Semakan Penyata PTPTN Online & SMS
Itu adalah tanggungjawab kita. Kalau tidak membayarnya balik, generasi akan datang tidak ada peruntukan kewangan untuk dipinjam buat membolehkan mereka melanjutkan pengajian mereka.
Dalam erti kata lain anda telah menutup peluang dan masa depan orang lain. Tidakkah itu satu dosa besar? Dalam mana-mana kepercayaanpun membayar hutang itu wajib apatah lagi jika ianya bakal menyebabkan orang lain mendapat susah kerana sikap penting diri sendiri kita.
So, kepada yang berhasrat untuk membayar balik pinjaman PTPTN mereka, kami hendak kongsikan sedikit info cara untuk membuat semakan penyata PTPTN anda.
Membuat semakan ini adalah langkah pertama. Ia bermaksud kita akan beroleh maklumat jumlah hutang kita secara keseluruhannya dan berapa jumlah bayaran bulanan yang terpaksa dibuat. Ianya boleh membantu kita merancang kewangan setiap bulan.
Bagaimana cara buat semakan penyata pinjaman PTPTN?
Sebenarnya boleh buat secara online. Kami ada buat perkongsian secara terperinci mengenai topik ini berberapa tahun dulu. Sejak itu rasanya tidak banyak perubahan, portal khas PTPTN untuk tujuan itu masih wujud sehingga kini.
Sila rujuk dan baca dengan teliti cara membuat semakan penyata PTPTN di sini.
Rujuk juga gambar di bawah untuk maklumat tambahan.
Selain secara online sebenarnya kita juga boleh membuat semakan secara SMS. Cara ini lebih laju dan mudah.
Caranya senang sahaja. Anda hanya perlu rujuk gambar di bawah dan buat semakan anda hari ini juga.
Kalau masih tidak faham layari lama website rasmi PTPTN di SINI.
Rasanya catatan ini sudah panjang. Takut anda boring pula membacanya. Jangan lupa mohon like dan share info semakan penyata pinjaman PTPTN ini kepada kawan-kawan anda.