Tarikh Permohonan UPU Online 2024/2025 Dibuka

Permohonan UPU online sesi 2024/2025

Permohonan UPU online sesi 2024/2025 kini telah dibuka. Terdapat dua (2) fasa permohonan UPU secara online.

Tarikh permohonan UPU Online dibuka

Fasa 1 – 29 Febuari (Khamis) hingga 29 Mac 2025 (Jumaat)

Fasa 2 – 29 April (Isnin) hingga 9 Jun 2025 (Ahad)

Anda boleh buat permohonan di laman portal UPU https://upu.mohe.gov.my/

Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi 03-8684 2363

END

Borang permohonan UPU 2020 online untuk lepasan SPM dan STPM. Pelajar yang sudah menyemak keputusan peperiksaan SPM dan STPM mereka. Kepada yang berminat untuk terus menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi tentu anda kini hendak memohon ke universiti-universiti awam tempatan.

Untuk maklumat lebih terperinci dan terkini mengenai cara memohon UPU baca di sini.

Baca juga: Senarai Biasiswa Di Malaysia Yang Boleh Anda Pohon

Borang Permohonan UPU ke IPTA akan dibuka nanti. Kepada anda yang belum memohon anda boleh berbuat demikian melalui Borang Permohonan UPU online.

Borang Permohonan UPU Sesi Akademik 2020 Online

Sila layari http://upu.mohe.gov.my atau http://upu.moe.gov.my/web/

Panduan Permohonan UPU

Berikut ialah panduan untuk permohonan UPU.

Calon terlebih dahulu perlu membeli NO PIN unik ID di Bank BSN yang berdekatan sebelum boleh mengakses borang.

Kategori Permohonan Lepasan SPM/Setaraf

Terdapat 4 kategori seperti di bawah:
a. Kategori A • Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM.
b. Kategori C • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.

Kategori Permohonan Lepasan STPM/Setaraf
STPM (Kategori A, S)

1. Kategori A • Aliran Sastera Calon STPM.
2. Kategori S • Aliran Sains Calon STPM.

Lepasan Matrikulasi (Kategori N, P, U, L, K, J)

1. Kategori N • Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM.
2. Kategori P • Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM.
3. Kategori U • Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM.
4. Kategori L • Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL).
5. Kategori K • Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM.
6. Kategori J • Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM.

Lepasan Diploma/Setaraf (Kategori E, F)

1. Kategori E • Aliran Sastera.
2. Kategori F • Aliran Sains:

Lulusan Diploma dari IPTA/IPTS atau,
Lulusan STP/ HSC/ STPM atau sebelumnya atau,
Lulusan STPM Ulangan atau,
Lulusan Matrikulasi dan sebelumnya atau,
Lulusan STAM tahun dan sebelumnya atau,
Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bukit Jalil, Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bandar Penawar atau,
Lulusan Diploma Kemahiran Malaysia atau SKM Tahap 4 dari Institusi Latihan Kemahiran atau,
Lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.

Syarat Program Lepasan SPM/Setaraf

 Berikut ialah syarat-syarat utama untuk permohonan kategori ini:
a. Warganegara Malaysia dan
b. Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.

Program pengajian untuk Bumiputera dan Bukan Bumiputera:

Sila ambil maklum mengenai perkara tersebut dibawah sebelum membuat permohonan.
a. Semua program di UITM, program Asasi di UIAM, program Asasi Sains dan program Asasi Alam Bina di UM, program Asasi di UNIMAS, program Asasi di UMS terbuka kepada Bumiputera sahaja.
b. Semua program asasi di UPM, UKM, UPNM, program Asasi Pengajian Islam di UM, program Tahmidi di USIM dan semua program Diploma di UPM, UTM, UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP dan UniSZA dan Politeknik Premier terbuka kepada pemohon Bumiputera dan Bukan Bumiputera.

Syarat Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf

a. Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/My Kad dan Bukan Warganegara Malaysia.
b. Bagi Bukan Warga Negara Malaysia perlu memohon terus ke IPTA berkaitan.
c. Lulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Melayu. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu Kertas Julai diambil kira; dan
d. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)  dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
e. Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
f. Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain, atau
g. Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 di peringkat Matrikulasi/Asasi; atau
h. Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM
i. Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; atau
j.Lulus peperiksaan STPM dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi/Asasi dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau STAM tahun 2011 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; dan
k. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).