Tawaran Merit Scholarship Bank Pembangunan Islam (IDB) Peringkat Doktor Falsafah (Ph.D)
Tawaran biasiswa Merit ini adalah terbuka kepada warga negara Malaysia dan pembiayaan adalah meliputi bayaran yuran pengajian, kos sara hidup bagi pemohon sahaja (singla-status basis), insuran kesihatan dan tiket kapal terbang pergi-balik.
Senarai Kursus Yang Ditaja Biasiswa Merit IDB
Tawaran biasiswa Merit ini dikhususkan untuk 3 tahun sepenuh masa di peringkat Ph.D dikhususkan dalam bidang-bidang yang tersenarai berikut sahaja:
i. Pertanian Lestari (sustainable Agriculture)
ii. Pendidikan (Education)
iii. Pendidikan untuk Pembangunan Mampan (Education for Sustainable Development)
iv. Perubahan Iklim (Climate Change)
v. Tenaga (Energy)
vi. Bandar Mampan (Sustainable Cities)
vii. Pertumbuhan Bertanggungjawap (Responsible Growth)
viii. Pengurusan Sisa (Waste Management)
ix. Perkembangan Populasi (Population Growth)
x. Kimia Hijau (Green Chemistry)
xi. Biodiversity (Biodiversity)
xii. Pencemaran Plastik dan Mikroplastik (Plastic Pollution and Microplastics)
xiii. Air dan Kebersihan (Water and Hygiene)
xiv. Kesihatan (Health)
xv. ICT untuk Pembangunan (ICT for Development)
xvii. Inovasi dan Pembangunan Infrastruktur (Innovation and Infrastructure Development)
xvii. Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Islam (Islamic Economics Finance and Banking)
xviii. Sains Sosial Berkaitan Pembangunan (Development-Related Social Sciences)
Senarai Universiti Untuk Biasiswa Merit IDB
Biasiswa ini ditawarkan bagi sesi pengajian di institusi terkemuka di negara maju atau negara ahli IDB. Namun begitu keutamaan akan diberikan kepada calon Ph.D yang telah mendapat tawaran pengajian di universiti yang mempunyai kerjasama dengan IDB seperti senarai di bawah:
1. University of Cambridge, United Kingdom
2. University of Birmingham, United Kingdom
3. Queen Mary University of London, United Kingdom
4. Imperial College London, United Kingdom
5. University College London, United Kingdom
6. Copenhagen University, Denmark
7. Princeton University, USA
8. KAUST, Saudi Arabia
8. McGill University, Canada
Permohonan biasiswa Merit ini dibuka sehingga 9 Februari 2018 dan borang permohonan yang telah dilengkapkan perlu dikemukakan kepada:
Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Kementerian Kewangan
Bahagian Antarabangsa
Aras 8, Blok Tengah,
Kompleks Kementerian Kewangan
Persiaran Perdana, Presint 2
62592 Putrajaya
(u.p: Unit Kerjasama Pelbagai Hala 2)
Sila download dokumen berikut:
a. Surat Edaran
b. Lampiran II
Read also: Biasiswa Maybank Malaysia
Borang permohonan biasiswa Merit dan maklumat lanjut mengenai biasiswa ini boleh didapati di laman website IDB – www.isdb.org untuk panduan dan rujukan anda.