Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan 2024
Menurut Belanjawan 2024 yang dibentang baru-baru ini, mulai tahun depan kerajaan telah bersetuju untuk meluaskan kriteria pendapatan ibubapa untuk permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan mengikut PGK yang baru.
Sebelum ini garis pendapatan kemiskinan (PGK) ialah RM1,500. Bermula tahun depan PGK akan dinaikan ke RM2,589
Dengan syarat baru tersebut ini akan memberi peluang kepada tambahan 35,000 anak bangsa dari keluarga kurang mampu untuk menikmati biasiswa BKP.
“Bagi memastikan anak-anak keluarga miskin tidak tercicir daripada pendidikan, kerajaan turut bersetuju memperluas pemberian bantuan di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin kepada murid sehingga tingkatan tiga berbanding sehingga tingkatan satu sebelum ini.
“Keseluruhannya, sejuta murid akan menerima manfaat dengan peruntukan RM150 juta,” kata Perdana Menteri semasa membentang belanjawan di Dewan Rakyat. – Utusan Malaysia
Apakah Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)
Sebenarnya BKP telah mula diberikan / ditawarkan kepada para pelajar yang layak dan memerlukan sejak tahun 1970-an.
Biasiswa ini telah diperkenalkan sejak tahun 1970-an bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan memberi perangsang kepada murid dari golongan keluarga berpendapatan rendah supaya mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum sepanjang persekolahan di peringkat sekolah menengah.
Ramai pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dan mempunyai prestasi dan potensi pencapaian akademik yang cemerlang bermasalah untuk meneruskan pembelajaran kerana kekangan kewangan.
Dengan adanya biasiswa ini diharapkan boleh membantu sedikit sebanyak meringankan beban tersebut.
Di bawah adalah kadar biasiswa yang diberi kepada pelajar yang layak dan berjaya mendapatkan biasiswa ini.
- Tingkatan 1 – 4 : RM70.00 sebulan x 12 bulan.
- Tingkatan 5 : RM70.00 sebulan x 11 bulan.
- Tingkatan 6 Rendah (Aliran Sains) : RM110.00 sebulan x 7 bulan.
- Tingkatan 6 Atas (Aliran Sains) : RM110.00 sebulan x 11 bulan.
- Tingkatan 6 Rendah (Aliran Sastera) : RM90.00 sebulan x 7 bulan.
- Tingkatan 6 Atas (Aliran Sastera) : RM90.00 sebulan x 11 bulan.
Syarat Kelayakan Pemohon
Untuk memohon biasiswa BKP pelajar perlu memilik / memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah.
- Warganegara Malaysia.
- Tingkatan 1 – 6 yang bersekolah di SK & SBK.
- Pendapatan ibu bapa/penjaga RM1500 sebulan dan ke bawah.
- Cemerlang dalam akademik dan kokurikulum mengikut merit yang ditetapkan.
- Tidak menerima sebarang biasiswa atau elaun /insentif kewangan lain daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
Syarat / Kaedah Pembayaran
Biasiswa disalurkan oleh KPM terus ke akaun murid yang layak. Pelajar layak dikehendaki untuk membuat akaun bank untuk tujuan penyaluran bantuan biasiswa.
Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan – BKP
Kepada pelajar yang layak, perlukan bantuan tetapi belum membuat permohonan biasiswa BKP ini, anda bolehlah memohon dengan bimbingan pihak sekolah anda melalui laman portal rasmi yang disediakan di bawah.
Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan – https://sps1.moe.gov.my
Anda perlu mendaftar untuk dapatkan ID Pengguna dan kata laluan di laman portal yang disediakan untuk dapatkan akses. Selepas mendaftar akaun pengguna anda boleh mengemukakan permohonan anda.