Panduan Lulus Temuduga Biasiswa Kerajaan

Anda mungkin sedang tercari-cari biasiswa untuk menyambung pelajaran anda. Mungkin juga anda telah menerima jemputan untuk menghadiri temuduga untuk biasiswa tajaan kerajaan terutamanya MARA. Menghadapi temuduga terutama kepada anda yang baru pertama kali pastinya sesuatu yang mengelisahkan anda.

cara lulus temuduga biasiswa kerajaan

Disini kami ingin mengongsikan berberapa panduan atau tips untuk mendapatkan biasiswa khususnya kepada pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran dan memerlukan bantuan kewangan terutama daripada biasiswa kerajaan. Tips ini adalah hasil daripada beberapa orang kawan dan atas pengalaman diri sendiri. Justeru tips ini lebih menjurumus kepada biasiswa MARA memandangkan ianya lebih kepada kaum bumiputera.

Berikut antara nasihat dan panduan kami kepada anda. Khusus kepada pelajar yang akan ditemuduga oleh MARA secara individu, namun boleh juga kepada pembaca yang lain untuk pengetahuan tambahan.

1. Bawa Kelainan

Contohnya, bidang kedoktoran. Mestilah kena bersedia dengan soalan-soalan yang mejurumus kepada bidang kita.Ini sebagai persediaan agar kita tidak gugup. Kelainan yang saya maksudkan bukanlah dari segi pakaian mahupun tingkahlaku (ini ETIKA temuduga).Kelainan tersebut adalah apa yang membezakan anda dengan calon-calon lain.

Sebagai contoh,jika pilihan utama anda dalam borang adalah jurusan Kejuruteraan tetapi anda dipanggil untuk interview untuk program ‘Medic’.  Maka,panel mudah memberikan soalan yang boleh memerangkapkan anda.

Panel : “Awak tulis dalam pilihan pertama awak kejuruteraan. Kenapa awak rasa kami patut beri kepada anda biasiswa untuk ‘medic’ pula?” Jangan cepat panik. Diam dahulu, berfikir jawapan yang paling sesuai, yang tidak menampakkan kelemahan kita. Antara jawapan yang biasa dijawab untuk soalan sebegini ialah :
1.”Entah..saya tak tahu.”
2.”Eh, tak terfikir la pulak”
3.”Saya berserah sahaja. Kalau dapat medic, saya jadi doktor. Kalau dapat engineering, saya jadi engineer”.Dan pelbagai lagi jawapan-jawapan yang biasa.

Ini merupakan contoh bagi menjawab soalan tadi.
“Saya mempunyai matlamat jangka masa panjang saya sendiri. Saya sebenarnya ingin menceburkan diri dalam sebuah bidang sains yang baru iaitu nanoteknologi. Memandangkan bidang ini masih baru,maka saya merasakan adalah lebih sesuai saya menjadikan sama ada bidang medic atau engineering sebagai batu loncatan,memandangkan kedua-duanya mempunyai peranan masing-masing dalam bidang nano tersebut.” Inilah kelainan yang dimaksudkan. (Pengalaman dari rakan saya yang kini melanjutkan pelajaran dalam bidang ‘medic’ di Russia)

2. Sikap Dan Tingkahlaku

Tujuan temuduga sebenarnya adalah bukan untuk calon,tetapi untuk para penemuduga. Temuduga merupakan satu kaedah yang digunakan pihak penaja untuk menilai anda. Sekiranya penaja beranggapan mereka nak ambil pelajar yang terbaik mengikut keputusan SPM, maka sudah tentu habis semua tempat pengajian diborong oleh belasan ribu pelajar 10 dan 11A.

Jadi,penemuduga yang akan menilai anda. Secara menyeluruh. Dan segalanya bermula dari langkah pertama anda di dalam bilik penemuduga lagi. PAKAIAN dan TINGKAHLAKU adalah sebahagian dari syarat sah temuduga. Gagal ini,maka tidak berjayalah dapat biasiswa.
PakaianUntuk lelaki, pakai kemeja dan/atau berkot. Justeru,mestilah menampakkan karisma yang tinggi, imej yang kemas dan penampilan yang mampu membawa satu macam keyakinan di mata penemuduga.
Pakaian – Untuk perempuan,pakailah pakaian yang sopan dan kemas. Sama juga, tonjolkan karisma yang tinggi, imej, dan penampilan yang terbaik.

Di luar bilik temuduga :
1. Ketuk pintu sebelum masuk.
2. Tunggu sekejap sampai arahan masuk diberi, baru masuk.
Di dalam bilik temuduga :
1. Pandang dan senyum (dengan ikhlasnya) kepada penemuduga.
2. Beri salam kepada penemuduga muslim dan/atau ucap selamat kepada yang bukan muslim.
3. Duduk hanya apabila disuruh duduk. Sesudah duduk, jangan alihkan kerusi yang diletak. Ada sesetengah keadaan, kerusi diletak sejauh satu meter dari meja penemuduga, agar mereka boleh melihat segenap pelusuk diri dan perbuatan anda.
4. Letakkan fail atau portfolio diatas riba anda dan duduklah dengan tenang
Elakkan perkara-perkara ini :
1. Berlagak samseng atau ego yang tinggi. Sungguhpun anda terlalu hebat dan yakin boleh mendapatkan biasiswa.
2. Meremehtemehkan soalan penemuduga. “Ala…senang je nih..” “Dah agak dah soalan ni..”
3. Mempersoalkan kebijaksanaan penemuduga. “Encik tahu kan, sekarang di matrikulasi nak jadi doctor kena dapat 4 flat?”
4. Merasuah penemuduga.

3. Ketika Ditemuduga

Saya percaya soalan pertama yang akan ditanya oleh penemuduga adalah: “Ceritakan tentang diri anda”. Soalan memang senang dan nampak skema. Tetapi, jangan anda bagi jawapan yang skema juga. Mungkin sebab panel-panel dah banyak kali dengar jawapan-jawapn yang macam tu. Macam saya kata awal-awal tadi, bawa kelainan. Jawapan yang biasa diberikan “Saya pernah menjawat jawatan BWP,  Presiden Kelab Catur, Setiausaha Silat…….”
Cuba ubah sedikit sintaks ayat anda tu. Jangan guna banyak sangat nada sedih untuk meraih simpati, sebaliknya guna ayat-ayat yang mempromosikan diri anda.

Contoh ayat :
“Menjadi Biro Kebudayaan BWP ketika di MRSM dahulu sedikit sebanyak mendedahkan diri saya ke arah kepimpinan professional. Sungguhpun ketika itu saya turut terlibat dalam posisi lain, seperti Presiden Kelab Catur, Setiausaha Persatuan Silat Gayung dan sebagainya, saya mampu membahagikan masa saya dengan efisien. Ini terbukti dengan keputusan peperiksaan saya yang sentiasa konsisten”
Ketika ditemuduga, penemuduga akan cuba membuat ‘eye contact’ dengan anda. Jangan cuba elak kerana ‘eye contact’ adalah antara kaedah yang digunakan penilai untuk menilai anda. Kalau anda sendiri tidak mahu dinilai, bagaimana orang mahu menilai anda.

Antara masa yang dibolehkan untuk anda ‘angkat sendiri’,adalah ketika ditemuduga. Tapi anda harus ingat, terlalu banyak kelebihan diri anda yang anda tonjolkan secara tak langsung mendedahkan lebih banyak kelemahan anda.

Sebagai contoh :
Panel : “Medic ni bukan bidang yang mudah. Anda kena study je…korbankan masa lapang awak, waktu bersosial awak dan sebagainya. Apa pandangan awak?”
Anda : “Saya sangat produktif apabila bekerja bersendirian. Dengan cara itu, saya mampu menumpukan sepenuh fokus saya kepada study saya. Sepanjang pengajian saya di MRSM juga, saya jarang bersosial melainkan dengan mereka yang betul-betul rapat dengan saya.” – jarang bersosial mungkin nampak seperti menunjukkan kelemahan kita.
Panel : “Tapi awak kena ingat, menjadi doktor juga memerlukan anda untuk bersosial. Anda akan mengubati pelbagai jenis pesakit, yang anda suka, yang anda benci. Bagaimana anda nak emerge dalam masyarakat kalau anda tak suka bersosial?” – soalan ini sedikit sebanyak memerangkap kita atas kelemahan yang kita tampilkan tadi.
Anda : “Saya sedar, sebagai seorang doktor memerlukan saya untuk bersosial. Saya juga merupakan seorang yang fleksibel, saya mampu menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan saya ditempatkan. Pencapaian saya di MRSM yang cemerlang sejak dari tingkatan satu lagi membuktikan betapa pencapaian saya tidak dipengaruhi oleh keadaan. Selain itu, sungguhpun saya tidak suka bersosial, tetapi saya tidak mendiskriminasikan masyarakat. Tak kiralah yang datang itu seorang yang berdosa, atau seorang yang mulia, saya tetap akan melayan mereka dengan layanan yang sama sebagai seorang pesakit” – jawapan ini berjaya mengelakkan kita daripada terperangkap dengan soalan sebentar tadi.
Jangan bagi jawapan sekadar untuk melepaskan diri. Sebaliknya, dalam setiap jawapan yang kita berikan,mempunyai beberapa ciri:
– Ada isi. Jangan bagi jawapan merapu…
– Menjawab soalan. Jangan dibiarkan soalan tergantung tak terjawab.

4. Bila Diberi Peluang

Di akhir interview, lazimnya penemuduga akan memberi peluang kepada anda untuk menanyakan soalan. Ambil peluang ini untuk menonjolkan apa-apa lagi kelebihan diri anda yang belum ditunjukkan, tapi jangan lebih-lebih.
“Saya akan mewakili Malaysia dalam pertandingan catur antarabangsa 6 bulan akan datang. Sekiranya saya diterima, adakah saya dibenarkan mengikuti pertandingan tersebut?”
Sekiranya ada yang anda masih belum jelas, minta ulasan penemuduga.
Untuk soalan mengenai masa hadapan pula, lebih baik guna “Sekiranya saya diterima”.
– Jangan tanya soalan seolah-olah anda telah diterima. “Encik, bila pengajian persediaan start?” Guna prefiks cam kat atas.
– Jangan tanya soalan-soalan biasa atau terlalu remeh temeh. ni menunjukkan penguasaan anda bidang temuduga tersebut lemah.
“Belajar medic kat Russia ni brapa tahun, encik?”
“Belaja medik kat Russia ni dalam english ke?”
“Mayat2 kat Russia tu diorang amik mana encik?

5. Selepas Temuduga

Selepas interview, jangan terlalu memikirkan apa jua kesilapan yang anda telah lakukan tadi. Segala yang berlaku adalah dalam pemerhatian Yang Maha Esa, justeru banyak-banyakkanlah memohon dan berdoa agar diberikan peluang oleh Tuhan.

Jangan pula terlalu yakin.”Lebih tinggi kamu mengharap, lebih sakit apabila kamu dikecewakan”

Source: http://mumblyme.blogspot.com