Login Dan Panduan SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan Online
Teruskan membaca untuk maklumat lanjut mengenai Sistem SAPS Ibubapa online.
Apakah SAPS ibu bapa atau nama penuhnya Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dan apakah fungsi dan cara penggunaan sistem yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini.
SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan Online
Melalui sistem ini guru dan ibubapa dapat mengakses keputusan peperiksaan sekolah anak-anak mereka, sekaligus membolehkan ibubapa dan guru memantau perkembangan pembelajaran anak/pelajar dan membuat tindakan yang perlu sekiranya pelajar berkenaan memerlukan tindakan khusus/lanjut untuk membantunya dalam pelajaran.
Sistem SAPS ibu bapa ini tentunya amat memudahkan kerapa ibubapa tidak perlu lagi berkunjung ke sekolah anak-anak mereka untuk mengetahui prestasi pembelajaran anak-anak mereka.
Ini kerana sistem SAPS ibu bapa boleh diakses di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja sama ada menggunakan komputer mahupun telefon pintar.
SAPS Ibu Bapa Login Portal
SAPS semakan ibu bapa ini boleh dilakukan melalui secara atas talian (ONLINE). Antara keputusan peperiksaan yang boleh disemak adalah
- Keputusan pelajar bermula dari sekolah rendah darjah 1 hingga darjah 6.
- Keputusan peperiksaan sekolah menengah bermula daritingkatan 1 hingga tingkatan 5
Setakat ini keputusan peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, dan SPM masih tidak boleh disemak melalui sistem ini.
Cara Semakan SAPS Ibu Bapa Semakan Kedudukan Kelas Dan Keputusan Peperiksaan
Berikut kami kongsikan cara bagaimana anda boleh membuat Semakan. SAPS Ibu bapa ini boleh dilakukan dengan cara berikut:
Untuk mengekses SAPS Ibu Bapa Login Portal anda boleh klik link yang diberi di bawah untuk login ke dalam sistem aplikasi SAPS Ibu Bapa untuk membuat semakan.
a. [IbuBapa] Semakan keputusan peperiksaan: http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php .
b. [Guru] Key in markah pelajar: https://sapsnkra.moe.gov.my/access-denied.php
2. Selepas klik link tersebut anda akan dibawa kepada paparan seperti berikut:
3. Selepas paparan seperti di atas ada, anda bolehlah masukkan no kad pengenalan (KP) atau pun sijil lahir pelajar. Sila ambil maklum bahawa anda hendaklah masukkan no kad pengenalan pelajar tanpa meletak tanda senkang (-) ataupun menekan “space”. Ikuti sepenuhnya arahan seperti yang ada di paparan yang disediakan dalam portal tersebut.
4. Pilih negeri di mana sekolah pelajar belajar. Selepas itu, anda boleh membuat carian nama sekolah pelajar berkenaan.
5. Klik semak dan keputusan peperiksaan anak anda akan terpapar.
6. Sebelum anda membuat semakan, sila berhubung dengan pihak sekolah anak anda terlebih dahulu untuk mengetahui tarikh semakan boleh dibuat menggunakan SAPS Ibu Bapa online.
Semoga anda dapat mengakses dan melihat prestasi anak-anak pelajar melalui aplikasi SAPS Semakan Ibu Bapa ini.
Bantuan Berkenaan SAPS Sistem Analisis Keputusan Peperiksaan Sekolah
Jika anda ada masalah mahupun persoalan untuk mengakses SAPS Ibu Bapa, anda bolehlah hubungi talian yang tertera di bawah ini:
SAPS Ibu Bapa Hotline
TALIAN SEMENTARA : 012-6497579
Waktu: SAPS
Isnin – Jumaat 8:30 pg – 5:00 ptg
(kecuali pada cuti umum)
Rehat pada 1:00 ptg – 2:00 ptg
(kecuali hari jumaat 12:15 tengah hari – 2:45 petang)
Video Panduan menggunakan SAPS Ibubapa Online
Untuk lebih memudahkan anda di bawah adalah video bagaimana menggunakan aplikasi SAPS Ibubapa online untuk rujukan anda.
Selamat membuat semakan SAPS Ibu Bapa kepada anda. Kongsikan artikel panduan ini kepada rakan-rakan guru anda dan juga kepada rakan ibu bapa lain.
Nak result pt3 2015
Saya ingin melihat keputusan ujian anak saya
Saya mahu keputusan PT3 2016 untuk mengisi SPA kerana slip peperiksaan telah hilang dan pihak sekolah tidak dapat mengeluarkan salinan.
saya nak tengok result pt3 saya tahun 2014
samalah
Nak tahu result pt3 la
Saya mahu keputusan pt3 2019 sebab slip saya hilang