Syarat Kemasukan UiTM Lepasan Diploma Untuk Rujukan Pelajar
Sama ada anda pemegang diploma dari IPTA mahupun IPTS peluang anda untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda adalah sama dan terbuka luas. Walau bagaimana pun jika anda adalah pemegang diploma dari mana-mana IPT dan berhasrat untuk menyambung pengajian anda ke peringkat lebih tinggi di UiTM, anda perlu mempunyai syarat kemasukan UiTM lepasan diploma yang diperlukan.
Pihak UiTM ada menetapkan syarat kemasukan UiTM lepasan diploma iaitu kelayakan untuk para lepasan diploma untuk memohon kemasukan ke UiTM.
Berikut ialah syarat am yang telah ditetapkan, pelajar perlu melepasi syarat am ini sebelum anda boleh memohon. Teruskan membaca untuk maklumat syarat kemasukan ke UiTM.
Syarat Kemasukan UiTM Lepasan Diploma
a. Lulus SPM / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian
b. Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf
c. Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan setaraf dan diluluskan oleh Senat Universiti
d. Mengambil Malaysian University English Test (MUET)
Terdapat juga syarat-syarat khas mengikut bidang kursus untuk kemasukan ke UiTM. Syarat itu berbeza antara kursus. Adalah penting anda berhubung terus dengan pihak UiTM untuk keterangan lanjut mengenai syarat-syarat khas tersebut.
Contohnya, kursus bidang kejuruteraan mempunyai syarat kemasukan yang berbeza dengan kursus dari aliran sastera seperti bidang pengajian sejarah dan sebagainya. oleh itu adalah perlu anda faham dan telah membuat semakan kelayakan mengikut kursus sebelum anda membuat permohonan memasuki UiTM secara online di UPU atau terus ke laman website rasmi UiTM sendiri.
Read also: Syarat Kemasukan Ke UiTM Lepasan SPM
Semoga perkongsian maklumat mengenai syarat kemasukan UiTM lepasan diploma ini bermanfaat kepada anda. Kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain untuk panduan mereka.