Memahami Dan Pengertian Perkembangan Remaja Awal

Remaja merupakan satu zaman di mana individu itu suatu tempoh atau masa yang sangat menyeronokan dalam hidup. betul ke? kalau bagi saya ya, zaman remaja adalah zaman yang sangat menyeronokkan kerana masa pra remajalah saya belajar tentang banyak perkara dalam hidup saya. Hari ini saya mahu kongsikan sedikit perkembangan pra remaja yang menuju ke zaman remaja atau dikenali sebagai remaja awal. Remaja awal ada waktu dimana seorang individu tersebut berusia 12-15 tahun, jadi selalunya pada masa ini remaja tersebut akan mengalami banyak permasalahan dalam dirinya,perasaan dan emosi keadaan seperti ini selalu di sebut strom dan stress.

Apa yang membuat remaja mengalami perubahan cara berfikir yang drastik?

1. Ketidakstabilan perasaan dan emosi.

Perkembangan remaja awal emosi

Pada fasa ini remaja awal mengalami ketidakstabilan emosi dan perasaan mereka di boleh dipengaruhi oleh pelbagai situasi. Contohnya,ketika dalam lingkungan kawan-kawan dia berusaha menjadi orang lain agar dapat diterima oleh rakan-rakannya. Hal inilah yang membuatkan individu tersebut menjadi stress kerana tidak dapat menjadi dirinya sendiri.

2. Status remaja yang membingungkan

perkembangan remaja awal status membingungkan

Sebagai seorang individu yang baru menjadi remaja mereka akan menjadi binggung dan janggal kerana mereka sedang masuk ke  alam yang baru iaitu remaja. Nahh, ini pasti sangat membinggungkan kerana banyak hal yang berubah mulai dari fizikal,cara berfikir,pergaulan dan banyak lagi. Inilah punca kebinggungan mereka kerana mungkin mereka belum memahami apa itu remaja.

3. Banyak masalah yang dihadapi remaja.

perkembangan remaja awal masalah yang di hadapi

Ini merupakan hal yang bukan lagi mungkin tapi pasti semua orang mengalaminya iaitu MASALAH. Ketika dalam fasa seperti ini mereka akan mudah mengalami stress kerana belum dapat mengawal emosi dan tidak dapat berfikir secara matang bagaimana untuk menghadapi permasalahan mereka. Masalah ini biasanya datang dari pelbagai sudut seperti keluarga,sahabat,pelajaran atau mungkin kekasih.

Perkembangan Kognitif Remaja Awal
   
Apa itu perkembangan kognitif ? perkembangan kognitif berkaitan hal seperti cara berfikir,kreativiti dan melingkupi kemahiran belajar dan memotivasi diri. Jadi dalam fasa remaja awal biasanya individu tersebut mengalami perkembangan secara intelektual seperti dapat berfikir secara logik tentang sesuatu perkara,contohnya mereka mulai berfikir tentang masa depan hidup mereka.

Selain itu tanda-tanda yang menunjukkan perkembangan kognitif remaja awal dapat dilihat melalui cara mereka merencanakan sesuatu,strategi, mampu membuat keputusan yang dengan baik dan dapat mencari penyelesaian dari masalah myang mereka hadapi.

Perkembangan emosi

Remaja awal yang membesar dalam lingkungan yang kurang kundusif cenderung mengalami perubahan emosi yang negatif seperti agresif,cenderung lari dari kenyataan dan mengalami masalah sosial. Berbeza dengan remaja awal yang tinggal dalam lingkungan yang kundusif dan harmoni akan mengalami perubahan emosi yang lebih postif, seperti  ketepatan emosi,dapat mengawal emosi denan baik.

Perkembangan moral  remaja awal

Dalam hal ini remaja sudah mampu berprilaku yang tidak hanya mengejar kepuasan fizik sahaja tetapi meningkat kepada pskilogi emosi contohnya, ingin rasa diterima,dihargai,dan mendapat penilaian positif dari orang lain serta ingin dipuji.

Perkembangan pskologi fizikal remaja awal.

Remaja awal akan mengalami perkembangan kemampuan untuk memahami orang lain(social cognition) dan dapat menjalin hubungan persahabatan dengan baik. Selain itu sikap yang paling ketara pada remaja adalah sikap conformity iaitu  kecenderungan untuk menyerah dan mengikuti bagaimana rakan sebayanya lakukan. Kadang-kadang ini yang bahaya ketika mereka bersahabat dengan rakan-rakan yang ada masalah sosial.

Jadi itulah serba sedikit info bagi setiap pembacanya jadi sebagai masyarakat yang prihatin,remaja merupakan asset penting dalam Negara kerana merekalah yang akan memimpinbangsa kita suatu haru kelak kerana itu kita harus memerhatikan dan mendidikan mereka agar menjadi individu yang berjasa pada bangsa dan Negara. Sekian kasih.