Nota Matematik Tingkatan 5 – Kecerunan dan Luas di Bawah Graf (Gradient And Area Under A Graph)
Untuk memahirkan diri anda dalam subjek Kecerunan dan Luas di Bawah Graf anda perlu banyak membuat latih tubi menjawap soalan-soalan berkaitan subjek ini menggunakan formula Matematik yang telah anda pelajari.
Apakah Kecerunan dan Luas di Bawah Graf
Kecerunan dan luas di bawah graf merupakan tajuk mengenai pergerakan suatu objek dengan laju tertentu dalam tempoh tertentu. Hasil daripada pergerakan objek itu dapat diterjemahkan dalam bentuk graf yang mana murid dapat menentukan kecerunan graf samada dalam bentuk graf jarak-masa, graf laju-masa ataupun pecutan-masa. Selain itu murid dapat mencari luas di bawah graf berdasarkan graf yang telah dipelajari.
Contoh soalan Kecerunan dan Luas di Bawah Graf ini boleh membantu anda mempelajari dan melatih teknik menjawab soalan Kecerunan dan Luas di Bawah Graf. Soalan-soalan yang keluar mengenai Kecerunan dan Luas di Bawah Graf semasa peperiksaan sebenar SPM mungkin berbeza dari soalan-soalan semasa anda melakukan latih tubi tetapi jika anda mahir menggunakan formula yang telah dipelajari untuk topik ini sudah tentu anda boleh selesaikan setiap soalan itu dengan mudah dan pantas.
Kami ada upload pautan-pautan soalan-soalan percubaan SPM Matematik 2017 yang mana anda boleh download dan gunakannya untuk latih tubi.
– Nota Matematik Tingkatan 5 Pelan Dan Dongakan
– Nota Matematik Tingkatan 5 Bearing
– Nota Matematik Tingkatan 5 Bumi Sebagai Sfera
– Koleksi Soalan Matematik SPM 2017
Powerpoint Kecerunan dan Luas di Bawah Graf Untuk Rujukan Pelajar
Di sini Salah satu sumber yang anda boleh rujuk untuk belajar, memahami dan berlatih subjek Kecerunan dan Luas di Bawah Graf
Selain dari tutorial dalam youtube di atas, anda juga boleh download dan mempelajari dan memahirkan diri mengenai topik Kecerunan dan Luas di Bawah Graf di blog Tutorial Matematik dan SPMMatematik untuk rujukan lebih lanjut.