Biasiswa Pendidikan Anak Pulau Pinang Untuk Sambung Pelajaran
Biasiswa pendidikan anak Pulau Pinang ini adalah terbuka kepada semua warga Pulau Pinang, maksudnya berasal dari negeri tersebut. Syaratnya ialah anda mestilah pemegang MyKad atau Surat Beranak Pulau Pinang.
Jika anda pemegang MyKad/Surat Beranak Pulau Pinang anda dipelawa memohon bantuan ini. Program bantuan ini diberi/ditaja oleh kerajaan negeri. Jika anda tinggal di Pulau Pinang tetapi anda bukan pemegang MyKad atau Surat Beranak Pulau Pinang, anda besar kemungkinan tidak layak untuk program ini.
Jika anda layak, bagaimana untuk memohon bantuan pendidikan ini? Teruskan membaca maklumat di bawah untuk cara atau panduan memohon bantuan pendidikan ini.
Cara Memohon Biasiswa Pendidikan Anak Pulau Pinang
Cara untuk memohon senang sahaja. Sebuah portal telah diwujudkan oleh kerajaan Pulau Pinang untuk tujuan tersebut. Anda boleh menghantar permohonan secara online. Pada zaman ini kebanyakan permohonan memang banyak yang dibuat melalui online. Menjimatkan masa, tenaga dan wang rakyat.
Anda hanya perlu memohon melalui web portal yang telah disediakan untuk tujuan ini. Permohoanan baru akan dibuka sepanjang bulan Jun dan bulan September setiap tahun.
Semakan keputusan permohonan anda boleh dibuat melalui online yang boleh juga diakses melalui telefon pintar anda.
Selain program bantuan pendidikan anak Pulau Pinang ini kerajaan negeri Pulau Pinang juga ada menyediakan pinjaman pendidikan Pulau Pinang. Jika anda gagal untuk mendapatkan biasiswa pendidikan anak Pulau Pinang, anda juga boleh cuba memohon pinjaman pendidikan untuk anak Pulau Pinang.
Ini juga hanya dibuka untuk pelajar berasal dari Pulau Pinang. Layari link di bawah untuk maklumat dan memohon pinjaman pendidikan tersebut.
Semoga perkongsian mengenai biasiswa pendidikan anak Pulau Pinang ini bermanfaat. Bolehlah kongsikan maklumat ini dengan rakan-rakan anda yang lain.