikh tutup 31 Mac 2024.
– END –
Selangor State Government Education Loan (Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor). Bantuan pinjaman pelajaran negeri Selangor untuk pelajar yang lahir atau berasal dari Selangor.
Pelajar yang berjaya mungkin akan dipanggil untuk menghadiri temuduga pinjaman pelajaran Selangor.
Untuk memohon anda boleh download borang permohonan pinjaman pelajaran Yayasan Selangor online.
Bayaran balik pinjaman pelajaran Selangor boleh dibuat selepas 6 bulan pelajar menamatkan pengajian. Pelajar yang memenuhi syarat boleh memohon pengurangan bayaran pinjaman pelajaran negeri Selangor. Kepada anak-anak selangor ini adalah peluang baik untuk anda.
READ ALSO: ECM Libra Foundation Study Loan Programme
Alamat Dan Waktu Operasi Pejabat Pinjaman Pelajaran Selangor
Jika anda ingin berurusan dengan pihak pinjaman pelajaran negeri Selangor, berikut adalah maklumat perhubungan dan waktu operasi pejabat untuk rujukan anda. Sila berhubung terus dengan mereka menggunakan maklumat di bawah.
Alamat Pejabat
Urus Setia Cawangan Biasiswa Dan Pinjaman Pelajaran,
Tingkat 3, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40503 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Waktu Operasi Pejabat
a. 8.30 Pagi hingga 4.30 Petang (Isnin – Khamis)
b. 8.30 Pagi hingga 12.15 tengah hari / 2.45 petang hingga 4.30 petang (Jumaat)
Sabtu / Ahad dan Cuti Umum adalah tutup.
Telefon
03 – 5544 7000 – Talian Umum Pejabat SUK Selangor
03 – 5521 2275 / 03 – 5544 7484 – Unit Permohonan
03 – 5544 7482 – Unit Kewangan & Bayaran
03 – 5544 7480 / 7481 – Unit Penguatkuasaan & Pengurangan Bayaran
03 – 5521 2430 – Unit Task Force
E-mel : tkwbns@selangor.gov.my
Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan
Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
i. Kelahiran
a. Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
b. Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau
c. Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.
ii. Peringkat Pengajian
Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara SEPENUH MASA sahaja (pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) tidak layak memohon);
iii Penajaan
Pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN dari lain-lain penaja;
iv. Pencapaian Akademik
Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan;
v. Tahun Pengajian
Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN/ diberi tempoh pelanjutan pengajian.
Pemohon juga mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik seperti berikut:
i. Ijazah Pertama
a. Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atau
b. Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau
c. Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM
ii. Diploma
a. Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau
b. Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.
iii. Sijil (IPTA)
Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM
iv. Sijil (bidang kemahiran & teknikal sahaja)
Memperoleh sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM;
READ ALSO: How To Apply SOCSO Education Loan
Tawaran Peringkat Pengajian
Tawaran ini adalah terbuka bagi peringkat pengajian seperti berikut:
(i) Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor:
Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta pengajian peringkat Sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti (tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ Ijazah Lanjutan).
(ii) Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir ‘Fast Track’ Negeri Selangor:
Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu (1) tahun sahaja.
Kadar Tajaan Pinjaman Pelajaran
Kadar Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Kadar Tajaan Pinjaman Pelajaran
|
|
Peringkat Pengajian
|
Kadar Pinjaman (Setahun)
|
Ijazah (Perubatan)
|
RM 7000.00
|
Ijazah (Lain-Lain)
|
RM 6500.00
|
Diploma
|
RM 4900.00
|
Sijil
|
RM 4000.00
|
Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran akan dimulakan selepas tempoh enam (6) bulan pelajar menamatkan pengajian.
Kadar Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Selangor
Peminjam dikehendaki membayar balik pinjaman pelajaran selepas 6 bulan tamat pengajian. Jadual pembayaran balik adalah seperti berikut. Sila rujuk jadual kadar bayaran balik di bawah.
JADUAL BAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN SELANGOR
|
||
JUMLAH PINJAMAN
|
KADAR BAYARAN BALIK BULANAN
|
TEMPOH (BULAN)
|
RM5,000 ke bawah
|
RM139
|
12 – 36
|
RM5,001 – RM10,000
|
RM157
|
32 – 64
|
RM10,001 – RM15,000
|
RM190
|
53 – 79
|
RM15,001 – RM20,000
|
RM209
|
72 – 96
|
RM20,001 – RM25,000
|
RM221
|
91 – 113
|
RM25,001 – RM30,000
|
RM239
|
109 – 131
|
RM30,001 – RM35,000
|
RM247
|
122 – 142
|
RM35,001 – RM40,000
|
RM261
|
134 – 154
|
RM40,001 – RM45,000
|
RM273
|
147 – 165
|
RM45,001 – RM50,000
|
RM283
|
159 – 177
|