Diploma Pengurusan Ladang Syarat Kemasukan & Peluang Pekerjaan Untuk Graduan
Diploma pengurusan ladang? Pernah tak anda terfikir untuk menceburi bidang pengajian pengurusan perladangan?
Kalau anda nak tahu, melalui pengajian bidang pengurusan perladangan ini, anda boleh belajar tentang bagaimana untuk membuat dan melaksanakan segala keputusan yang melibatkan pengaturan dan pengendalian ladang demi meghasilkan pengeluaran dan keuntungan yang maksimum.
Sebelum zaman moden lagi, sektor perladangan inilah yang menjadi salah satu penyumbang ekonomi negara yang utama.
Jadi memang berbaloi jika anda berhasrat untuk menceburi bidang diploma ini.
Mungkin ada antara adik-adik yang bercita-cita untuk mengusahakan ladang sendiri, dengan ilmu dan kemahiran yang ada bolehlah adik-adik wujudkan cita-cita tersebut dengan hanya perlu mengusahakan modal sendiri.
Syarat Kemasukan Diploma Pengurusan Ladang
Syarat Am Universiti untuk Diploma Pengurusan Ladang Lepasan SPM
1. Adik-adik yang nak mengambil diploma ini di universiti mestilah memiliki sijil SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
Adik-adik juga mestilah mendapat TIGA (3) kepujian termasuk masuk Bahasa Melayu.
2. Jika adik-adik mengambil SPM pada 2013 dan selepas itu, maka adik-adik mesti mendapat keputusan lulus sejarah dalam SPM.
3. Diploma dalam pengurusan ladang akan banyak melibatkan aktiviti fizikal dan kerja-kerja amali, jadi untuk kelayakan memohon bidang ini, calon mestilah memiliki keupayaan untuk melihat iaitu tidak buta, pendengaran yang baik, dan fizikal yang sihat.
Syarat Kemasukan Lulusan Selain SPM
1. Jika adik-adik tidak memohon menggunakan kelulusan sijil SPM, adik-adik tetap boleh memohon menggunakan kelayakan sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan.
2. Keputusan SPM adik-adik mestilah lulus dengan mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran.
3. Diploma dalam pengurusan ladang akan banyak melibatkan aktiviti fizikal dan kerja-kerja amali, jadi untuk kelayakan memohon bidang ini, calon mestilah memiliki keupayaan untuk melihat iaitu tidak buta, pendengaran yang baik, dan fizikal yang sihat.
Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian sebenarnya bergantung terhadap di mana anda menyambung pengajian, jika adik-adik menyambung pengajian di universiti tempoh pengajian adalah 2 ½ tahun bersamaan 5 semester.
Tetapi jika anda menyambung pengajian di politeknik, tempoh pengajian adalah selama 6 semester.
Pendedahan yang akan diterima melalui pengajian bidang pengurusan ladang
Mungkin adik-adik berfikir bahawa bidang ini hanya mendedahkan tentang pengurusan ladang sahaja semata-mata kan?
Sebenarnya tidak! Banyak ilmu pengetahuan, kemahiran, dan latihan amali yang adik-adik akan pelajari contohnya tentang pengeluaran makanan, ICT, automasi dan mekanisasi, agro-bioteknologi, teknologi pengeluaran, tanaman industri, industri pertanian, teknologi lepas tuai, kemampanan pertanian, perlindungan tanaman dan pengurusan.
Banyak kan? Dengan semua ilmu dan kemahiran ini barulah adik-adik boleh menguruskan perladangan yang lebih efisien dan efktif!
Bukan itu sahaja, sepanjang pengajian inilah adik-adik akan belajar mengendalikan dan meguruskan projek yang berkaitan peringkat penanaman pertanian, penuaian, dan aktiviti pemasaran.
Jadi, bila adik-adik berjaya menamatkan pengajian, adik-adik sudah pun mempunyai kemahiran dan pengalaman untuk bekerja dalam pengurusan perladangan.
Prospek Kerjaya Diploma Penguran Ladang
Untuk pengetahuan adik-adik, prospek kerjaya dalam bidang ini sangat luas, banyak pilihan kerjaya yang boleh dipilih dan memang seronok bekerja dalam penghasilan ladang ni!
Setelah adik-adik menamatkan pengajian, pasti adik-adik sudah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan ladang yang adik-adik boleh manfaatkan untuk mencari peluang pekerjaan.
Pengetahuan dan kemahiran yang adik-adik miliki nanti akan membolehkan adik-adik untuk mengambil bahagian dalam industri perladangan sebagai:
- Juruteknologi Makmal (Penternak Tisu)
- Usahawan Agro Bioteknologi
- Pengurus/Pengurus Cawangan (Pengurusan Ladang)
- Penolong Pegawai Pertanian
- Penolong Projek
- Pembantu Jualan bidang agro bioteknologi
- Pakar Teknikal
- Pembantu Penyelidik
- Pembantu Alam Sekitar
- Pegawai Kawalan Kualiti
- Pembantu Juruteknik Pemprosessan Makanan Industri
- Cadet Planter
- Penolong Pegawai Sains
Banyak kan pilihan kerjaya adik-adik!
Jika adik-adik seorang yang minat dalam bidang-bidang bioteknologi pertanian, automasi, dan mekanisasi pertanian, mengambil diploma dalam bidang ini memang sangat sesuai untuk anda.
Politeknik dan Universiti Yang Menawarkan Diploma Pengurusan Ladang
1. Politeknik Jeli
Jalan Raya Timur – Barat,
17600 Jeli, Kelantan
No. tel: 09-9443600 / 09-9443648
Laman web: http://www.pjk.edu.my
2. Politeknik Sandakan
Education Hub, Batu 10, Jalan Sungai Batang,
90000 Sandakan, Sabah
No. telefon: 089-228351
Laman web: http://www.pss.edu.my
3. Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak
4. Universiti Institut Teknologi Mara
5. Universiti Malaysia Sabah
6. Universiti Malaysia Terengganu
7. Universiti Kebangsaan Malaysia
8. Kolej Risda
9. Kolej FELCRA
10. Kolej Institut Pertanian Malaysia
11. Kolej Politech Mara
12. Agro Industri Universiti
Secara umumnya, bidang pengurusan ladang adalah bidang yang mempunyai prospek kerjaya yang sangat luas.
Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh sepanjang pengajian pun sangat berguna sehingga sepanjang hayat.
Kalau anda tidak ingin bekerja di bawah orang lain, anda boleh sahaja mengusahakan perladangan anda sendiri dengan mengaplikasikan segala yang anda telah pelajari dan latihan amali yang pernah anda dijalankan sepanjang pengajian.
Jadi, bagi anda yang berhasrat untuk menyambung pengajian diploma pengurusan ladang, teruskan dengan pilihan anda!