Tarikh Permohonan Kolej Vokasional & Sekolah Teknik 2024 / 2025
Jika anda berminat untuk memohon kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik permohonan sudah dibuka sekarang.
Jangan tunggu lama, jika berminat memohonlah dengan segera.
Permohonan Kolej Vokasional (KV) & Sekolah Menengah Teknik (SMT)
Permohonan dibuka dari 1 Ogos hingga 17 September 2023.
Selepas tarikh tersebut, portal permohonan akan ditutup. Semua permohonan dibuat secara online di portal yang disediakan.
Untuk memohon layari https://spskt4.moe.gov.my
Pemohon mestilah memenuhi 3 kriteria di bawah:
- Mestilah Warganegara Malaysia
- Berdaftar Dalam Modul Pengurusan Murid
- Murid Tingkatan Tiga (3) Tahun 2023 / 2024
- Berumur 15 tahun; Atau
- Lahir pada 2 Januari 2008 hingga 1 Januari 2009
Di Malaysia kita memiliki 87 Kolej Vokasional (KV) dan 9 Sekolah Menengah Teknik (SMT).
Pembelajaran di KV dan SMT adalah berteraskan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET) yang menekankan proses pendidikan dan latiha yang menyediakan pelajar kepada hala tuju pekerjaan dan amalan industri.
Graduan dari pusat ini biasanya memiliki kebolehpasaran kerja yang tinggi.
Ini kerana pelajar memiliki kemahiran dalam bidang yang diperlukan oleh indutri.
Bidang Pengajian Kolej Vokasional
- Teknologi Elektrik dan Elektronik
- Hospitaliti
- Teknologi Awam
- Teknologi Mekanikal dan Pembuatan
- Perniagaan
- Teknologi Maklumat
- Seni Reka
- Perkhidmatan Masyarakat
- Pertanian
- Pembuatan dan Pemprosesan
- Pertanian
Manakalah di SMT pelajar ditawarkan dengan bidang pengajian seperti di bawah
- Kejuruteraan Awam
- Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
- Kejuruteraan Mekanikal
- Perdagangan
- Pertanian
Beza KV dan SMT
Ramai tanya, apa beza KV dan SMT? Ini satu pertanyaan yang baik.
Anda boleh lihat beza antara kedua-duanya untuk membantu anda sedikit sebanyak membuat pilihan.
Perlu diingat, dapatkan maklumat dari pelbagai sumber supaya maklumat anda tepat dan terperinci dan jangan bergantung sepenuhnya dengan apa yang tertulis di sini.
Berbalik kepada persoalan perbezaan antara kedua-dua institusi tersebut, lihat di bawah.
1. Tempoh Pengajian
– KV – 4 tahun (2 tahun SVM + 2 tahun program DVM)
– SMT- 2 tahun (tingkatan 4 & 5)
2. Pengkhususan
– KV – 70 vokasional : 30 akademik
– SMT – Akademik – kejuruteraan
3. SPM
– KV – Tiada. Hanya BM 1104 SVM yang setara dengan BM SPM
– SMT – Ada SPM Tingkatan 5
4. Fokus Pengambilan Murid
– KV – Murid cenderung kemahiran, lepasan Tingkatan 3
– SMT- Murid cenderung akademik lepasan Tingkatan 3
5. Pengiktirafan
– KV – Jabatan Pembangunan Kemahiran & MQA
– SMT – Sijil Pelajaran Malaysia
6. Hala Tuju
– KV – Berkerja
– SMT – Sambung belajar.
Jika anda perlukan maklumat lebih terperinci anda boleh hubungi pihak KV dan SMT menggunakan contact number di bawah.
Bahagian Pendidikan & Latihan Teknikal Vokasional
Aras 5 & 6, Blok E14, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
+603 – 8884 5154
+603 – 8889 5047
info.bptv@moe.gov.my
Laman website: https://bpltv.moe.gov.my/kv-smt/
So apa tunggu lagi, memohonlah sebelum tarikh tutup permohonan. Jika anda berminat dengan bidang kemahiran, ini adalah peluang dan pilihan terbaik anda.